Tuesday, June 26, 2012

"KAPAL KEMANUSIAAN MANGSA ROHINGYA "


Kenyataan Media MAPIM

25 hb Jun 2012

SHURA dan MAPIM AKAN USAHA MISI KE ARAKAN - "KAPAL KEMANUSIAAN MANGSA ROHINGYA "



SHURA dan MAPIM mengumumkan akan mengusahakan Misi Kemanusiaan ke Arakan secepat mungkin .

Maklumat yang diperolehi secara langsung dari Arakan mendapati keadaan tidak semakin reda malah terus meruncing. Penangkapan , pembunuhan warga Rohingya Muslim serta pembakaran perkampungan dan masjid semakin meningkat . Manakala pelarian Rohingya yang cuba menyeberang ke Bangladesh walaupun dihalau oleh pihak keselamatan Bangladesh , mencecah puluhan ribu.

Dalam suatu angka yang tidak resmi warga Rohingya yang terbunuh mencecah anggaran 20,000 orang , manakala yang ditahan adalah 5,000 orang , sejak 3hb Jun 2012.

Kebuluran berlaku yang mengakibatkan ramai yang mati kerana terputus bekalan makanan semada kerana terpaksa melarikan diri maupun yang terperangkap di dalam rumah selama berhari- hari bila polis dan tentera  menembak mereka yang cuba keluar dari rumah.

SHURA dan MAPIM tidak punyai pilihan kerana kerajaan Myanmar sehingga kini nampaknya membiar keganasan oleh esktrimis Rakhine  terus menyerang warga Rohingya.

Lebih malang agensi antarabangsa seperti PBB , OIC , ASEAN tidak mengambil sebarang langkah untuk menyelamatkan warga Rohingya yang menjadi mangsa pembunuhan etnik oleh gabungan esktrimis  Rakhine , polis dan tentera Myannmar.

SHURA dan MAPIM juga kecewa terhadap semua pemimpin negara ASEAN yang tidak menunjukkan sebarang keprihatinan terhadap nasib warga Rohingya yang disembelih dengan kejam sehingga kini.

Tidak ada seorangpun pemimpin ASEAN setakat ini yang mengambil initiatif untuk berhubung langsung dengan kerajaan Myanmar agar pemangsaan etnik Rohingya dihentikan.

Sehingga hari ini MAPIM telah menulis surat rayuan dan bantahan kepada Presiden Myanmar Thien Sien , Aung San Suu Kyui , Setiausaha Agong ASEAN , Dr. Surin Pitsawan , Setiausaha Agong kepada PBB Ban Ki Moon.

Manakala di tanah air , MAPIM menghantar surat kepada PM , Menteri Luar , YB Datuk Sri Hj Hadi Awang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Membiarkan pembunuhan secara extra-judicial (diluar pembicaraan Mahkamah) di Arakan , oleh tentera dan polis yang membantu esktremis Rakhine , ditambah tidak ada sebarang agensi kemanusiaan dibenarkan masuk ke dalam Arakan, menyebabkan MAPIM bertekad untuk merancang masuk Arakan bukan sekadar untuk  menyampaikan bantuan kemanusiaan tetapi juga untuk menuntut kerajaan Myanmar  menghentikan pembunuhan etnik yang sudah mengambil puluhan ribu nyawa warga Rohingya.

Misi ini akan mencuba semua laluan semada dari laut , darat mahupun udara untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan.

Kami juga mengambilkira bahawa usaha masuk ke Arakan berkemungkinan akan dihalang oleh kerajaan Myanmar , namun segala saluran resmi semada melalui undang-undang antarabangsa mahupun atas nama agensi serantau akan diguna supaya bantuan dapat disampaikan .

Bantuan yang akan dibawa adalah makanan , ubatan dan alat khemah. MAPIM belum pasti berapa kuantiti yang akan dibawa kerana ia bergantung kepada berapa banyak sumbangan akan dapat diperolehi dari penyumbang.

Orang ramai boleh menyumbang kepada Akaun SEKRETARIAT HIMPUNAN ULAMA RANTAU ASIA (SHURA) BIMB 12047010-03-7282 yang telah mengujudkan Tabung Bantuan Mustadh'afin Rohingya .


Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausha Agong MAPIM



No comments: