Saturday, April 28, 2012

Akhirnya, mereka ditembak juga!


Dialog BERSIH

 
1.

Tembok konkrit sebuah gedung bank cukup nikmat untuk melepaskan pegal-pegal kaki dan betis.  Lalu dua orang manusia pun bertegur sapa:


A; Boleh saya duduk di sini?

B: Silakan.  Silakan.

A: Dari mana?

B: Kedah.

A: Kedah? Dekat mana?

B: Taman Intan. Sungai Petani. 

A: Saya tahu tempatnya.  Kenal Cikgu Aziz yang mengajar di Tembak? 

B: Kalau saya tengok muka, rasanya saya kenal.

A: Kenapa mai Bersih ni?

B: Depa kecoh teruk.  Kita dok biax kat depa lama dah...


2.

Dalam hiruk pikuk keriuhan suasana, laungan pelbagai ungkapan,  bertalu-talu kedengaran di sepanjang jalan di depan Masjid Jamik:

Bersih! Bersih! Hidup Bersih!
Bersih! Bersih! Hidup Bersih!

REFOR MASI!   REFOR MASI!   REFOR MASI!   REFOR MASI!   
REFOR MASI!   REFOR MASI!   REFOR MASI!   REFOR MASI!   

Hidup! Hidup! Hidup Rakyat! Hidup Hidup! Hidup Rakyat!!!

Allah huakhbar! Allah hukbar!

(Aneh sekali, semua, termasuk yang bukan Islam pun turut bertakbir)


B: Tengok, kalau yang bukan Islam pun sama-sama bertakbir, Umno nak bohong macam mana lagi?

  
3.

Satu ketika, tiba-tiba mereka bernyanyi negaraku.  Kami semua berdiri tegak sambil bernyanyi bersama-sama.   Begitu selesai, mereka bersorak dengan gemuruh sekali.

Pabila azan berkumandang, ada seorang dua memberikan memberi isyarat, dengan meletakkan jari telunjuk di bibir supaya diam.  Semua diam, riuh rendah pun terhenti seketika.  Dan sebaik saja azannya usai, mereka bersorak dengan gemuruh sekali!

Maka tatkala sujud terakhir, aku sebak mengenangkan semua itu.

Malaysia sejahteralah wahai negaraku yang tercinta!


4.

Akhirnya, mereka tetap ditembak juga.  Junta Myanmar teresak-esak, mereka telahpun dikalahkan.

 
  

No comments: