Kenyataan
Media MAPIM
25 hb Jun 2012
MAPIM UCAP TAHNIAH KEPADA IKHWAN MUSLIMIN
25 hb Jun 2012
MAPIM UCAP TAHNIAH KEPADA IKHWAN MUSLIMIN
MAPIM merakamkan ucapan tahniah kepada Ikhwan Muslimin yang telah berjaya memenangi pilihan raya Presiden Mesir seperti yang diistiharkan semalam.
Kemenangan wakil Ikhwan , Mohamed Morsi adalah kemenangan yang sangat bermakna kepada perjuangan membebaskan rakyat dari regim kukubesi yang sedemikian lama bertapak di Mesir sejak Raja Farouk digulingkan oleh tentera pada awal 1940 an.
MAPIM melihat kejayaan ini sebagai fasa kedua selepas revolusi rakyat Mesir yang berlaku pada tahun 2011. Ini adalah titik bersejarah bagi pencinta kebenaran dan keadilan bukan sahaja dikalangan Umat Islam malah kepada seluruh rakyat di Negara Mesir.
Ikhwan Muslimin yang ménang juga dalam pilihanraya Parlimen sebelum itu menunjukkan sememangnya berhadapan dengan rakyat yang sudah puluhan tahun berada dibawah regim tentera tidak boleh melakukan perubahan yang mendadak kerana sistem pemerintahan tentera maseh kuat bertapak.
MAPIM juga mengharapkan cabaran yang akan dihadapi oleh Ikhwan selanjutnya ditangani dengan berhemat kerana kuasa Majlis Keselamatan yang bila-bila boleh melakukan kudeta tentera tidak boleh dipandang rengan.
Sesungguhnya kemenangan Ikhwan sangat besar ertinya kepada gerakan Islam sedunia kerana perjuangan jamaah itu telah mempengaruhi sebahgian pergerakkan Islam di dunia.
MAPIM menyambut kemenangan ini sebagai pembuka tirai mengembalikan izzah Islam di kawasan Asia Barat. Walaupun MAPIM tahu bahawa pelbagai kemungkinan boleh berlaku yang boleh menghalang cita-cita mengujudkan Mesir yang aman dan positif terhadap syariat , namun dengan kegigihan dan disiplin yang tinggi dikalangan anggota Ikhwan Muslimun pasti akan membuahkan natijah yang baik untuk Mesir.
Implikasi kemenangan itu akan pasti dibaca oleh kuasa Barat dan pendekatan untuk berwaspada sangat diperlukan dalam berhadapan dengan Strategi Media Barat kerana mereka tahu negara yang lebih cenderung kepada Islam akan berpotensi menentang kuasa Barat .
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
No comments:
Post a Comment