Malapetaka terus menimpa. Apakah pilihan rakyat
Malaysia?
Anwar: Yang
rakyat Malaysia perjuangkan bukanlah tentang diri saya, tapi segala kebobrokan
sistem yang ada. Sebelum ini, tindakan
mereka pernah memakan diri dan ia bakal berulang lagi.
(Anwar: What Malaysians are fighting for isn’t just
about me, but all that is wrong with the system. It backfired before and will
backfire again)
Teks seorang
teman pada jam 5:26 petang, 7 Mac 2014
PKH: Verdict: Anwar found guilty of sodomy!!! I
am out of words.
2.0 Fitnah sebagai alat bantuan nyawa
Tidak ada
kata-kata untuk menggambarkan duka nestapa yang melanda rakyat Malaysia;
mereka yang mengikuti perkembangan
kerjaya politik Anwar Ibrahim, khususnya yang ambil peduli dan begitu tersentuh
dengan kezaliman yang berulang-ulang terhadapnya. Kezaliman nyata yang disempurnakan dengan
bantuan pelbagai alat ― paling menonjol institusi mahkamah. Ia mengulangi babak-babak silam yang pernah
dipentaskan pada 14 April 1999. Pada 7
Mac 2014 (Jumaat), sama seperti kira-kira 15 tahun yang lalu, sebuah kerajaan
Umno sekali lagi mencari dan merekayasa fitnah untuk membunuh kerjaya musuh
politik yang paling ditakutinya.
Pada Jumaat 7
Mac 2014, seperti 15 tahun yang lalu, sebuah skrip dengan watak-watak berbeda
dipentaskan semula untuk tontonan dunia.
Hari ini, dunia dimaklumkan oleh
segala medianya perihal usaha berterusan gerombolan mematikan SEORANG (cuma
seorang) musuh politik yang tidak dapat ditewaskan dalam gelanggang politik
secara jantan dan dalam bentuk lebih ‘bertamadun’. Gerombolan liar yang tidak pernah jantan itu,
berulang kali menyalakan fitnah untuk terus bernafas. Pada 7 Mac 2014, sekali lagi sebuah kerajaan melondehkan
dirinya demi untuk meminta nyawa. 15
tahun lalu, lelaki Kerala sang sutradara
itu sekali lagi mementaskan fitnah. Dan
seluruh episod jorok lagi menjijikkan itu dilaporkan pelbagai media:
“BBC
News, A leading British daily, The
Independent, Another popular British daily, The Guardian, CNN, The Washington
Post, Australia’s Sydney Morning Herald, The Saturday Age, also of Australia,
The Times of India, The Indian television station NDTV, Al Jazeera, the Hong
Kong Standard, the Singapore Straits Times and African Financial News”.
3.0 Sejarah itu diulangi sekali lagi
“Pada 7 Mac
2014 itu, apa yang telah kita saksikan ialah betapa dan begitu rendahnya
institusi mahkmah itu telah tunduk menjadi alat ― alat politik Umno demi untuk
mempertahankan hegemoni kuasanya yang semakin terancam.
Lebih dari
itu, hukuman terhadap Anwar itu bermakna bahawa negara kita telah memasuki era
baru penindasan dan penganiayaan, bermula dengan Anwar, diikuti pada 11 Mac 2014
iaitu tarikh keputusan hukuman kes hasutan terhadap pengerusi DAP Karpal Singh.
Ini diikuti dengan mereka yang telahpun dituduh dan juga yang menanti
pembicaraan.
Kecualilah
rakyat jelata sedar dengan realiti politik yang melanda negara sekarang ini,
lalu bangkit untuk melakukan sesuatu demi mempertahankan hak-hak perlembagaan
mereka dari terus terhakis, negara kita bakal menghadapi masa depan yang
gelap.”
Demikian, Kim
Quek dalam Malaysia Chronicle, “Anwar
conviction marks a NEW ERA OF REPRESSION in Malaysia”
Apa yang berlaku pada 7 Mac 2014 ialah ulangan Lewat Satu, pada 14 April
1999 dengan plot, skrip dan sutradara yang tidak banyak berbeza. Sejarah telah memaparkan bagaimana fitnah
Lewat Satu itu diiringi Reformasi 1998, sebuah gelombang yang membawa perubahan
besar terhadap wajah dan citra politik negara; sesuatu yang belum pernah
Malaysia saksikan selama ini. Dengan
segala kepincangan yang ada, khususnya SPR sebagai alatnya Umno, rakyat
Malaysia terus mara dan membuat perubahan pada PRU 13 dan PRU13.
Sesungguhnya semua itu sejarah.
Dan dalam sejarah kita, ada begitu banyak episod yang boleh diimbas
semula, misalnya episod sejarah peranan
dan tindakan mahkamah, sejarah polis yang cepat bertindak terhadap musuh politik
Umno, sejarah tindakan berpilih-pilih pelbagai institusi terhadap musuh politik
Umno malah segala rupa bentuk sejarah bagaimana pelbagai institusi kerajaan
digunakan untuk mengekalkan hegemoni Umno.
Paling mutakhir kita telah saksikan bagaimana Perkasa, kelompok kanan
pelampau Melayu ― tanpa malu-malu, tanpa sedikit pun rasa segan dan silu, tanpa
sebarang kebimbangan terus-terusan menyalakan api perkauman dan agama. Ternyatalah ia terlalu kebal untuk dicuit. Ya, bacalah apa saja artikel tentang Umno,
kisah-kisah sejarah seperti ini pasti diulang-ulangi. Untuk apa semua ini diulangi? Apakah untuk menjadikan semacam senaman
minda, satu bukti kukuh bahawa sesungguhnya otak kita-kita belum lagi koma?
Lalu, apakah pilihan-pilihan yang ada pada kita? Apakah rakyat Malaysia perlu turun semula ke
jalan raya sepertimana mereka turun dalam tahun Reformasi 1998 itu? Apakah rakyat Malaysia ulangi apa yang telah
mereka lalukan kira-kira 15 tahun yang lalu itu? Kita tiru protes massal sepertimana arwah
Ustaz Fadzil Noor lakukan via GERAK?
Atau apa? Untuk semua ini
berlaku, diperlukan pemimpin yang memiliki iltizam kepimpinan yang kukuh dan
mantap. Ramai yang percaya Pakatan
Rakyat kekal bersatu sehinggakan menjadi satu upaya politik yang kukuh
disebabkan oleh sosok Anwar Ibrahim.
Dialah watak utama yang memberikan tenaga dan kekuatan untuk
menyatupadukan Pakatan Rakyat. Dan watak
itulah yang mahu dan mesti dimatikan.
Itu telah Umno mulakan pada 7 Mac 2014.
Umno mulakan sekarang kerana yakin bahawa mereka bakal memadamkan ingatan
rakyat terhadap sebelum tiba PRU 14, kira-kira empat tahun lagi. Agaknya mengikut kiraan Umno, empat kali BR1M
pasti membuat otak manusia Malaysia, khususnya otak-otak Melayu, koma.
4.0 Apakah
pilihan yang ada? Apakah pilihan orang-orang Melayu?
No comments:
Post a Comment