Pidato Pak
Pandir
Kenapa Melayu-Melayu
yang kaya raya itu penting untuk orang-orang Melayu
Izinkan aku
senaraikan sebab musabab kenapa hujah-hujahku ini tidak ada yang tidak benar
kecuali benar belaka:
Pertama:
Melayu-Melayu yang kaya raya meningkatkan rasa hormat bangsa-bangsa lain
Orang-orang
Melayu dipandang rendah, dicemuh tidak dipedulikan kerana mereka, umumnya miskin. Orang-orang miskin, termasuk orang-orang
Melayu, tidak dipedulikan oleh kerana kemiskinan yang mereka alami. Siapakah
yang mahu mendengar cakap-cakap orang-orang miskin? Tidak ada sesiapa yang mendengar apatah lagi
peduli kepada cakap-cakap orang-orang Melayu yang miskin. Percayalah sebab paling utama kenapa orang-orang
Melayu tidak dihormati ialah kerana mereka ― orang-orang Melayu ― cukup kaya
dengan kemiskinan. Ini pasti berubah
jika ramai orang-orang Melayu kaya-raya.
Itulah sebabnya kenapa saya amat yakin dan percaya kenapa kita perlukan
para milioner (sekarang bilioner) Melayu; paling sedikit sepuluh orang Melayu
terkaya di Malaysia. Orang-orang bukan
Melayu pasti menghormati orang-orang Melayu kerana bangsa Melayu sudah ada
puluhan bilioner Melayu. Orang-orang
Melayu dan juga bukan Melayu takut kepada saya sebab saya kaya raya. Apakah kamu boleh menidakkan hakikat ini?
Kedua: Lebih
ramai Melayu yang kaya raya, maka lebih banyaklah duit zakat dan cukai
pendapatan
Kedua: Orang-orang Melayu yang kaya raya dapat
mengeluarkan zakat, cukai pendapatan yang jauh lebih besar dan yang lebih banyak. Kutipan cukai dan zakat yang banyak dan yang jauh
lebih besar pasti meningkatkan lagi ekonomi
ummah dan negara. Kalaulah di Malaysia
terdapat puluhan bilioner Melayu, maka lebih banyak wang zakat dan cukai
pendapatan yang dapat dikutip daripada orang-orang Melayu dan ini dengan
sendirinya akan menaikkan imej orang-orang Melayu. Apakah kita ― orang-orang Melayu ― tidak mahu
imej bangsa mereka ― bangsa Melayu, naik? Lagi
pun jika lebih banyak wang zakat dan cukai pendapatan yang dikutip, apakah
Malaysia tidak menjadi lebih aman makmur kerana hasil kekayaan puluhan bilioner
Melayu ini? Dan apakah akan ada sebuah
pusat pentadbiran yang serba moden dan canggih jika kita tidak ada duit?
Ketiga: Lebih ramai Melayu yang kaya, maka lebih banyak
masjid yang indah-indah dapat dibina
Untuk
beribadah dengan baik dan selesa, masjid-masjid kita mestilah selesa dan
nyaman. Untuk itu, kita perlukan lebih banyak
masjid yang moden lagi canggih. Apakah
kerajaan sahaja yang perlu membina masjid-masjid yang indah-indah lagi tersergam
itu? Adalah tidak adil mengharapkan
pihak kerajaan saja yang membina masjid walaupun Islam adalah agama rasmi
negara. Masalah ini selesai jika terdapat
ramai orang-orang Melayu yang kaya raya; puluhan bilinoner Melayu. Para kaya raya Melayu ini akan membina
pelbagai macam jenis masjid untuk dinamakan atas nama ibu bapa mereka. Dan bercakap tentang aspek ibadah ini, jika
terdapat lebih ramai orang-orang Melayu yang kaya raya di Malaysia, maka akan lebih
ramailah orang-orang kampung yang dihantar ke Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah
dan haji. Jangan lupa orang-orang kaya raya
Melayu juga mahukan pitih akhirat, iaitu pahala.
Keempat: Jika orang-orang Melayu tidak mahu menjadi
kaya raya, biarlah anak pinak dan suku sakat saya yang kaya raya...
Anak pinak dan
kawan rakan saya yang kaya raya akan membina kilang, (pelbagai macam kilang) dan
dewan-dewan untuk orang-orang Melayu berkumpul. Anak pinak dan rakan-rakan saya yang kaya
raya akan bertambah teruja setiap kali melihat angka-angka saham mencanak...
Jangan lupa,
orang-orang Melayu mestilah kaya raya supaya dihormati.
Sekianlah hujahku.
Tanda tangan.
Pak Pandir.
1 comment:
The rich who get rich by dong things that contribute to the welfare of the public will be rspected by others ; for example people like Bill Gate, steve Jobs and etc. These people get rich through their creativities and hardworks.
The rich who get rich at the expenses of others will be despised by others. These people are robbing the fruits of the efforts and hardworks done by others !!!
Haha !!! By the way , be
careful of anyone who try to give an answer on wheither we need rich people or not as the question does not exist; unless you are in the communist country !!!!!!
Post a Comment