Monday, May 7, 2012

Kerja yang tak pernah tamat: Melencong, Menipu.


Sumber: Harakahdaily

Ambiga, PAS sama berjuang pilihan raya adil
Oleh: Miji Yusoff, 06 Mei 2012


KUALA KRAI: Biar pun ada pihak cuba mempertikaikan bekas Presiden Majlis Peguam, Ambiga mengetuai Bersih 3.0, namun bagi PAS persamaan perjuangan bagi membersihkan pengendalian pilihan raya di negara ini lebih penting.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, soal siapa yang berada di depan Bersih 3.0 tidak menjadi  isu utama, sebaliknya matlamat perjuangan memastikan proses pilihan raya telus di negara ini lebih penting.

“Tak kiralah siapa yang berada di depan Bersih 3.0 baru-baru, kerana apa yang lebih penting ialah berjuang bagi memastikan pilihan raya di negara ini benar-benar bersih dan adil,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS Kuala Krai hari ini.

Hadir sama Pengarah Pillihan raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Abdul Latif Abdul Rahman, Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah, Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim dan Adun Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria.

Turut hadir wakil PKR cabang Kuala Krai dan anggota-anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS kawasan berkenaan. Mesyuarat tersebut diadakan di Markaz PAS kawasan di Sungai Durian.

Sebelum ini Umno mempertikaikan kehadiran Ambiga sebagai pengerusi bersama Bersih 3.0 dan dikait dengan pelbagai tomahan negetif.

Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata,  bagi Umno semua perkara dalam kehidupan harian menjadi halal apabila dilulus lesen oleh kerajaan  termasuk kegiatan perjudian.


KOMEN:

Memang tepat dan benar sekali pandangan Presiden PAS ini.

Di samping itu, kita ingin perjelaskan sekali lagi:

Harapan Umno:

Isu ASAL mestilah dialih, dilencong ke tempat lain.
Dan jika mungkin isu asalnya dipadamkan terus.
Isu lencongan mestilah direkacipta dan diperbesar-besarkan.
Isu lencongan adalah isu yang bukan isu yang direka-reka.   
Isu asal mestilah ditutup dengan sesegera mungkin.
Isunya mestilah dikaitkan dengan orang lain ― orang lain bersalah kerana kerajaan sentiasa TIDAK pernah kotor.  



Hakikatnya:

Umno boleh lakukan apa saja:

Umno boleh tuduh, gertak, ancam, pujuk dan fitnah.
Namun ISU pokoknya TAK PERNAH BERUBAH:

RAKYAT MAHUKAN
PILIHAN RAYA YANG BERSIH, BERSIH, dan BERSIH.

Itulah hakikat Bersih 3.0 jelas dan terang benderang di mata suku juta rakyat yang terlibat dalam peristiwa 428 itu.

Jangan lupa,  Bersih 3.0 telah ditontoni dunia.   


No comments: