Petunjuk betapa lemahnya kerajaan Melayu dan
segala institusinya?
Bahagian 3: Orang-orang Melayu Umnolah yang dipilih
menjadi pemimpin
4.0
Sejak Malaysia
merdeka dalam tahun 1957 sehinggalah sekarang ini, para pemimpin Melayu dipilih
dalam dan melalui Pemilihan Agung Umno (PAU). Dalam PAU itu kira-kira dua ribu
orang perwakilan dari seluruh negara berkumpul untuk menjalankan tugas yang
penting terhadap bangsa dan negara.
Misalnya dalam
blog http://ramlyotai.blogspot.com/2008/10/pau-umno-gelanggang-kambing-hitam.html,
kita temui laporan berita oleh Utusan Malaysia,
7 Okt., 2008, ms. 7 yang dipetik antara lain melaporkan bahawa “Jumlah bilangan Bahagian UMNO adalah ialah 191
Bahagian. Jumlah perwakilan UMNO seramai 2483 orang. Setiap bahagian Umno akan
hantar perwakilan seramai 13 ke perhimpunan agung UMNO pada Mac 2009.” (Utusan
Malaysia, 7 Okt., 2008, ms. 7)
Dan Pau itu
adalah forum maha mega itulah segolongan rakyat yang terpilih dan dipilih untuk
membawa agenda kepimpinan negara Malaysia.
Sejak merdeka Umnolah
yang berkuasa, Umnolah yang menentukan dan Umnolah menjadi pemimpin.
Siapa saja
yang dipilih oleh kira-kira dua ribu orang perwakilan Umno dari seluruh negara
Malaysia berpeluang menjadi calon
pemimpin. Presiden Umno secara automatik menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Kenapakah
seluruh struktur kepimpinan negara Malaysia menjadi demikian?
No comments:
Post a Comment