Date:
Monday, June 4, 2012, 4:50 PM
Kenyataan Media TERAS
5
hb Jun 2012
SIAPA AJAR MENTERI
BELANJA WANG RAKYAT UNTUK BIDA NOMBOR PENDAFTARAAN KERETA?
Teras
Pengupayaan Melayu (Teras) kesal dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow
Tiong Lai yang mempertahankan bidaan RM24, 200 yang dibuatnya untuk nombor
pendaftaran WWW15 baru-baru ini.
Apakah
rasional Menteri berbelanja untuk hanya nombor pendaftaraan kereta rasmi yang
boleh menyara rumah kos rendah buat sebuah keluarga miskin atau menaja
seorang pelajar miskin untuk masuk universti.
Sikap
dan mentaliti Menteri beginilah yang membuatkan rakyat sedang mual dengan
kepimpinan Negara yang ada sekarang. Hanya
kerana mereka terus berkuasa, apa saja tindakan dianggap punya rasional
belaka.
Baru
sahaja rakyat mempersoalkan kerajaan mengesahkan mengeluar perbelanjaan
besar untuk perhimpunan jutaan belia di Putrajaya . Walaupun sebahagiannya
adalah ditaja oleh swasta namun imej kerajaan sangat dipersoalkan.
Membayar
RM 2.4 juta untuk penari separuh bogel dari Korea dianggap tidak bermasalah
sedangkan ada rakyat yang bercekang mata untuk mencari nafkah dalam keadaan
kos hidup yang terus meningkat.
Nampaknya
kerajaan yang ada sekarang lebih cepat membawa Negara ke ambang muflis.
Pimpinan Negara seolah memejam mata dan memekak teliga dengan apa yang sedang
berlaku di Eropah. Di kala ekonomi Greece dan kini Portugal dan ia sedang
merebak keseluruh Zon Eropah, berada di ambang keruntuhan ekonomi yang serius
dan rakyat bangkit mengguna hak demokrasi dijalan raya, pemimpin Malaysia
terus berbelajan besar dengan hal-hal yang sama sekali tidak produktif malah
membazir.
Pemimpin
kerajaan Malaysia kini masih terus mengamalkan polisi rendah akal dan tidak
menunjukkan tahap kematangan mengurus sumber Negara dengan beramanah.
Kami
berpendapat Menteri berkenaan sudah jauh ketinggalan zaman dalam berfikir
seolah-olah rakyat tidak akan mempersoalkan tindakannya. Beliau mengambil
sikap simplistik bahawa kuasa boleh melakukan apa sahaja tanpa diteliti oleh
rakyat.
Katanya,
tindakan itu diambil kerana nombor baru itu untuk kereta rasmi baru yang
sudah melepasi jangka hayat. Adakah
alasan ini masih boleh diterima oleh rakyat?
Kami
ingin bertanya, apakah tidak ada peraturan dan garis panduan berbelajan
dari Perbendaharaan Negara dalam hal-hal seperti ini? Adakah ada dalam peraturan, sesebuah agensi atau
Menteri boleh mengeluarkan perbelajaan untuk hal seperti membida nombor
pendaftaraan kereta rasmi?
Menurut
laporan media berbahasa Cina, Liow menjelaskan bahawa bidaan itu dijalankan
oleh pegawainya. Soalnya kuasa
pembidaan itu diperkenankan oleh Menteri dan dizinkan walaupun menelan belanja
yang besar.
Teras
amat kesal kerana nampaknya Menteri Malaysia berfikir bahawa dengan nombor
pendaftaraan unik seperti WWW 15 dianggap melambangkan kehebatan. Inikah mentali Menteri yang ada?
Kami
sama sekali tidak dapat menerima mana-mana perbelanjaan wang awam untuk perkara-perkara
yang tidak ada kena-mengena dengan kebajikan rakyat. Malah kami mengutuk dan membantah budaya
membazir dan menyalahguna wang rakyat untuk hal yang remeh dan tidak perlu.
Kami
mendesak agar pembidaan itu dibatalkan dan wang itu diserah kembali kepada
Perbendaharan Negara.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden
TERAS Pengupayaan Melayu
|
No comments:
Post a Comment