Kenyataan Media
Bersama
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) , Citizens international (CI) dan Universal Justice Network (UJN) , Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia ( SHURA )
14hb Ogos 2013

TENTERA MESIR - HENTIKAN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI
ORANG AWAM
Kami mengutuk dengan sekeras kerasnya pembunuhan secara paling kejam terhadap penunjuk perasaan yang aman di Mesir , yang berlaku di Kaherah hari ini.
Penunjuk perasaan itu hanya mahu menuntut pemulihan demokrasi di Mesir dan mereka hanya berhimpun secara aman selama lebih 5 minggu.
Tindakan barbarik dan tidak berperikemanusian ini tidak boleh diterima sama sekali oleh komuniti antarabangsa
Kami mengecam media milik negara Mesir dan kumpulan anti Ikhwan Muslimin yang berterusan selama ini menghasut rakyat serta menganjurkan keganasan terhadap Gerakan Ikhwan Muslimin dan mereka yang menentang rampasan kuasa oleh tentera
Keganansan tentera ini tidak mungkin berlaku tanpa restu dari US .
Kami menyeru kepada seluruh rakyat Mesir untuk bangkit dan menentang dan menjatuhkan regim diktator tentera Mesir dan menolak keganasan yang dimulakan oleh tentera sendiri.
Kami mendesak Setiausaha Agong PBB untuk memanggil Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar dengan segera bagi mengambil tindakan serta merta termasuk dibawah peruntukan bab 7 dalam Piagam PBB untuk menghentikan keganasan dan pembunuhan beramai-ramai serta memulih demokrasi di Mesir.
Bab ini mengizinkan PBB mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan sanksi dan tindakan ketenteraan untuk memberhentikan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera dan polis Mesir.
Kami mendesak OIC dan Liga Arab untuk mengutuk dan mengantung keahlian Mesir dari OIC dan Liga Arab seperti yang dilakukan oleh Kesatuan Afrika.
Kami juga mengesa kerajaan Malaysia dan Indonesia untuk mengecam pembunuhan beranai-ramai orang awam yang tidak berdosa oleh tentera Mesir dan mengambil inisiatif supaya PBB dan OIC menghentikan pembunuhan dan memulihkan demokrasi di Mesir.
Kami menyeru seluruh NGO dan masyarakat sivil mengadakan demonstrasi besar-besaran di kedutaan Mesir dan mendesak supaya pembunuhan dihentikan dan hak demokrasi rakyat Mesir dipulihkan semula.
SM MOHAMED IDRIS , Pengerusi CI
MOHD AZMI ABDUL HAMID , Presiden MAPIM
MOHIDEEN ABDUL KADER , Kordinator UJN
ABDUL GHANI SAMSUDIN , Pengerusi SHURA

No comments:
Post a Comment