PRU13
PANTAU JOM UNDI
RAKYAT MALAYSIA MENUNTUT
PILIHAN RAYA BERSIH, BEBAS
DAN ADIL
PRU13 PANTAU JOM UNDI
RAKYAT MALAYSIA MENUNTUT
PILIHAN RAYA BERSIH, BEBAS
DAN ADIL
PANTAU PILIHAN RAYA
Rakyat Malaysia wajib memerhati dan memantau
pilihan raya untuk mengurangkan atau menghentikan penipuan dan kesalahan pilihan
raya. JOM PANTAU dan TINDAK MALAYSIA adalah badan rasmi BERSIH 2.0 untuk memantau pilihan
raya dan melatih ejen tempat mengundi,ejen mengira undi dan pemerhati barung semasa
hari pilihan raya.
JOM
PANTAU
BERSIH 2.0 menuntut pilihan raya yang bersih,
bebas dan adil. Kami adalah gerakan massa rakyat yang tidak memihak, menuntut satu sistem
pilihan raya yang berwibawa dan sistem pemilihan yang memperkasa hak pengundi.
Dibawah adalah fakta terkini tentang senarai pengundi:
Lebih dari 1 Juta warga Malaysia yang
bermastautin di luar negara telah dinafikan hak mengundi.
Lebih dari 3.1 juta pengundi telah mendaftar
di kawasan yang berbeza dari alamat yang terdapat
dalam MyKad.
31,294 pengundi telah dipindahkan kawasan
pilihan raya negeri/parlimen tahun 2008 daripada tempat asal mereka mengundi
tanpa persetujuan mereka, termasuk Menteri Besar Selangor!
Bilangan pengundi di negeri Selangor telah
meningkat sebanyak 22%
( melebihi 16.3% kadar purata kebangsaan )
Banyak laporan diterima mengatakan ada pihak
lain yang memangkah undi untuk tentera.
Dipercayai 90% undi tentera memihak kepada BN.
42, 000 status kewarganegaraan pengundi tidak
dapat disahkan oleh Jabatan Pendaftaran
Negara tetapi nama mereka masih kekal dalam
senarai pengundi.
Lebih dari 400,000 nama pengundi yang
disangsikan masih terdapat dalam senarai pengundi.
Jumlah ini boleh memenangi 35 kerusi Parlimen.
Dalam senarai daftar pengundi terdapat 65,543
pengundi berumur 85 tahun atau keatas.
Ada 1,000 pengundi yang berumur lebih dari 100
tahun. Pengundi yang paling tua dilahirkan
pada tahun 1853.
Terdapat 4,500 pasangan kepada anggota polis
yang didaftar sebagai pengundi pos.
Ini melanggar undang-undang Pilihan Raya.
Benteng terakhir kita sebelum PRU13 adalah
menggesa pengundi untuk keluar mengundi kerana
impak penipuan pilihan raya dapat dikurangkan
sekiranya semua pengundi keluar mengundi.
Marilah kita bersama mencipta sejarah sebagai
jumlah kehadiran pengundi terbesar dalam sejarah pilihan raya Malaysia!
KELUAR
MENGUNDI, LAWAN PENIPUAN
DAFTAR
SEKARANG!
JOM PANTAU adalah satu langkah untuk memantau PRU13 dengan prinsip – Adil, Bebas dan Bersih.
Ini adalah tiang seri demokrasi.
Kami menjemput sesiapa sahaja untuk menjadi pemantau sukarelawan pada PRU13 nanti.
Pemantau pilihan raya akan memerhatikan proses pilihan raya terutamanya semasa hari penamaan calon, sepanjang tempoh berkempen dan pada hari mengundi. Mereka diminta mendokumentasi dan melaporkan segala salah laku atau perkara yang melanggar undang-undang pilihan raya
kepada:
Sila hantar laporan ke sini: http://tinyurl.com/daftarJP
Hantar laporan melalui: www.pru13.info
Untuk maklumat lanjut sila hubung: 014-3200
262
E-mail: jompantau@komas.org
Ini adalah satu gerakan yang mempromosi pilihan raya adil, bebas dan bersih. Tindak Malaysia
melatih sukarelawan untuk menjadi ejen
mengundi/ejen mengira undi dan pemerhati
Barung ( PACABAs)
1. Pemerhati Barung (BA) memantau kerja kerani
dan pegawai SPR yang bertugas di meja masuk pusat mengundi.
2. Ejen Mengundi (PA) memantau proses
pengundian yang sedang berjalan di bilik mengundi
3. Ejen Mengira Undi (CA) akan menjadi saksi
dan memantau ketika undi sedang dikira. Ini untuk memastikan Ketua Tempat Mengundi akan
menjalankan tugas dengan adil dan profesional.
Daftar disini untuk menjadi sukarelawan:
www.sites.google.com/site/pacabatraining/
Maklumat Latihan: pacabatraining@gmail.com
No comments:
Post a Comment