Monday, April 23, 2012

Obor BERSIH


Nyalanya Obor BERSIH Pasar Malam Simpang Durian


Tatkala kami sampai, suasananya riuh dengan penduduk kampung dan juga para peneroka Felda di sekitar sempadan Negeri-Negeri Sembilan dan Pahang.  Maklumlah pasar.  Mereka bertumpu untuk berbelanja di Simpang Durian.  Kata Dr. Alinor, rombongan kami dianjurkan untuk beramah mesra dengan sekalian pengunjung yang ada.   

Ya, pada hari Sabtu, 21 April 2012 sekitar jam 6.00 petang sehingga mencecah maghrib, kami dibawa oleh Jawatankuasa Pas Bahagian Jelebu ke Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan sebelum ke acara budaya di Kampung Geylang pada malamnya.  Itulah hari Pasar Malam, masa yang dirancang untuk rombongan kami berjalan-jalan, bersalam-salaman, berinteraksi sambil memaklumkan kepada sekalian pengunjung dan juga kepada para warga Simpang Durian di kawasan pasar malam  itu mereka dikunjungi oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, pengerusi bersama Bersih 3.0 dengan pesan,  demi cucu cicit mereka,  rakyat mesti ‘Duduk Bantah!’ pada 28 April 2012 nanti.

“Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, inilah Pak Samad Said, Sasterawan Negara bersama-sama kita.  Pak Samad yang banyak berkarya dan bukunya dibaca di sekolah-sekolah.”   Demikianlah antara lain bunyi pengumuman dari pembesar suara, loud hailer di lorong-lorong, di celah-celah  gerai pasar malam.  Seperti biasa, ada pengunjung yang meminta supaya diberikan kesempatan untuk berpotret bersama Pak Samad.

“Pak Samad, pengerusi Bersih akan ‘Duduk Bantah’ di Dataran Merdeka pada 28 April, 2012  memprotes supaya pilihan raya kita bebas dan adil!!”

“Ayuh, marilah kita turun beramai-ramai ke Dataran Merdeka pada 28 April nanti....!!!”   

Sore itu teman-teman DAP bukan saja turut mengumumkan kehadiran ‘A’ Samad Said di Simpang Durian tapi aktivis parti komponen Pakatan Rakyat itu juga turut mengedarkan risalah, brosur Bersih 2.0 serta akhbar Parti, ‘Roket’.  Ketika itu Hasni berbisik kepada saya, “Abang tengok macam mana mereka bekerja teratur dan tersusun.  Mereka bijak merancang dan menmanfaatkan peluang.  Kita perlu tiru cara mereka bekerja.  Saya tengok Pakatan Rakyat cukup cemerlang kerana dapat muncul di atas satu pentas yang sama.  Suasana ini cukup bagus kerana rakyat dapat melihat Pakatan Rakyat bukannya PAS, PKR atau pun DAP.”


2.

Apa pun pada 21 April 2012 di pasar malam Simpang Durian yang bersejarah itu  ‘A’ Samad Said telahpun berada di tengah-tengah rakyat. 

Telah dinyalakannya obor BERSIH seraya menyeru sekalian rakyat di SELURUH negara:

“BANJIRILAH DATARAN MERDEKA, 28 APRIL 2012!!! ”



No comments: