Wednesday, May 2, 2012

Setelah enam kaki di perut bumi


Kita pun bergelar - Penggentel 

 
Semasa meredah saat-saat getir-tidak-masuk-akal,  Bersih 3.0 pada 28 April 2012 itu, tentunya ada pengajaran yang boleh kita boleh renung dan pelajari.  Ya, kita belajar daripada pelbagai peristiwa yang terjadi di sekeliling kita, di depan mata kita.  Lebih menarik lagi,  jika peristiwa itu pengalaman peribadi kita.  Ya, kita mengalaminya sendiri.  Malangnya, kadang-kadang tatkala sesuatu peristiwa itu berlaku, mungkin tidak terlintas dalam fikiran bahawa itu adalah sesuatu yang bermakna.  Suatu peristiwa yang mungkin dapat dijadikan petunjuk berguna, kemudiannya.  

Semasa gas pemedih mata itu menerobos masuk ke kedai ‘buku Indonesia’,  tingkat dua Wisma Yakin, berhampiran Masjid India, segala yang ada dalam toko buku itu sedar bahawa gas pemedih mata telahpun ditembak.  Dan ketika itu, saya cuba menghantar pesanan ringkas kepada teman-teman, tapi ternyata pengirimannya gagal.  Secara peribadi, saya tidak mencatatkan jam berapa peristiwa itu berlaku.  Ketika itu saya tidak pedulikan waktunya.  Pada saat-sata itu, yang terlintas dalam kepala, “Apakah hpku ini telah masuk air?” walaupun seingat saya,  urusan pembayarannya kemas dan terkini.   

Peristiwa kecil-kecil sebegini cukup membantu kita kemudiannya.  Rupa-rupanya teman-teman lain juga mengalaminya.    

Ya, memang benar, kemudiannya teman-teman ada menyatakan bahawa capaian telefon bimbit mereka juga bermasalah ketika itu.  Kata mereka lagi, sebenarnya talian komunikasi telah dimatikan ketika itu.  Bayangkan talian telefon dikomatoskan, para wartawan pada dikeroyok kerana Sang Penguasa itu telalu bimbang dunia di luar sana bakal ada “AKSES MEDIA BEBAS DAN ADIL” (nota: Tuntutan ke empat Bersih).    

Pengajaran:

1) Segala persetujuan dan segala macam janji yang telah dipatri-mati bersama dengan Sang Penguasa itu tidak boleh diandalkan kita tidak boleh diyakini janji-janji itu tidak dinodainya.   

2) Kita telah melihat bagaimana segala janji dan peraturan yang telah dirundingi  dan dipersetujui bersama itu, telah mereka humban ke dalam longkang.

3) Kita yakin dan percaya, seperti biasa, gerombolan itu ada belati dalam celana dalamnya.  Sang Penguasa itu,  ada agenda tersembunyinya sendiri. 

4) Telah dikatakan bahawa J/K diperlukan demi mengusut-kejar siapakah si bejat yang  telah merempuh pagar keramat yang dipasang di pinggir Dataran Merdeka itu.  Jika kita ambil pengalaman silam sebagai patokan/bench mark, sekali lagi kita bercadang menghadap ular seraya menagih sumpah dan janjinya.  

Lalu,  persoalan apakah yang relevan?

5) Apakah tindakan kita seterusnya demi untuk memperolehi pilihan raya yang bersih, adil dan bebas yang kita perjuangkan itu?

Ya, dan demi anak, cucu dan cicit kita, apa kita biarkan segala pendatang asing menguasai nasib siasah negara kita?

Percayalah anak, cucu, cicit dan segala zuriat keturunan kita bakal pikul segala bahaya dan bahana apa yang sedang berlaku sekarang ini.  Dan tatkala kita bermastautin enam kaki diasak bumi, kita bakal diseranah segala zuriat keturunan kerana tidak berbuat apa-apa semasa masih hidup,  segar dan bugar kecuali menggentel.



No comments: