Wednesday, May 2, 2012

Teknik pemasaran klasik


 Kehebatan kuasa cakap-cakap, bisik-bisik dalam dunia pemasaran.
(The Power of Word-of-Mouth – And How to Harness It)

Mereka menyebutnya sebagai “word-of-mouth marketing” ― iaitu kaedah jualan yang paling berkesan untuk memasarkan produk yang kita hasilkan.

Dalam bahasa yang mudah, jika anda memiliki produk yang bagus, para pelanggan anda akan memberitahu siapa saja tentang produk yang bagus ini.  Dengan cara demikian,  kelompok pelanggan anda akan bertambah.  Semakin ramai yang menyukai produk anda.


2.


428 adalah produk paling bagus yang telah ditonyoh dan sumbatkan ke dalam kerongkong  kira-kira setengah juta pelanggan di Kuala Lumpur pada hari bersejarah 28 April 2012.  Dan mereka, para pelanggan ini,  datang dari seluruh pelosok Malaysia.  Mereka itu Cina, India, Melayu, Siam, Iban, Orang-Orang Asal dan sebagainya.  Sementara itu, rakyat Malaysia di berpuluh-puluh bandar di planet ini,  juga turut merayakan 428.

Marilah kita pasarkan 428 ini ke seluruh buana.  Kita pasarkan supaya rakyat Malaysia memperolehi Malaysia yang baru.  Untuk mengetahui keelokan produk ini, silalah teliti laman-laman maya bukan milik Umno.  Mutakhir, katanya pistol pun diacukannya kepada pelanggan?





No comments: