Saturday, July 21, 2012

Singkirkan pemikiran usang



Mulakan gerakan “bergantung kepada ikhtiar dan daya upaya dirinya sendiri” dan bukannya meneruskan pemikiran Tuan berhamba.


http://www.malaysiakini.com/news/204231

'Ketuanan Melayu politicised to destroy Malay rights'

S Pathmawathy 5:34PM Jul 20, 2012

Ketuanan Melayu or Malay supremacy is "purposely being blown out of proportion" by certain parties for political mileage, Defence Minister Ahmad Zahid Hamidi said today.

"They purposely make it an issue to destroy the special rights of the Malays," Ahmad Zahid said, with the hope that there would no longer be advantages or priorities for the Malays.


II.


Berita di atas mengingatkan kita kepada pesan Pendita Za’ba dalam bukunya bertajuk: Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri” Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.   Lihatlah apa kata al-marhum dalam perenggan pertamanya:

“Kehidupan kita dalam dunia ini ialah kehidupan beramal atau bekerja, kehidupan berjuang dan berlawan-lawan seperti dalam perlumbaan.  Tiap-tiap orang hendaklah menjalankan bahagiannya sendiri dengan tidak bergantung kepada orang akan menyempurnakannya.  Ia sendiri mestilah merasa bertanggungjawab bagi menyempurnakan kewajipan dirinya dan tanggungan dirinya dalam perjuangan dan perlumbaan itu.  Maka yang menang dalam perlumbaan itu hanyalah orang yang tetap, tekun dan sabar menjalankan kerja-kerja kewajipan itu dengan bergantung kepada ikhtiar dan daya upaya dirinya sendiri, dan memohon pertolongan hanya kepada Allah sahaja. “

Oleh itu kita ingin menyeru dan menggesa para pemimpin politik,  khususnya para pemimpin politik Melayu supaya berhentilah berbohong kepada orang-orang Melayu.  Berterus teranglah kepada mereka.  Berkatalah yang jujur dan berterus-teranglah kepada khalayak bahawa untuk berjaya dalam kehidupan ini tak ada jalan pintasnya.  Mereka mestilah bersusah payah dan berlumba-lumba.

Apakah kita mesti terus berbohong dan menipu diri sepanjang hayat?  Apakah yang bakal terjadi kepada orang-orang Melayu yang terus menerus dibohongi dan terang-terangan diperdayakan itu?



No comments: