Sumber: http://www.malaysiakini.com/columns/202843
'Mereka
paling mencegah kezaliman raja'
Dr Mohd Asri Zainal Abidin 11:22AM Jul 6, 2012
“Dunia bergembira dengan kemenangan Presiden Mesir yang
baru Dr Muhammad Mursi. Saya mengikuti ucapan demi ucapannya. Ucapannya
melambangkan nilai Islam yang ada dalam dirinya.
Islam itu asas pemikirannya. Saya tidak mengharapkan banyak, saya harap beliau menghidupkan demokrasi seperti yang dijanjikan. Memberikan hak rakyat dan membahagikan kekayaan negara secara betul. Menghidupkan negara yang tersusun dan berperaturan. Bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Jika itu dapat dilakukan, Mesir yang terkenal dengan negara serabut dan tidak berperaturan itu akan dapat dibangunkan semula.
Umat Islam sekian lama menderita kerana kegagalan pengurusan negara mereka. Kini masa untuk berubah dengan menyingkirkan setiap golongan yang korupsi dan penyokong pemikiran feudal dari masyarakat Muslim.”

No comments:
Post a Comment