Sumber:
HARAKAH
DEMO GETAH DI
PADANG TERAP
Oleh BASHIR
ISHAK
PADANG TERAP -
Laungan tuntutan kenaikan harga getah bergema lagi di negeri Kedah dengan
hasrat para penoeh getah menuntut harga lantai getah sebanyak RM4.00
sekilogram.
Selepas
himpunan di Kuala Ketil dan Sik, himpunan aman di tapak pasar malam Pekan Naka
di sini disertai sekitar 1000 orang untuk menyatakan sokongan kepada
tuntutuan tersebut selain menuntut kerajaan segera bertindak mengatasi
masalah harga getah yang kini jatuh sehinggakan menjejaskan pendapatan penorah
getah.
Himpunan
Sengsara Penoreh Getah itu dianjurkan oleh Pemuda PAS Kedah bersama-sama dengan
NGO Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (Panglima).
Para hadirin
membawa sepanduk menyatakan bantahan dan keluhan hati mereka yang tertekan
dengan kenaikan kos kehidupan hari ini.
Ketua Pemuda
PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat yang turut hadir berkata para penoreh getah
sekarang berada dalam situasi yang lebih teruk berbanding mereka yang terbabit
dengan demonstrasi Baling tahun 1974.
"Dulu
harga getah 25 sen sekati dan harga gula juga adalah 25 sen sekati, sekarang
ini harga getah jatuh pada RM2.40 sekilogram berbanding harga sekilo gula
RM2.85. Sekarang ini penoreh lagi susah daripada 1974 dulu.
"Sebagai
mood tunutan kenaikan harga getah, kita nak ajak tuan-tuan turun pada penamaan
calon PRK kajang nanti, sebab kalau kita buat di sini Najib tak tahupun, Rosmah
boleh tidur lena," katanya.
Semantara itu,
Ketua Pemuda PAS kedah, Ustaz Mohd Nasir Zakaria menegaskan dalam ucapannya
himpunan Baling 2.0 yang lebih besar akan diadakan sekiranya kerajaan gagal
memenuhi tuntutan ini.
Beliau juga
meminta kerajaan mengurangkan import getah dari luar seperti Thailand, Vietna
dan Kemboja bagi membantu rakyat yang bergantung hidup dari hasil getah.
"Kalau
kerajaan tidak dapat memenuhi tuntutan ini, Demonstrasi Baling 2.0 untuk
mengulangi peristiwa besar 40 tahun dulu akan diadakan. Kalau rakyat tidak
bangkit pada tahun 1974, harga getah tak akan naik.
"Untuk
itu kita menyokong saranan untuk menuntut harga lantai getah RM4.00
sekilogram," jelasnya.
Himpunan ini
turut disertai oleh pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Adun Kuala Ketil' Md Zuki
Yusoff selaku Pengerusi Badan Bertindak Penoreh Getah Kedah; Adun Sungai Limau,
Ustaz Mohd Azam Abd Samat; Ahli Majlis Pimpinan KeADILan, Ir Zamri Yusof;
Presiden Panglima, Sulamiman Ibrahim serta Exco Pemuda PAS Kedah.
No comments:
Post a Comment