Menggeletek emosi
Berpesanlah seorang rakan, pandai-pandailah tuan mendidik emosi kerana sesungguhnya itulah kebaikan untuk yang empunya diri. Diberikannya contoh bagaimana manusia cerdik (matang agaknya ), sentiasa mahir mengelak bidas emosi. Katanya lagi, manusia cerdik biarpun batinnya menggelegak masih mampu memperagakan senyumannya di depan khalayak.
Memang benar. Khalayak yang hidupnya berfikir di luar otak mudah diperangkap emosi binal. Makanya isu-isu yang katanya sensitif tumbuh subur pabila diternak di ladang emosi. Inilah kepakaran pemimpin manusia... menguli-gentel emosi mentah yang binatang. Ya, memang ramai manusia yang hidupnya gian melabur emosi. Kalau boleh, mau ditelannya seluruh mikrofon di rostrum.
Wahai teman, apakah kelihatan senyuman dalam dua paragaf di atas?
2 comments:
isu kartika bukan lagi isu emosi tetapi isu yang nampaknya kita semua bodoh. kerelaan kartika tidak pernah dipertikai tetapi ada bibit anih dan tanda tanya. saya kemuakan dalam siasah minggu depan, kalau disiar.
ini bukan emosi tapi kebangangan kita, termasuk yang membuat hukum Islam. pandai buat tapi tak pandai memberi kaedah bagaimana hukuman itu boleh dilaksanakan.
huaaaa.
azizi abdullah
Sdr. Azizi,
Sila ikuti kolumn 'Wacana Budaya' Harakah oleh Sdr. Dinsman. Insyallah isu ini dibincang.
Tk.
Post a Comment