Saturday, April 28, 2012

Bersih 3.0 dari kaca mata seorang peserta

Bermain aci dengan Nana.



Sejak turun LRT Masjid Jamek, kir-kira jam 12.00 tengah hari saya terkurung di sekitar kawasan itu.  Dan bergerak apabila tembakan gas pemedih mata menjadi-jadi dan perut semakin pedih,  minta diisi.  Di depan Masjid India orang pada bertempiaran lari tapi kemudian maju semula. Istilah kami ketika kecil-kecil dulu, bermain aci.

Lawak tapi menyakitkan dan begitu memedihkan mata dan hati.

Perhatikan satu dua visual yang dikepilkan.

2.

Bayangkan manusia (bukan lembu 1Malaysia) berasak-asak begini sepanjang jalan, mulai persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid Jamek sehingga ke Jalan Pudu!  

Itu baru SATU Lokasi.  

Walaupun DIHENTAM, DIDERA, mereka terus mara, dan mara terus.

Kamu masih tidak mahu pilihan raya yang BERSIH, ADIL dan TELUS?