Sunday, April 29, 2012

SARKOT itu


SARKOT PDRM canister itu.


Perhatikan sarung peluru, canister atau pun SARKOT PDRM ini.  Apakah soalan pertama yang terlintas dalam kepala tuan apabila melihat SARKOR PDRM?  Saya telah bertanyakan soalan ini kepada beberapa orang teman. Berikut, jawapannya:

i) Adakah PDRM sengaja nak timbulkan provokasi apabila menembak canister ke arah rakyat untuk mencetuskan huru hara?

ii) Jawapannya kejahatan akan dilakukan

iii) best...dapat ‘lesen’ untuk melawan.


2.


SARKOT PDRM ini menggeletak di depan pintu belakang sebuah restoran di Jalan Tuanku Abdul Rahman.   Semasa memungutnya, ia masih lagi panas.   Oleh kerana tidak cukup kuat menahan bahangnya, kubungkusnya dengan baju Bersih 3.0 yang sengaja kulencunkan.  Yang pertama terlintas dalam kepala ialah: 

Aku dapat melihatmu dari dekat, ‘cilaka’nya kamu!


Selama ini di antara soalan yang wujud dalam kepala ialah:


i) Kenapakah, AKHIRNYA reaksinya semestinya begini?

ii) Apakah mereka yakin bahawa merekalah yang sentiasa mengawal keadaan, SAMPAI BILA-BILA PUN?  Mereka yakin?  Betapa padirnya mereka ini.

iii) Berapa banyakkah wang yang diperuntukkan untuk membeli PELURU begini semata-mata untuk menembak orang-orang awam?

iv) Berapa buah rumah kos rendahkah yang boleh didirikan dengan peruntukan segede itu?





No comments: