Wednesday, June 27, 2012

Kempen 'bisik-bisik'


Berbisik-bisik sebagai senjata politik


Dalam Kamus Dewan edisi keempat (hal 154), makna “berbisik, berbisik-bisik”  itu  dijelaskan sebagai “ bercakap dengan suara yang perlahan (kepada seseorang atau sesuatu kumpulan supaya tidak didengar orang lain di sekitarnya): dia memanggil dengan suara yang sangat perlahan, seperti orang ~ bunyinya.  Sementara Kamus Oxford Fajar Advanced Learner’s: English – Malay Dictionary (halaman 2169) menjelaskan bahawa “whisper – speaking softly, using the breath but without vibrating the vocal cords: bercakap dengan perlahan, menggunakan nafas tetapi tanpa menggetarkan pita suara; berbisik.  Why are you whispering?


II.

Berikut ialah di antara contoh-contoh  bisikan yang sering dilemparkan “kepada seseorang atau sesuatu kumpulan supaya tidak didengar orang lain di sekitarnya”:

PAS telah diperkuda oleh DAP.
Orang-orang Melayu dalam bahaya kerana DAP akan memerintah Malaysia. 
Hanya Umno yang menjaga Melayu.  Umnolah yang menjaga Melayu dan Islam. 

Setelah membaca bisikan-bisikan seperti ini, di antara soalan-soalan yang timbul dalam kepala ialah:

Manakah satukah yang nyata, obvious?
Manakah pula hanyalah pembohongan nyata?
Mana satukah yang nyata mahu dimitoskan?
Yang mana satu pula dikatakan penipuan, deception?


III.

Dalam kelompok yang mahu berfikir,  penyataan di atas boleh dihujah balas dengan mengemukakan angka-angkanya misalnya jumlah bilangan kerusi Parlimen yang ditandingi oleh orang-orang Cina (yang mewakili DAP, MCA, Gerakan dan PKR).  Apakah jumlah ini memungkinkan DAP mengambilalih tampuk pemerintahan Malaysia?    

Ada juga yang berpendapat bahawa hujah ini masih tidak mampu menghalau kebimbangan yang sudah sekian lama bersarang; berkarat di dalam otak sesetengah kelompok manusia.  Rasa was-was itu tetap wujud.  Demikianlah bentuk ‘pemikiran’ yang telah sekian disebatikan dalam kepala sesetengah kelompok masyarakat kita.   

Dalam konteks ini, kita tertarik untuk mengemukakan sekali lagi (kali pertama dalam fb Kassim Muhamad) petikan di bawah ini:

Daniel Kahneman, (Winner of Nobel Price) Thinking, Fast and Slow, Penguin, 2011 memetik penemuan kajian The Invisible Gorrilla (Christopher Chabris dan Daniel Simons) bahawa terdapat dua fakta penting tentang minda manusia: 

We can be blind to the obvious, and we are also blind to our blindness.     

(Terdapat video menarik berhubung kajian The Invisible Gorrilla itu.  Silalah minta bantuan Lebai Google untuk meneliti mesejnya.)


IV.

Persoalannya ialah apakah kaedah berkesan untuk mencelikkan minda yang sudah sekian lama dilitupi oleh prasangka dan kini disemarakkan lagi dengan kempen bisik-bisik yang berterusan?

Salah satu bisikan terkencang ialah: PAS diperkuda oleh DAP.




No comments: