Monday, June 4, 2012

Berita yang benar: Berita tersirat


Sumber: Sinar Harian, 4 Jun 2012


I.  Berita muka depan

“PRU 13: PAKATAN RAKYAT DALAM BAHAYA

Zaman mewah BN seperti dahulu sudah berlalu.  Jika Pembangkang melakukan sesuatu kebaikan dan rakyat menyokong mereka, itu adalah masalah bagi kita.”  Tan Sri Muhyiddin Yassin.”


II. Berita muka surat 2

Sementara itu di halaman 2, kita temui teks seperti ini:

 “Pada sidang media kemudiannya, Timbalan Perdana Menteri berkata, BN bersedia untuk menghadapi kemungkinan Pembangkang akan mengecam keputusan PRU13, sekiranya kalah dan turun ke jalanan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik. 

“Ada kemungkinan mereka akan mendakwa keputusan pilihan raya sebagai tidak adil, tidak bersih untuk mengwujudkan persepsi negatif rakyat.” katanya.

Menurutnya,  senario sedemikian mungkin akan berlaku susulan sokongan rakyat kepada BN akhir-akhir ini. 

“Pembangkang sudah mula menggunakan pendekatan psikologi terhadap rakyat.  Mereka sedar sokongan untuk mereka semakin lemah dan mereka mulai rasa takut akan hilang pengaruh pada pilihan raya akan datang.” katanya.”


III.  Mesej yang benar: Mesej yang tersirat  

Teks muka depan itu tepat dan benar.  Sementara teks halaman 2, perlu dibetulkan.  
     
Jika tukar ganti dan ubahsuai beberapa aspek laporan Bahagian II di atas, kita akan temui teks seperti di bawah ini.  Bukankah ini teksnya yang lebih tepat? 


Ertinya kita temui Bahagian II seperti berikut (tersirat dan benar):

“Pada sidang media kemudiannya, Timbalan Perdana Menteri berkata, BN TIDAK bersedia untuk menghadapi kemungkinan Pembangkang akan mengecam keputusan PRU13, sekiranya kalah dan turun ke jalanan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik. 

“Ada kemungkinan mereka akan mendakwa keputusan pilihan raya sebagai tidak adil, tidak bersih untuk mengwujudkan persepsi negatif rakyat.” katanya.

Menurutnya,  senario sedemikian mungkin akan berlaku susulan sokongan rakyat kepada PAKATAN RAKYAT akhir-akhir ini. 

“UMNO sudah mula menggunakan pendekatan psikologi terhadap rakyat.  Mereka sedar sokongan untuk mereka semakin lemah dan mereka mulai rasa takut akan hilang pengaruh pada pilihan raya akan datang.”  katanya.


IV.

Memanglah rakyat tidak yakin yang BN TIDAK akan menipu.
Apakah masalahnya jika proses pilihan raya kita BERSIH?
Apakah dosa-dosa besar pilihan raya yang BERSIH?
Kenapakah masih lagi tak yakin bahawa rakyat mahukan pilihan raya yang BERSIH?
Kenapakah yakin segala putar belit@spin seperti ini berkesan?
Kenapakah takut berdepan dengan 8 tuntutan BERSIH itu?







  



No comments: