APA KHABAR
AKTA 172 PERANCANG BANDAR DAN DESA?
ini senarai tempat
istimewa
kunjungi, amati
dan nangislah
bersama para penghuninya
(mereka manusia
semuanya)
menangislah,
meraunglah
ratapilah
nasib malang-celaka
mereka
digilas-dobrak
pembangunan gila.
wahai alam yang mereka namakan:
Lynas, Gebeng, Pahang,
MRT Petaling Street, Kuala Lumpur
Kampong Banda Dalam, Gombak, Selangor,
Teluk Rubiah, Perak
Pengerang,
Johor
Bukit Koman, Raub, Pahang
sesungguhnya kami
pun jadi bingung
entah kenapa-bagaimana
jaring dan
pukat undang-undang
bermaterai
maha besar UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 172
AKTA
PERANCANGAN BANDAR
DAN DESA 1976
gagal jua,
akhirnya
menjerat tapis
musibah bernama pembangunan!
II.
maka
bersabdalah yang namanya Sang MahaRaja:
aneh, pelik
dan sungguh-sungguh edan
rakyat jelata kenyang
pembangunan!
Sungai Petani, Kedah.
26 Ogos 2012
No comments:
Post a Comment