Wednesday, April 11, 2012

Mat-Mat Jendul menjadi warga negara

Kewarganegaraan itu apa?


Banyak negara sangat berhati-hati, cermat, teliti dalam urusan penganugerahan kewarganegaraan. Ertinya negara-negara ini betul-betul memilih bakal calon warga negaranya. Ertinya hanya mereka yang benar-benar layak saja ― yang bertrampilan, yang mahir dan pakar dalam bidang-bidang yang sangat diperlukan oleh negara-negara tersebut saja, yang diyakini berupaya taat dan setia yang disenaraikan, dipilih untuk ditawarkan untuk menjadi calon warganegara. Ertinya ada pertimbangan yang sangat teliti dan ketat sebelum seseorang itu dipertimbangkan permohonannya. Ertinya tak mungkin ada sebarang Mat Jendol, Dol, Dick, Tom dan Harry yang mendapat kad pengenalan biru. Peraturan dan undang-undang yang ketat ini bertujuan memastikan keselamatan, keamanan dan kelangsungan hidup negara-negara.


Namun terdapat juga negara-negara alam kayangan, soal-soal penting lagi strategik yang amat mempengaruhi keselamatan negara seperti kewarganegaraan, kerakyatan, kad pengenalan diri, hak mengundi, hak untuk memilih pemimpin itu dijadikan alat untuk mengekalkan kuasa. Apakah sebabnya segala macam Mat-Mat Jendul yang diimport untuk menjadi buruh murah di negara kayangan sampai boleh mengundi? Bagaimanakah alam kayangan sudah menjadi sedemikian rupa?


2.


Tuntutan Pertama Bersih 2.0 yang belum dipenuhi sehingga sekarang ialah:

BERSIHKAN DAFTAR PENGUNDI.

Maka, kita lanjutkan tuntutan itu pada hari perkelahan besar rakyat:

28 APRIL 2012, JAM 2.00 PETANG.
DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR.

AYUH, MARI KITA BERKELAH PADA TARIKH, TEMPAT DAN MASA TERSEBUT!!
(Ada kawan mahu berkelah lima hari lima malam!)

No comments: