Paksi, Seniman
Paksi Rakyat dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) akan
membicarakan antologi puisi SN A Samad Said, “Di Atas Padang Sejarah” pada 14
September 2013 (Sabtu) , di PPAS, 9:30 – 1:00 petang. Semua dijemput hadir.
Pembicara: Rahmat Harun, Fazallah Pit dan Hasni Abas.
Moderator: Arif
Atan.
Sumber: https://www.facebook.com/asamadsaid/posts/10151187932092162
DI ATAS PADANG SEJARAH
Di dataran sejarah suara kita sesubur rumput,
bisik kalbu bergaung garang tanpa resah tanpa takut.
Lagu kita rindu demokrasi darjat awan tertinggi
mengindah ufuk senja merai kemerdekaan diri.
Rumput di kaki, awan di kepala, gah iringi murba,
seramainya, sederapnya, setulusnya, kita bersama
menjulang panji negara, bangga dicium angin jati
di tengah gelora kita sebangsa dan sejiwa murni.
Di atas padang sejarah pantang kita mungkiri janji
setiap tapak dan langkah mengisi rindu demokrasi.
Diri kita padu maruah senandung setulus hati
melunturkan wewarna zalim, menyubur kuning berseri.
Kita—tenaga jati—gah berjuang demi keadilan;
kita terbang sederas sinar julang panji kebenaran.
2—3, Oktober, 2012. A. SAMAD SAID.

Kata Fairuz dalam
http://www.goodreads.com/book/show/17667510-di-atas-padang-sejarah
“Menginsankan manusia celik namun mahu terus buta. Masih juga menolak keras
kebenaran, lalu enggan percaya akan ketempangan sebenar yang diwarisi sekian
dekad. Kuasawan rakus membuntal kantung kroni sedang marhaen dibiar memagut
sisa. Itu pun masih dilaungkan dengan bangga konon jasa tak terhingga yang
harus dibalas dengan mandat. Bebas apa kalau lidah dicantas, tindak dihalang
birokrasi setebal ego. Maka di atas padang sejarah, kita saksikan siapa kawan,
siapa lawan dan siapa sebenarnya tuan”.
No comments:
Post a Comment