Tuesday, April 24, 2012

Tok Guru memburu bajingnya


Kebijaksanaan pemerhatian silam


Setelah kita sedar, ia sudahpun hadir bersama-sama kita di tengah-tengah masyarakat.  Kita tidak begitu peduli bila, siapa, bagaimana ia lahir.  Yang kita tahu ia sudahpun hadir bersama-sama kita.  Dan setelah ia di’pakai’ berulang-ulang kali sehingga menjadi satu kebiasaan, ia pun menjadi ’adat’ tumbuh dan membesar sebagai khazanah.  Di sesetengah kelompok masyarakat, rombongan meminangnya akan berjual beli pantun. 

Di sekolah kita dideretkan dengan pelbagai bentuk khazanah lama ini untuk dihafal kerana mungkin ada soalan yang bakal keluar dalam peperiksaan nanti.  Guru yang mengajar ‘karangan’ menggalakkan kita menggunakannya apabila mahu menyatakan sesuatu dengan lebih indah dan menarik.  Pesan guru lagi, ‘gunalah perumpamaan dengan secara berhemah dan tepat’.

2.

“Luar biasa.” kata saya sebaik saja kami keluar kenderaan setelah parkir di halaman rumah yang indah-nyaman dek alam yang ramah itu.  Selain pohon-pohon koko, saya tertarik dengan pokok kelapa di tepi rumah buah-buahnya masih jua utuh di atas pelepah,  menarik perhatian.  Yang kerap ditemui ialah buahnya selalunya telah ‘tergolek dog’ di atas tanah.  

“Ah, biasa tu.” balas Alinor.  Mungkin dia terkejut mengetahui ada manusia Melayu yang perak melihat buah kelapa yang sebegini.  

“Itulah yang Tok Guru tembak di kebun-kebunnya.”  Dinsman mungkin teringatkan dokumentarinya yang merakamkan kehidupan seharian seorang pemimpin besar di Kelantan.    


3.

Apakah kita tidak lagi mampu mencipta perumpamaan, bidalan atau pun syair yang indah-indah untuk diwarisi anak cucu kita?  Apakah bakal berkekalan kata-kata seperti ‘cintanya sesetia telefon mudah alih.’

Apa pun,  kita tidak akan lupakan obor itu.  Kita sentiasa saja teringat unggun itu UNGGUN BERSIH.

Unggun untuk 28 April 2012!!!



No comments: