Dinsman (Artikel 111, 30/10)
PAS sedang bergolak. Samada bergolak itu seperti air berkocak di dalam cawan atau ribut bergelora di dalam lautan, terpulang pada pendekatan kita melihatnya, di mana kita berdiri memandangnya, dan sejauh mana maklumat kita mengenainya. Bergolak memang bergolak. Usahlah kita menafikannya.
Tok Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am membuat gempar apabila dia melontarkan cadangan supaya diadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menyelesaikan isu-isu yang sedang bergolak itu. Dan itu pun telah dilihat orang dari pelbagai sudut, pendekatan dan tujuan. Sebahagiannya cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan diri dan pihak tertentu. Biasalah tu!
Ramai juga yang terkejut dan tergamam. Seorang pembaca Wacana Budaya menghantar SMS mengisytiharkan dia keluar dari parti, dengan memberikan nombor keahliannya sebagai bukti. Wah, ini bukan lagi ribut di dalam cawan. Ini macam suatu petaka yang serius! Apatah lagi bila saya fowardkan SMS itu kepada seorang kawan, dan dia menjawab begini:
“Masih ingat apa kata Abu Bakar bila Rasulullah saw wafat? ‘Sesiapa yang memeluk Islam kerana Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah wafat. Tetapi jika dia memeluk Islam kerana Allah, maka Allah tetap hidup dan tak akan mati.’ Begitu juga dalam perjuangan ini. PAS sebagai wadah. Kita kena berjuang bukan kerana PAS atau pimpinan PAS, tapi kerana ia wadah perjuangan untuk Islam didaulatkan.”
Dan katanya lagi, “PAS dan pimpinan PAS adalah makhluk yang tak lari daripada silap. Apa yang penting, kita berjuang dan bersama perjuangan PAS kerana Allah. Kerana itu adalah pilihan terbaik sekarang ini. Kalau tak nak tolong Islam, Allah tak rugi satu sen pun, tapi kerugian kita adalah nyata.”
Tak pastilah saya apakah maksud sebenar dia, dengan responsnya yang demikian itu. Mengapa dia sampai mengingatkan saya kepada peristiwa wafatnya Rasulullah? Kita bukanlah sedang menghadapi peristiwa yang sehebat kewafatan Rasulullah. Hanya suatu pergolakan, yang memang tidak boleh dikatakan kecil. Suatu krisis kepimpinan. Itu saja.
Tetapi, walau bagaimanapun, terasa ada sesuatu yang penting dan relevan juga dalam respons tersebut. “Kita kena berjuang bukan kerana PAS atau pimpinan PAS, tapi kerana ia wadah perjuangan untuk Islam didaulatkan.” Perspektifnya itu. Lebih luas daripada perspektif kepentingan sebuah parti politik.
Melepaskan diri dan fikiran daripada sentimen dan emosi kepentingan parti politik. Saya kira itulah salah satu pendekatan yang wajar diambil dalam situasi yang kacau-rumit-celaru sekarang. Melihatnya dalam perspektif perjuangan Islam yang melangkaui kepentingan parti politik, walaupun PAS adalah sebuah parti politik. Kerana dalam masa yang sama PAS bukanlah sekadar sebuah parti politik, tetapi ia lebih daripada itu.
PAS juga, misalnya, adalah sebuah organisasi dakwah. Dan PAS juga adalah sebuah institusi pendidikan. Dan di Kelantan, PAS juga adalah sebuah “Kerajaan Islam” yang sedang beroperasi dengan cukup berkesan.
Memang ramai yang terkejut, tergamam, sedih, pilu, pedih dan macam-macam. Ramai juga yang mengadu dan minta nasihat dan pandangan saya, (kerana kebetulan nombor saya ada di bawah ruangan ini). Salah satu jawapan saya yang standard kepada beberapa orang, (saya salinkan juga kepada beberapa kawan rapat) melalui SMS, adalah begini:
“Pasal sedih dan sayu apa yang berlaku pada PAS itu memanglah sedih/sayu. Ini suatu saat yang genting dan mencabar. Tiap gerakan atau organisasi perjuangan akan ada saat ujian yang sebegini. Menguji kebijaksanaan kepemimpinan, untuk menghadapi cabaran yang lebih besar di hadapan. Ada hikmah-Nya, untuk PAS (satu-satunya wadah untuk Islam didaulatkan di negara ini) menjadi lebih kukuh dan mantap. Lebih baik ia ribut sekarang daripada ia ribut tahun depan. Semoga PAS menjadi lebih kuat menjelang PRK-13, insya Allah.”
Dan seperti yang pernah saya sebut di ruangan ini, saya bukanlah orang yang pakar dalam politik dan bukan juga aktivis politik yang berpengalaman. Jadi tak sesuailah kalau saya nak membebel bagi pandangan dan teguran itu-ini yang patut dan tak patut dibuat bagi mengatasi kemelut yang sedang dihadapi ini.
Maka kepada beberapa orang sahabat yang tiba-tiba melatah dan melenting memuntahkan pandangan melulu mereka melalui media massa dan blog masing-masing, menuduh pihak itu dan pihak ini tak betullah, begitulah beginilah, macam-macam – ha yang ini saya fikir saya bolehlah tegur.
Tegur saja, bukannya apa. Sebab kita ini bukannya orang politik. Walaupun saya juga menjadi AJK bahagian sebuah parti politik, saya tetap menganggap diri bukan orang politik. Penglibatan dalam parti hanyalah sekadar untuk membantu dalam hal ehwal seni dan budaya. Diminta lebih daripada itu saya mohon maaf. Betul. Biarlah kita menyumbang dalam bidang yang kita boleh memberi sumbangan terbaik kita. Betul tak?
Maka tak usahlah kita nak berlagak pandai dalam bidang yang bukan bidang kita. Maklumat yang ada pada kita pun tak setara mana, buat apalah nak menjadi hakim membuat penilaian yang hanya berdasarkan sekucil maklumat itu. Kadang-kadang tu memalukan. Kita mungkin bijak dan pakar dalam bidang tertentu. Tak semestinya kita juga akan mempunyai idea yang baik dalam percaturan politik.
Nak berceloteh juga bukan tak boleh. Boleh sangat! Negara demokrasi. Kita menghormati dasar kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat. Silakan! Saya hanya sekadar nak menegur atas dasar kawan! Saya percaya kalau para budayawan kita mahu bertindak dengan berani dalam bidang kita, ada peranan dan sumbangan yang boleh kita buat, ke arah menjernihkan kembali jiwa masyarakat yang keruh.
Yang menjadi masalahnya, kita sendiri pun, dalaman diri kita sendiri, masih tidak bebas untuk berdiri di atas prinsip kebebasan, kemanusiaan, keadilan dan kebenaran, dan masih tidak bebas daripada pelbagai ketakutan (takut hilang pendapatan, takut tak naik pangkat, takut tak dapat peluang itu dan ini), tiba-tiba di luar diri pula kita nak berlagak kononnya atas dasar kebebasan bersuara! Hah ha ha…
Memang. Kadang-kadang tu memalukanlah!
(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 0136362408)
Saturday, October 31, 2009
Jalan Pilihan: Melayu? Islam? Melayu-Islam?
Bagiku cara dia memperkenalkan dirinya semakin pelik. Ya, sebagai kawan lamanya aku merasakan ia pelik. Bukankah aku ini kawan lamanya Pahlolradzi? Tentang pandangan kawan-kawanku yang lain, yang sama-sama hadir tatkala aku disergah, aku yakin mereka juga resah. Ternampak aku air muka mereka, memang berubah. Jelas mereka juga turut terkejut dengan amarah Pahlolradzi yang tiba-tiba saja meletup itu. Apakah kawan-kawanku yang lain juga berfikir seperti yang aku fikirkan: Apakah yang mahu ditonjolkan kawan lama kami ini, kawan-kawan baiknya sendirinya?
Terus terang aku tidak pernah begitu terlalu peduli untuk membedah anatomi asal usulku, baik sosiobudaya maupun fisiologinya (?). Ya, aku lelaki. Ya, aku Melayu yang dilahirkan oleh ibu bapaku yang Islam. Ya, ya aku bercakap Melayu. Ya, aku belajar di sekolah Melayu. Ya, aku belajar orang putih di kelas special Malay. Ya, aku satu ketika dulu, meluat juga mendengar lagu-lagu yang tidak kufaham bahasanya kecuali lagu-lagu nyanyian Mohd Rafi dan Latamangiskar(?). Namun sekarang setelah sekian lama menjadi tetamu planet ini, aku sedar bahawa bahasa apa saja sangat sarat bobot budayanya. Aku sedih kerana tidak menguasai bahasa-bahasa itu. Betapa ruginya.
Ya, temanku Pahlolradzi mahu dirinya dikenali sebagai seorang Melayu-Islam. Dia mahu orang-orang luar, termasuk kawan-kawan baiknya sendiri sedar yang dia adalah Melayu yang Islam. Ibarat mengupas bawang, dia mau susun-lapis dirinya kelihatan dengan jelas. Jangan ada orang lain, termasuk kawan-kawan baiknya sampai tak nampak, “Siapakah aku, Pahlolradzi yang sebenar”
Semasa aku disergah Pahlolradzi di depan kawan-kawanku yang lain bahawa “Tak adil kalau asal usulku kamu lupa!” aku terkejut. Mula-mula terkejut kecil kerana sebagai seorang kawan lama, aku tidak pernah menyangka yang Pahlolradzi marah jika dia tidak dikenali sebagai Melayu-Islam.
Aku tidak dapat melelapkan mataku sepanjang malam semalam. Senarai soalan yang menyerbu cukup panjang:
Apakah menjadi Melayu itu lebih utama daripada menjadi seorang manusia, seorang insan, seorang Muslim yang bertaqwa?
Apakah tatkala dibangunkan semula, itulah yang paling utama dijelaskan: Menjadi Melayu?
Apakah kelihatan sebagai juara Melayu-Islam itu lebih besar maknanya daripada sekelumit usaha ikhlas dalam menentang kezaliman, misalnya?
Terus terang, aku kurang arif makna sebenar Melayu-Islam itu?
Tuan faham maknanya?
Thursday, October 29, 2009
Mereka yang akrab dengan tumbuhan
“The time for planting and the time for harversting do not wait. If you procastinate and miss the planting season, you will have no crop for the whole year. If you miss the harvesting season, you will have crops rotting in the field. If you miss the time for fertilising the crops, you will have a poor harvest for the year”. Chin-Ning Chu, Thick Face, Black Heart, Warner Books, 1992 (hal 204).
Jika kita terjemah, ia mungkin berbunyi begini:
Sesungguhnya masa tidak pernah menunggu kita untuk menanam dan menuai. Oleh sebab itu, sekiranya kerja-kerja menanam tertunda, maka tak adalah tanaman untuk musim itu. Dan sekiranya kerja menuainya yang terlambat, hasil tanaman pasti akan reput di ladang. Kiranya kita tertinggal sewaktu membaja, hasil panen tentu akan merosot.
Sementara Azizi Abdullah, dalam Harga Sebuah Maruah, DBP Kuala Lumpur, 2007 sebuah karya fiksyen yang menggondol hadiah kedua sayembara mengarang sempena perayaan jubli emas DBP menurunkan peristiwa ini:
“Biarkan, fikir Cah. Azmi mungkin tidak tahu mengapa dia tunggu guni padi benihnya di tepi parit.
Azmi tidak tahu dia mahu memberi satu penghormatan kepada benih padi yang hendak bertunas. Macamlah juga menunggu seorang hendak bersalin. Padi benih tentu berbesar hati kalau tahu ada orang menunggu dan menemaninya. Maka sebab itulah Cah sanggup menghabiskan satu malam, jika padi benihnya direndam. Bukan selalu, bisik Cah. Dia cuma buat sekali dalam satu piama.” (hal. 5)
Kita tentu pernah dengar tentang telatah manusia yang bercakap dengan segala makhluk selain manusia. Ada yang menceritakan telatah manusia yang bercakap dengan segala macam tanamannya; dengan padinya, dengan pokok mempelamnya atau dengan pokok-pokok bunganya. Perbuatan yang disengajakan ini, katanya dapat meningkatkan hasil tuaian.
Lalu apa pula kisahnya dengan jadual tanaman seperti yang dinyatakan oleh Chin-Ning Chu? Mereka yang pernah bertugas di skim-skim pengairan dapat bercerita dengan panjang lebar bagaimana peritnya mendisiplinkan para petani agar mematuhi jadual tanaman yang telah ditetapkan.
Pada peringkat awal pelaksanaan sistem tali air ketiga, atau tersier di Kerian Sungai Manik, saya teringat akan telatah En. Ramli Modiran, Pengarah Projek yang saban waktu meminta para petani supaya “membina dan menjaga batas-batas bendang masing-masing!”. Ke mana saja, di mana saja dan bila saja itulah seruannya: “Buatlah dan jaga batas, pak cik-cik, mak-cik!”.
Apakah kita juga menjaga batas-batas kita?
Nikmat
Tatkala jawatankuasa "Malam Padang Prihatin" meminta saya 'menguruskan' supaya sajak "Lidah Tsunami" yang insyallah bakal dibaca Pak Samad pada malam 11 November 2009 itu nanti, saya menemui sesuatu yang indah di dalam antologi tersebut:
"Nikmat
Segala yang dihasrat
tapi tak dapat
adalah nikmat
yang paling padat "
A. Samad Said, dalam "Sebuah antologi puisi yang menghimpunkan karya-karya selama lebih setengah abad", Utusan Publications, 2005.
Wednesday, October 28, 2009
Budayawan Bertindak Ke Negeri 9

Pada malam 27 Oktober 2009 (Selasa), bertempat di sebuah stesen minyak di Awan Besar, Lebuh Raya Kesas, Kuala Lumpur, kami berkumpul bersama teman-teman dari Negeri Sembilan sambil membincangkan kemungkinan merakyatkan budaya rakyat di Negeri adat pepatih ini. Teman-teman Negeri Sembilan adalah sdr Mohammad Alinor Abdul Kadir, sdr Nordin Ismail dan sdr Ibrahim Yusof. Turut bersama dalam acara sembang-sambil-merangka acara budaya tersebut ialah orang kuat GMP, Gerakan Mansuhkan PPSMI, Prof. Shahrir Mohd Zain. Sementara kami dari Paksi diwakili Presidennya Sdr. Dinsman, Hasni Abas, setiausaha Paksi merangkap GMP dan Kassim Muhamad.
Ternyata banyak juga yang diangkat sebagai bahan perbincangan; baik serius maupun santai: Dari budaya songsang Robin Hood, proses pengabsahan Botak Chin sebagai wakil kepada rakyat sehinggalah kepada persoalan tema, pengisian, pendekatan dan olahan program budaya yang bakal dilaksanakan.
Tatkala memandu pulang, di antara soalan yang berlegar-legar di dalam kepala termasuklah: Apakah yang bakal kita dengar tentang Tun Pepatih Pinang Nan Sebatang atau siapakah Tok Bongek? Apakah yang dapat diketahui tentang nilai-nilai demokrasi dalam adat pepatih? Atau siapakah yang pernah mendengar perihal asimilasi budaya Cina di Negeri Sembilan ini?
Kita bakal bertemu di Negeri Sembilan dalam sebuah acara budaya, pada bulan Disember 2009 nanti. Insyallah.
Monday, October 26, 2009
Bengkel teater 2PNP 24 Oktober 2009
(Pada hari Sabtu 24hb Oktober 2009, 2PNP di bawah Cikgu Anuar Asmadi bersama para pimpinan PPD dan Perpustakaan Pulau Pinang telah menganjurkan sebuah bengkel teater. Berikut adalah isi-isi pokok, talking points yang disediakan oleh Sdr. Dinsman untuk kira-kira 90 orang guru, majoritinya wanita yang bertugas di daerah Seberang Perai Tengah (SPT). Mungkin benar ini sekadar nota untuk Dinsman berbincang, namun saya kira ia cukup baik untuk tatapan semua yang berminat).
Selamat menghayatinya...
Nak menulis skrip teater?
Pertama sekali kena tahu dulu apa itu teater.
Bagaimanakah sebuah teater yang baik?
Apa yang perlu ada pada sebuah teater yang baik?
Kita ambil contoh karya teater saya yang terbaru, yang mendapat sambutan luarbiasa daripada masyarakat. Belum pernah karya teater saya mendapat sambutan sepertimana sambutan terhadap teater ini – Menunggu Kata Dari Tuhan (MKDT).
Apa yg ada pd MKDT? Apa yg istimewa, yg ada pd MKDT?
Pertama, ia dicipta berdasarkan sebuah Hadis Nabi. Tahu apa itu Hadis Nabi?
Kenapa saya menulis teater berdasarkan Hadis Nabi? Ini bukan satu kebiasaan. Jadi, mengapa saya melakukannya?
Jawapannya: Kerana saya tertarik dengan Hadis itu.
Kenapa saya tertarik dengan Hadis itu? Kerana ia mengandungi unsur2 yg boleh dijadikan sebuah teater yg menarik. Apakah unsur2 itu?
Pertama – konflik dalam diri seorang manusia, yg diceritakannya semula. Yakni pengakuan seorang manusia bahawa dia mengalami konflik dalam diri, atau dilema, akibat daripada dia telah membuat salah. Dia menceritakan pengalaman itu. Dan ceritanya itu sebuah cerita yg menarik, yg mempunyai unsur2 teater yg menarik.
Apa yg ada dlm cerita yg diceritakan semula oleh seorang manusia itu, yg saya menganggapnya sebagai mempunyai unsur2 teater yg menarik?
Pertama – ada Rasulullah SAW, yakni Nabi Muhammad SAW.
Orang yg bercerita itu seorang sahabat Nabi, namanya Kaab bin Malik. Cerita Kaab bin Malik ini ialah cerita mengenai dirinya berurusan dg Nabi. Urusannya itu yg sangat menarik utk sebuah teater. Mengapa menarik? Kaab menghadapi dilema dlm dirinya, samada dia hendak bercakap benar dengan Nabi, atau hendak bercakap bohong.
Dlm khazanah teater yg baik di dunia, ada karya Shakespeare berjudul Hamlet, yg inti persoalannya dikenali dlm suatu ungkapan yg sangat masyhur, iaitu “To be or not to be”. (Hendak bertindak atau tidak). Itulah persoalan atau dilema yg dialami oleh Hamlet – Nak bunuh bapa saudaranya atau tidak? Itu satu persoalan besar yg dihadapi manusia, yg telah diungkapkan oleh Shakespeare dlm teater “Hamlet”.
Saya mendapati hal yg hampir sama dialami oleh Kaab. Dilemanya: hendak bercakap benar atau hendak berbohong kp Nabi? Ini satu persoalan besar. Bagi orang lain mungkin ia bukan satu persoalan besar. Tapi bagi Kaab ia satu persoalan besar. Dan dia membuat pengakuan ini. Kaab sendiri menceritakan dilemanya ini kp anaknya, dan anaknya kemudian mencerita-kannya pula kp orang lain, dan kemudian penceritaan ini dicatatkan sebagai sebuah Hadis.
Ceritanya – Kaab tidak ikut bersama dg rombongan Nabi pergi ke medan perang, berperang dg musuh Islam, di Tabuk (Perang Tabuk). Dan menariknya lagi, dlm pengakuannya itu Kaab sendiri mengaku yg dia pun tak tahu mengapa sebenarnya dia tidak ikut pergi berperang; sedangkan pada waktu orang semua membuat persiapan, dia pun bersiap juga. Malah dia membeli dua ekor unta utk dijadikan kenderaan ke medan perang.
Akhirnya Kaab memilih utk bercakap benar. Dia mengaku kepada Nabi bahawa dia sebenarnya tidak mempunyai alasan utk tidak pergi berperang. Ertinya dia sengaja engkar perintah Nabi.
Itu satu – “To be or not to be” – Nak bercakap benar atau nak berbohong dg Nabi.
Apabila Kaab memilih utk bercakap benar, mengaku kesalahannya, Nabi menyerahkan penyelesaian masalah Kaab itu kepada Allah SWT. Sedangkan kp orang lain, ada 80 orang lagi yg tak keluar berperang, dan mereka memberi alasan mengapa mereka tak ikut, dan mereka meminta maaf kp Nabi. Nabi menerima permintaan maaf mereka, dan Nabi pula memohon kepada Allah supaya Allah memaafkan mereka, walaupun di antara mereka itu ada yang tidak bercakap benar. Tetapi, utk Kaab dan dua orang lagi yg bercakap benar seperti Kaab, Nabi menyerahkan permasalahan mereka kepada Allah, meminta Allah sendiri yang memberi penyelesaian, atau memberi hukuman ke atas mereka.
Bagi saya, ini perkara kedua yg menarik dlm cerita Hadis ini.
(Apa dia? Apa yg saya maksudkan perkara kedua yg menarik itu?)
Di zaman Nabi, dlm cerita Kaab ini, ada masalah manusia yang diserahkan oleh Nabi kepada Allah, biar Allah sendiri yang membuat keputusan bagi penyelesaian masalah itu. Ertinya, ini suatu pengalaman bagaimana terjadinya hubungan yang langsung/direct antara manusia dengan Allah SWT. Ini bukti nyata bahawa Allah itu wujud, dan Allah pernah menyatakan kewujudannya itu dengan menunjukkan campurtangan-Nya secara real dalam kehidupan nyata manusia, melalui peristiwa Kaab ini.
Nabi menyerahkan penyelesaian masalah Kaab kp Allah, biar Allah sendiri yg membuat keputusannya. Bagi saya ini adalah suatu pengalaman manusia yg cukup hebat. Pengalaman berhubungan secara direct dg Allah. Dan inilah dia “menunggu kata dari Tuhan” itu, yakni menunggu Allah menurunkan wahyu kepada Nabi, menyatakan penyelesaian kepada masalah Kaab dan dua orang lagi sahabatnya itu.
Saya tak pernah berjumpa dg perkara hebat seperti ini. Pengalaman merasai kewujudan dan kehadiran Allah dlm kehidupan kita. Ini lebih drp sesuatu yg menarik. Ini sesuatu yg sangat istimewa dan luarbiasa, pernah terjadi dlm hidup manusia, dan saya berpeluang utk mengungkapkan perkara luarbiasa ini ke dlm teater. Memang luarbiasa! Tinggal lagi bagaimanakah kita sebagai penulis hendak mengolahnya ke dlm skrip, supaya pengalaman itu dapat kita hidupkan semula di atas pentas, dan supaya ia boleh ditransfer kp penonton, biar penonton pun dapat merasai pengalaman itu. Ini cabaran kp penulis.
Itu perkara kedua yg menarik, dlm Hadis itu.
Seterusnya – apa lagi yg menarik? Kehadiran Rasulullah SAW itu sendiri.
Bagaimana menghadirkan Rasulullah di atas pentas, supaya penonton dapat merasainya, sedangkan watak Rasulullah tidak boleh dilakonkan? Ini satu lagi cabaran.
Dalam Hadis ini terdapat unsur2 penceritaannya yg sangat menarik, yg memberi peluang kp kita utk menghadirkan Rasulullah di atas pentas teater, walaupun watak Rasulullah tak boleh dilakonkan. (Misalnya ketika Kaab bercerita dia mengambil tempat dekat dg Nabi, di dlm masjid. Dia mencuri-curi pandang Nabi dg ekor matanya, katanya sewaktu dia solat Nabi memandang ke arah dia, tetapi apabila dia pandang ke arah Nabi, Nabi berpaling melihat ke arah lain.)
Memang cabaran sebenar di sini ialah cabaran kepada pelakon dan pengarah. Bagaimana utk menghidupkan suasana itu, suasana seolah-olah Rasulullah SAW hadir di dlm lakonan itu. Walaupun ia cabaran utk pelakon dan pengarah, namun penulis juga perlu menyediakan bahan yg sesuai utk direalisasikan oleh pengarah dan pelakon.
Konsep teater lakonan seorang.
Konsep watak yg tidak kelihatan.
Seterusnya – adegan munajat dan bertaubat. (Tahu apa itu munajat?)
Adegan munajat dan bertaubat tidak ada dalam Hadis berkenaan. Kalau anda baca Hadisnya, tak ada cerita dan dialog munajat dan bertaubat di dalamnya. Tetapi anda dapat merasakan bahawa Kaab mesti melakukan dua perkara tersebut, dalam tempoh waktu dia “menunggu kata dari Tuhan” selama 50 hari itu. Hanya perkara itu tidak disebut ketika Kaab bercerita kepada anaknya.
Saya sengaja mencipta adegan ini kerana ia sangat penting dalam seluruh proses pengalaman yg dilalui oleh Kaab, walaupun ia tidak terdapat dalam Hadis. Dalam proses itu Kaab mesti munajat kepada Allah, dan dia mesti bertaubat. Ini pun suatu adegan dan suatu pengalaman manusia Islam yg sangat penting. Menunjukkan aksi bagaimana manusia berserah diri dan pasrah seluruhnya kp Tuhannya. Aksi yg paling menusuk, paling menyayat. Dalam teater ini, adegan ini menjadi kemuncak/klimeks kp teater ini. Kemuncak dari segi ceritanya, dari segi aksinya, dan dari segi visualnya.
Aspek visual penting dlm teater, kerana teater ditonton. Mesti ada benda di atas pentas yg boleh menarik perhatian penonton. Set pun penting. Permainan cahaya pun penting. Tapi ada juga penulis skrip teater yg tidak mempedulikan perkara ini. Itu terpulanglah.
Satu lagi ialah aspek muzik. MKDT hanya seorang pelakon di atas pentas. Tetapi saya wujudkan watak pemuzik yang bermain biola, dan hadir dan bergerak di atas pentas, seolah-olah dia pun pelakon juga. Kenapa saya wujudkan ini? Sebagai suatu dayatarik utk menarik perhatian penonton, disamping menambah unsur seni kp teater ini.
Jadi – menulislah sesuatu yg anda percaya ia menarik, dan tunjukkan kepada audien bagaimana menariknya cerita itu. Jadikan teater itu sesuatu yg menarik utk ditonton, sesuatu yg orang sanggup membelanjakan duitnya utk membeli tiket kerana hendak menontonnya.
Sunday, October 18, 2009
Bernyanyilah dari hatinurani (ucapan penuh)

Ucapan Datuk A. Samad Said, Sasterawan Negara tatkala melancarkan album “Dari Rakyat Kepada Rakyat” album Meor Yusof Azidin “(pada tempat-tempat tertentu disokong Black dan Rahmat Haron)” pada jam 8.00 malam 17 Oktober 2009, di Dewan MPAJ AU2, Taman Seri Keramat.
Malam ini saya rasa seniman coba mengimbangi kuasawan. Kita lebih melakukannya dengan kata-kata berbeda dengan kuasawan yang selalu melakukannya melalui dana.
Kata-kata selalunya “mengkhayalkan” sementara dana “memungkinkan”. Biar apapun peranannya, malam ini, peranan seniman mungkin lebih untuk sekedar “menyedarkan”. Terlalu ramai kuasawan yang terlupa, khususnya kuasawan yang sedang benar-benar berkuasa.
Tema utama kita tampaknya ialah “Dari Rakyat ke Rakyat”. Tapi, sebenarnya kita ingin berdialog dengan pemimpin−kita bercakap saja sama sendiri, sesama rakyat. Sebenarnya, kita menyanyi.
Dipercayai atau tidak sebuah lagu biasanya sebuah suara batin − suara dari batin − kejujuran dari batin. Dan malam ini kejujuran dari batin coba menghantar realitas masakini melalui lagu atau melodi yang lama terganggu. Ia penuh dengan rintih dan jerit; bisik dan raong. Tapi isinya berlegar seputar ketidakadilan yang sedang berterusan−kepincangan masalalu (Fatehah Memali) dan ketimpangan masakini (Ikut Suka Aku−ISA).
Lagu-lagu sebondong ini terkadang tidak begitu melodius−lirik lebih nyaring daripada musik. Tapi itulah kehidupan sebenar−real dan kasar−realitas yang sentiasa tidak melodius; yang melodius selalunya adalah khayalan. Sebanyak 10 lagu terhimpun dalam album pedih ini, tapi kelahirannya memang petanda jujur bahawa masih terus ada duri siksa dalam masyarakat kita. Seniman membantah kepincangan ini.
Tentu saja akan ada setengah kuasawan yang menganggap bahawa album ini adalah serpihan propaganda. Benar juga−ia propaganda, tapi suara yang tulen. Ada propoganda melalui cogankata yang mendadak−cogankata (tahu-tahulah sendiri) yang sangat nyaring (atau memang dinyaringkan) kerana semua media utama (yang cetak yang elektronik)−patuh (terkadang melampau) menjeritkan propoganda itu. Ada bedanya antara propoganda institusi gergasi dengan propoganda jerit insan kecil. Yang pertama sangat berazam diguruhkan; yang kedua sekedar berharap suaranya terdengar.
Di sinilah terletaknya album “Dari Rakyat ke Rakyat” oleh Meor Yusof Azidin (pada tempat-tempat tertentu disokong Black dan Rahmat Haron). Lagu-lagu dalam album ini adalah pesanan jujur (atau setingginya jeritan jujur) dari batin seniman yang sedang terdera−tersiksa oleh realitas hidup yang mendendangkan suara-suara bombas yang terlalu berat sebelah. Dan ingat, “pelampau” memang perlu diwaraskan. Keras yang buas perlu dilembuti tangan yang berhemah.
Lagu “Ikut Suka Aku−ISA” ini memang dengan mudah diselar sebagai propaganda politik kontemporer; sebaliknya, ia sebenarnya adalah jeritan masakini yang memang masih terus mendera.
Begitu juga lagu “Fatehah Memali” mudah diselar sebagai propoganda berhasrat. Padahal ia adalah jeritan semula masalalu yang tertimbus−atau ditimbus oleh kuasa lalu yang sangat gamam. Pemangsaan tidak pernah tidak pernah tidur nyenyak; ia terpaksa bangun mewaraskan pemangsaannya. Maka, lagu “Fatehah Memali” membangunkan yang tidur supaya dapat sama-sama mencari kejernihan, bukan meneruskan kekeruhan.
Sangat lama, malah sedang terus, kita didesak percaya bahawa insan Memali “gila”, kerajaannya yang waras ketika tercetusnya peristiwa. Jentera propaganda Kerajaan terlalu menekan dan menghukum ketika itu. Tapi, sekarang ini, generasi mudanya mula berupaya melahirkan iklim baru−yang salah wajar diperiksa. Mereka mencari kejernihan, bukan meneruskan kekeruhan.
Memangpun pada malam ini secara berdikit dan jujur, generasi muda ini ingin meluhurkan semula perjuangan. Masakini bukan lagi penuhnya hak generasi lalu; masakini adalah lebih hak generasi kini.
Sokonglah “Dari rakyat ke Rakyat” bernyanyilah dari hatinurani; bukan dari keangkuhan diri.− A. SAMAD SAID.
Bernyanyilah dari hatinurani

"Malam ini saya rasa seniman coba mengimbangi kuasawan. Kita lebih melakukannya dengan kata-kata berbeda dengan kuasawan yang selalu melakukannya melalui dana.
Kata-kata selalunya "mengkhayalkan" sementara dana "memungkinkan." Biar apapun peranannya, malam ini, peranan seniman mungkin lebih untuk sekadar "menyedarkan." Terlalu ramai kuasawan yang terlupa, khususnya kuasawan yang sedang benar-benar berkuasa.
Tema utama kita tampaknya ialah "Dari Rakyat ke Rakyat." Tapi, sebenarnya kita ingin berdialog dengan pemimpin - kita bercakap saja sesama sendiri, sesama rakyat. Sebenarnya, kita menyanyi. "
A. Samad Said tatkala merakamkan peritiwa seni yang sangat bererti kepada rakyat: Pelancaran album " Dari Ralyat ke Rakyat" hasil kerja Saudara Meor Yusof Azidin dan teman-teman lain pada malam 17 Oktober 2009, di Dewan MPAJ AU 2, Taman Seri Keramat.
Friday, October 16, 2009
Menghadam yang abstrak
Kita tentu sering mendengar, membaca atau mungkin juga menonton para bijak pandai atau pakar bidang bercakap, berbincang, berhujah atau mengupas tajuk-tajuk yang kadang-kadang tidak begitu sederhana@lurus, straight forward untuk dihadam dengan sempurna. Salah satu contohnya ialah tatkala berbicara tentang ‘kemajuan’ atau mungkin juga ‘kebahagiaan.’ Umumnya tajuk-tajuk sedikit abstrak seperti ini agak sukar jika diukur hanya dengan mata yang kasar. Namun begitu orang mungkin kerap mengukurnya dengan angka dan statistik. Sama seperti orang-orang bijak negara ini satu ketika dulu, mengukur bahagia atau deritanya orang-orang Melayu lewat angka DEB sehinggakan ASLI juga pernah dicemuh kerananya. Sekarang angka-angka itu mungkin telah mereka gusur ke dalam tong sampah sejarah.
Maka apabila misalnya seorang mantan menteri perdana menghebahkan bahawa negeri yang diperintah pembangkang ternyata ketinggalan dari sudut kemajuan dan arus kehebatan pembangunannya, kita lebih cenderung melihatnya sebagai pendapat peribadi atau lebih buruk lagi sekadar propaganda memburuk-burukkan lawan. Rasanya mesej yang mahu disampaikan oleh mantan itu ialah bahawa sesiapa saja yang memilih pembangkang pastinya menghadapi semacam penganiayaan kerana tidak berupaya untuk membangun. Tentunya tatkala membuat pemerhatian seperti ini, dianya menggunakan kayu ukurnya yang tertentu. Dengan citra yang dicerap oleh daya fikirnya, maka dia pun mampu memutuskan bahawa sesuatu itu hitam atau putih, maju dan mundur.
Tatkala berada di sekolah rendah di tahun-tahun enam puluhan dulu, saya masih teringat akan sebuah bangsawan buat meraikan ‘pesta bulan bahasa kebangsaan.’ Ia menceritakan kisah kepetualangan seorang raja yang meninggalkan istana demi mencari kebahagiaan. Entah bagaimana Baginda telah tersasar lalu memasuki kebun seorang rakyat jelatanya yang lagi lahap menyuap nasi. Saya masih ingat bagaimana pelakon lelaki, si rakyat jelata tanpa baju itu, begitu lahap sekali menyuap nasi walaupun hanya berulamkan nenas dan berlauk ikan kering! Tatkala baginda bertanya kenapa rakyatnya begitu berselera sekali walaupun nasinya hanya ‘begitu-begitu’ saja, si petani miskin itu menjawab,” Hidup patik sangat bahagia.”
Bila kita kembali ke zaman ini, apakah kerana tidak memiliki menara berkembang (yang meratah sekian banyak khazanah negara), negeri yang diperintah pembangkang tidak maju?
Persoalannya di sini, bagaimana agaknya kita mengukur ‘kemajuan’ itu sendiri? Ya, kita memiliki petunjuk-petunjuk tertentu dan tersendiri. Ya, ya..kita ada angka-angka, statistik, graf, carta, yang gagah-gagah perkasa tapi dingin tanpa roh itu.
Untuk melihat citra kayu ukur ini, marilah kita melencong sedikit. Apakah pula pandangan kita dengan pandangan sesetengah pihak bahawa wanita yang berpurdah itu sebenarnya tertindas dan ditindas? Kebalikannya pula begini: Bagaimana pula dengan pandangan sesetengah orang bahawa memerdekakan seseorang wanita itu sehingga dia separuh bogel adalah penghinaan nyata terhadap martabat wanita yang kata mereka sangat tinggi dan perlu diraikan? Dalam konteks seperti ini, siapakah sebenarnya yang memaksakan nilai siapa? Siapa penilainya, dan siapa pula yang dinilai?
Dan jika saya katakan teh tarik itu terlalu manis, apakah skala kepekatan kemanisan yang saya pakai? Putik deria rasa siapa yang mahu kita pakai untuk mengkur manis-atau-kurang-manisnya secawan teh tarik itu?
Apakah maknanya semua ini? Sebelum mengukur, sangat elok dan adil jika kita bersetuju atau tidak bersetuju dengan kayu ukur yang akan kita gunakan. Jangan pula mantan bercakap dalam inci dan ela sedangkan orang-orang yang katanya sudah glokal telah berbicara dalam cm dan meter.
Agaknya skala apa, milik siapa yang mantan itu telah gunakan tatkala menjatuhi hukuman bahawa negeri yang diperintah pembangkang itu sesungguhnya tidak maju?
Thursday, October 15, 2009
Colek: An alienated yet harmonious snack
(Terjemahan bebas sebuah artikel "Colek: Juadah Lepas Terawih" oleh Zanazanzaly http://www.zanazanzaly09.blogspot.com/ dalam Qiadah, Ramadhan 1430 Hijrah, majalah korporat Perbadanan Menteri Besar Negeri Kelantan, PMBK)
Colek, a popular traditional Kelantanese cuisine, a craze to be exact, is the snack usually enjoyed by all after the terawih prayers. By the way, the terawih is the non-compulsory prayer performed after Isyak, practised only during the month of Ramadhan.
What exactly is a ‘colek’? The word may be seen to describe that deliberate action of dipping, soaking or coating your colek material with its sauce, gravy or paste. Please note that a colek is not one, unless accompanied with its sauce, gravy or paste. While the food items to be ‘coleked’ range from local fruits, the liver, intestines, baked or boiled cockles, squids, prawns, crabs to fish balls.
Different colek materials normally require different ingredients for it sauce. For instance, to prepare a fruit colek one needs salt, sugar, belacan (prawn paste), soya sauce/kicap, and of course chilly. However the sauce for internal-organs colek such as the liver, the intestines is prepared from tamarind paste, sugar, belacan, salt and dried chilly.
What then is the flavour and taste would one get out of a colek? All the flavours registered by your taste buds. Yes, almost all that your taste buds can sensitize: Sweet, salty, sour or bitter.
It is no coincidence that colek is chosen as a favourite dish for moreh, i.e. feast served after terawih prayers, for a host of reasons: It’s a snack rich in varieties, colour, taste and flavour. Ever remember the last time when you really tickle your taste buds? It has been ages? Try pampering them with a colek, especially during the Ramadhan in Kelantan.
While you are enjoying your colek, be it a fruit or an internal organ colek, just observe their ingredients: How diversified but yet harmonious they are in your plate.
Weren’t they alienated when they were in their original form?
Colek, a popular traditional Kelantanese cuisine, a craze to be exact, is the snack usually enjoyed by all after the terawih prayers. By the way, the terawih is the non-compulsory prayer performed after Isyak, practised only during the month of Ramadhan.
What exactly is a ‘colek’? The word may be seen to describe that deliberate action of dipping, soaking or coating your colek material with its sauce, gravy or paste. Please note that a colek is not one, unless accompanied with its sauce, gravy or paste. While the food items to be ‘coleked’ range from local fruits, the liver, intestines, baked or boiled cockles, squids, prawns, crabs to fish balls.
Different colek materials normally require different ingredients for it sauce. For instance, to prepare a fruit colek one needs salt, sugar, belacan (prawn paste), soya sauce/kicap, and of course chilly. However the sauce for internal-organs colek such as the liver, the intestines is prepared from tamarind paste, sugar, belacan, salt and dried chilly.
What then is the flavour and taste would one get out of a colek? All the flavours registered by your taste buds. Yes, almost all that your taste buds can sensitize: Sweet, salty, sour or bitter.
It is no coincidence that colek is chosen as a favourite dish for moreh, i.e. feast served after terawih prayers, for a host of reasons: It’s a snack rich in varieties, colour, taste and flavour. Ever remember the last time when you really tickle your taste buds? It has been ages? Try pampering them with a colek, especially during the Ramadhan in Kelantan.
While you are enjoying your colek, be it a fruit or an internal organ colek, just observe their ingredients: How diversified but yet harmonious they are in your plate.
Weren’t they alienated when they were in their original form?
apabila rakyat mula bertanya
pabila Teresa setiap minggu singgah di surau
berteh tarik semeja pemimpin kecil Melayu
bertanya perihal Wak Leman yang baru kematian anak
apakah pembesar suara surau sudah diganti
anak siapa belum terima PTPTN
ada pemimpin ketuanan jerit-pekik, yang lantang:
“hubaya, hubaya, ini akal mulus Cina Malaysian Malaysia!!”
pabila pemimpin kecil Melayu memperingatkan:
jangan sampai ada yang celupar menyoal,
“kenapa Cina sibuk beraidil fitri”
rupanya ketuanan tersedak di awal subuh
“kenapa kulupa aidilfitri selama ini?”
ada yang makin gelabah,
rupanya keris menikam tuan.
II)
pabila wira bahasa sebuah bangsa merdeka
saban hari, saban musim setiap kesempatan,
gagah garau memberi ingat, “jangan sampai dan
jangan kita benarkan, dibuang wajah agama bangsa,
kelak pasti buruk celaka seluruh cucu cicit kita!!”
pada terkejut seluruh tikus di hutan,
sekor kucing sedang tekun menjilat tuannya.
III)
pabila mereka ramai-ramai berkhutbah perihal deen
bahawa Islam milik semua, Islam itu-ini dan segalanya
basah mata rakyat mendengar telatah tingkah pemimpin pondok uzur
bening jiwa mengamin doa mohon diperkasa sejahtera dunia akhirat
saban waktu gigih gagah upayanya membina ummah mulia
rakyat pada menangis terharu.
entah mimpi siapa, benih wawasan ahli fikir mana gerangannya
tiba-tiba dikupas untung rugi perpaduan, mudharat besar terus berpecah belah
maka gempitalah akar umbi bingkas menentang, lantang nyaring gemanya
awas jijik fitnah memecah belah, khianat jahat pada rakan serumah
mana lari Islam milik semua, ke mana dihumban janji kalian khutbahkan?
telah yakin sekalian handai taulan, sahabat dan lawan: telah diracik
sesawang was-was, ikrar yang belot dan citra taat setia yang punah!
IV)
cerita rakyat adalah kisah nyata sebuah harapan
medan menanam bukti, perilaku nyata janji yang tertunai
benarlah, tidak mudah mengurus harapan menggunung
dan kepimpinan adalah idea yang terlaksa
bukannya khutbah dari menara podium dan mimbar,
terasing, muluk-muluk.
Wednesday, October 14, 2009
Bebiri yang melepak..
Perihal bebiri yang melepak dan social drinker yang terguris.
I) Bebiri yang putih melepak
Walaupun badai dan gelombang yang ditinggalkan PRU12 telah lama berlalu namun ekornya sepertinya tidak mahu ditebat-tebat. Maka pabila Bagan Pinang tanpa diundang, tiba-tiba datang bertandang ada yang awal-awal lagi telah meramalkan itulah permulaan gelombang baru seterusnya. Malamnya, Ahad 11 Oktober 2009, kita pun ketahui apa yang telah berlaku. Sebuah sejarah besar makna telah tertulis: Di abad ke 21 ini, sebuah daerah yang tidak terlalu terpencil di Semenanjung Malaysia telah mengesahkan bahawa palitan noda integriti tidak menjadi sebarang masalah untuk sesiapa saja yang mahu dilantik menjadi pemimpin.
Bagan Pinang mungkin tidak mewakili seluruh Malaysia tapi ia telah memahat satu peristiwa demokrasi yang abadi. Integriti bukanlah isu yang terlalu besar dalam menentukan kepimpinan. Apakah tepat begitu? Atau ada persoalan-persoalan lain yang jauh lebih kompleks dari apa yang dapat dilihat oleh mata kasar?
Pernah satu waktu seorang rakan wartawan bercerita pengalamannya turun padang berkempen merayu kewarasan para penduduk untuk menolak calon lawan yang diketahui bermasalah@rasuah. Rakan ini turun lengkap bukti dan data. Kata teman saya, “Aku beritahu orang-orang kampung, orang ini bermasalah walaupun dia berjaya dalam bisnesnya di luar negara.”
“Hang tau apa yang depa kata?”
Saya menggeleng.
“Baguslah, dia berjaya! Kita nak orang Melayu macam nilah, boleh berjaya di luar negeri!!”
“Aku belah dengan ayakk lima belas tu..”
Integriti? Siapa peduli? Memang betullah apa yang kerap dijenakakan oleh sesetengah teman: Orang tidak hirau wujudnya bebiri hitam. Orang hanya terkejut kenapa masih ada berbiri yang belum hitam-hitam!
II) Social drinker yang sedikit jengkel
Ini membawa kita kepada satu persoalan lain yang saya kira tidak kurang menariknya.
Seorang teman lama, bukan Melayu dan bukan Islam mengeluh. Kenapakah terlalu sukar untuk melihat ahli-ahli politik kita, (maksudnya Pakatanlah) berbuat sesuatu yang betul, mudah tetapi menguntungkan?
“Saya tak faham..”
“Kenapa dikejar-kejar oleh isu beer?”
Saya menjelaskan bahawa yang memabukkan itu punca segala masalah. Teman saya tidak menjawab. Tapi aduhai, bahang gelombang renungannya bagaikan ketuhar di suhu puncak. Pun demikian dia tetap memilih untuk tidak mahu berhujah. Mungkin dia juga sedar tentang ketidakarifan saya dalam hal-hal agama.
“Occasionally, I do drink. Especially when friends invite me to join them...”
Di sisi lain, saya jadi teringat akan terjahan seorang teman, (seorang Melayu yang sangat yakin bahawa Melayu tidak akan selamat tanpa pemerintah yang ada sekarang), yang kira-kira berbunyi begini:
“Untuk apa beer dan kondom dijual merata-rata di kawasan majoriti Melayu. Orang-orang Melayu begitu resah kerana ada outlet yang begitu sekali mudah menjual gegelung biru dan beer. Untuk apa? Untuk apa??”
(Saya tidak tahu apakah soalan itu pernah ditanya oleh teman saya ini kepada tuannya yang dulu. Adakah pernah teman saya ini mengangkat, waima jari kelingkingnya untuk bertanya tatkala melihat pelbagai masalah bertaburan di mana saja, dari Utara ke Selatan? Pernah?? Lalu kenapa menjadi seperti harimau beranak kecil sekarang? Kenapa??)
Suasana hening seketika.
Saya mengerti keperihannya. Ya, sesekali aku memang mereguk alkohol. Sedih juga apabila kamu sebagai penguasa melihat aku seperti orang yang sudah rosak moral dan semestinya dikejar habis-habisan. Apakah ruang untukku minum-minum bersama teman-temanku akan kalian tutup rapat, pabila berkuasa penuh kelak?
Sebagai penutup dia bertanya lagi:
“Apakah masalah rasuah yang berleluasa itu tidak lebih utama, tak menjadi keutamaan Pas?”
Saya termenung. Ya, memang benar bukan mudah mengurus kemenangan. Urusannya kian genting lagi memeritkan pabila harapan rakyat sesungguhnya mengalahkan puncak Kinabalu. Apakah kita pelik? Bukankah rakyat itu telah sekian lama hampa dan terus-terusan mengharap, sejak lebih setengah abad yang lalu?
Namun kita masih bernasib baik. Kita masih ada masanya untuk menyemak dan membetulkan kompas. Bagaimana jika ini adalah kemenangan pertama dan terakhir, di Selangor misalnya. Lebih perih lagi, Pas kalah semua kerusinya.
Perpaduan. Wahai, demi perpaduan. Kerusi ceo, wahai kerusi kemuncak. Rakyat memerhati, meneliti dan membaca setiap gelagat.
Berhentilah bermain wayang kulit. Serve. Yes, serve and deliver like a true Muslim. Reward? Check your sermon, didn’t you tell us, it is the Hereafter? Berkhidmatlah sebagai seorang Muslim sejati kerana katamu tatkala berkhutbah habuan kita adalah di akhirat.
Atau apakah semua ini juga hanya sekadar silat lidah?
I) Bebiri yang putih melepak
Walaupun badai dan gelombang yang ditinggalkan PRU12 telah lama berlalu namun ekornya sepertinya tidak mahu ditebat-tebat. Maka pabila Bagan Pinang tanpa diundang, tiba-tiba datang bertandang ada yang awal-awal lagi telah meramalkan itulah permulaan gelombang baru seterusnya. Malamnya, Ahad 11 Oktober 2009, kita pun ketahui apa yang telah berlaku. Sebuah sejarah besar makna telah tertulis: Di abad ke 21 ini, sebuah daerah yang tidak terlalu terpencil di Semenanjung Malaysia telah mengesahkan bahawa palitan noda integriti tidak menjadi sebarang masalah untuk sesiapa saja yang mahu dilantik menjadi pemimpin.
Bagan Pinang mungkin tidak mewakili seluruh Malaysia tapi ia telah memahat satu peristiwa demokrasi yang abadi. Integriti bukanlah isu yang terlalu besar dalam menentukan kepimpinan. Apakah tepat begitu? Atau ada persoalan-persoalan lain yang jauh lebih kompleks dari apa yang dapat dilihat oleh mata kasar?
Pernah satu waktu seorang rakan wartawan bercerita pengalamannya turun padang berkempen merayu kewarasan para penduduk untuk menolak calon lawan yang diketahui bermasalah@rasuah. Rakan ini turun lengkap bukti dan data. Kata teman saya, “Aku beritahu orang-orang kampung, orang ini bermasalah walaupun dia berjaya dalam bisnesnya di luar negara.”
“Hang tau apa yang depa kata?”
Saya menggeleng.
“Baguslah, dia berjaya! Kita nak orang Melayu macam nilah, boleh berjaya di luar negeri!!”
“Aku belah dengan ayakk lima belas tu..”
Integriti? Siapa peduli? Memang betullah apa yang kerap dijenakakan oleh sesetengah teman: Orang tidak hirau wujudnya bebiri hitam. Orang hanya terkejut kenapa masih ada berbiri yang belum hitam-hitam!
II) Social drinker yang sedikit jengkel
Ini membawa kita kepada satu persoalan lain yang saya kira tidak kurang menariknya.
Seorang teman lama, bukan Melayu dan bukan Islam mengeluh. Kenapakah terlalu sukar untuk melihat ahli-ahli politik kita, (maksudnya Pakatanlah) berbuat sesuatu yang betul, mudah tetapi menguntungkan?
“Saya tak faham..”
“Kenapa dikejar-kejar oleh isu beer?”
Saya menjelaskan bahawa yang memabukkan itu punca segala masalah. Teman saya tidak menjawab. Tapi aduhai, bahang gelombang renungannya bagaikan ketuhar di suhu puncak. Pun demikian dia tetap memilih untuk tidak mahu berhujah. Mungkin dia juga sedar tentang ketidakarifan saya dalam hal-hal agama.
“Occasionally, I do drink. Especially when friends invite me to join them...”
Di sisi lain, saya jadi teringat akan terjahan seorang teman, (seorang Melayu yang sangat yakin bahawa Melayu tidak akan selamat tanpa pemerintah yang ada sekarang), yang kira-kira berbunyi begini:
“Untuk apa beer dan kondom dijual merata-rata di kawasan majoriti Melayu. Orang-orang Melayu begitu resah kerana ada outlet yang begitu sekali mudah menjual gegelung biru dan beer. Untuk apa? Untuk apa??”
(Saya tidak tahu apakah soalan itu pernah ditanya oleh teman saya ini kepada tuannya yang dulu. Adakah pernah teman saya ini mengangkat, waima jari kelingkingnya untuk bertanya tatkala melihat pelbagai masalah bertaburan di mana saja, dari Utara ke Selatan? Pernah?? Lalu kenapa menjadi seperti harimau beranak kecil sekarang? Kenapa??)
Suasana hening seketika.
Saya mengerti keperihannya. Ya, sesekali aku memang mereguk alkohol. Sedih juga apabila kamu sebagai penguasa melihat aku seperti orang yang sudah rosak moral dan semestinya dikejar habis-habisan. Apakah ruang untukku minum-minum bersama teman-temanku akan kalian tutup rapat, pabila berkuasa penuh kelak?
Sebagai penutup dia bertanya lagi:
“Apakah masalah rasuah yang berleluasa itu tidak lebih utama, tak menjadi keutamaan Pas?”
Saya termenung. Ya, memang benar bukan mudah mengurus kemenangan. Urusannya kian genting lagi memeritkan pabila harapan rakyat sesungguhnya mengalahkan puncak Kinabalu. Apakah kita pelik? Bukankah rakyat itu telah sekian lama hampa dan terus-terusan mengharap, sejak lebih setengah abad yang lalu?
Namun kita masih bernasib baik. Kita masih ada masanya untuk menyemak dan membetulkan kompas. Bagaimana jika ini adalah kemenangan pertama dan terakhir, di Selangor misalnya. Lebih perih lagi, Pas kalah semua kerusinya.
Perpaduan. Wahai, demi perpaduan. Kerusi ceo, wahai kerusi kemuncak. Rakyat memerhati, meneliti dan membaca setiap gelagat.
Berhentilah bermain wayang kulit. Serve. Yes, serve and deliver like a true Muslim. Reward? Check your sermon, didn’t you tell us, it is the Hereafter? Berkhidmatlah sebagai seorang Muslim sejati kerana katamu tatkala berkhutbah habuan kita adalah di akhirat.
Atau apakah semua ini juga hanya sekadar silat lidah?
Monday, October 12, 2009
Tentang Zulkiflee Muhammad

Dalam kata penghantar bertarikh Djuli 1967 yang berbunyi “ SEDANG DIKASIH SEDANG DISAJANG” untuk buku “Analisa tentang beberapa masalah hidup manusia” oleh Prof. ZulkifLee Muhammad, (Pustaka H. Abdullah B. M. Noordin Arrawi, 1968), Ketua Dewan Pimpinan Universitas Islam Sumatera Utara, H. Bahrum Djamil SH telah menurunkan dua buah pantun empat kerat. Saya ingin memetik pantun-pantun tersebut khusus untuk HMS Abu Bakar, seorang teman Paksi dan Teras:
sedang ditating sedang ditajang
rumpun delima berputik pauh
sedang dikasih sedang disajang
andapun pergi berjalan jauh
kalau dulang, dulanglah puan
pidjak pidjak sibatang padi
kalau pulang, pulanglah tuan
ingatlah ingat kami di sini
Dalam buku yang sama, Dato’ Asri bin Haji Muda yang menulis “Zul yang saya kenal dari dekat” memetik beberapa ungkapan penuh bersemangat ZulkifLee Muhammad. Berikut ungkapan-ungkapan tersebut untuk renungan kita:
“Tambahlah ilmumu sentiasa supaya alam fikiran menjadi luas, sebab manusia tidak sanggup berbuat lebih daripada apa yang dia fikirkan.”
“Kita disuruh datang kedunia oleh Tuhan untuk bertugas. Sebab itu marilah kita gunakan umur kita yang singkat untuk mengabdi kepada tugas yang telah digariskan oleh Tuhan itu.”
“Kita diberi Tuhan umur yang sangat terbatas, kalau tidak kita penuhi dengan amal bakti manalah peluang kita hendak beribadat kapada Allah!”
“Kalau kita sanggup berhutang bergadai untuk keperluan anak isteri yang kita sayangi kenapa kita tidak sanggup berhutang untuk perjuangan yang kita chintai.”
Sebagai penutupnya, Dato’ Asri menulis:
“Bagi Zul seluruh hidup ini hanyalah pengabdian kepada Agama Allah. Untuk itu dia hidup dan untuk itu dia mati dan dengan itu dia dibangkitkan – Insha Allah – dihari kemudian.”
Insyallah...Al Fathihah... Amin.
Zaman Batu I

Ini satu petikan menarik dari sekian banyak peristiwa malang akibat lidah yang tidak bertulang yang tak boleh lagi kita ‘gostan-gostan’! Memang tepatlah pemerhatian orang tua-tua kita bahawa terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap….
Buku Joel Fram and Sandra Salmans ini, mereka namakan “A slip of the tongue: Offhand remarks that derailed high-powered careers” diterbitkan oleh Running Press, 2005.
“Houston, We Have a Foot in our Mouth….
In 1989, the Houston City Council was debating renaming the city’s airport after Mickey Leland, an African-American congressman who had recently been killed in a plane crash in Ethiopia while on a mercy mission. “Just as well name it ‘Nigger International,” joked long-time councilman Jim Westmoreland to someone nearby- little suspecting that his quip was being captured on tape. Westmoreland later insisted that he had said “Negro International,” but voters either didn’t believe him or didn’t see much distinction. They voted Westmoreland out of a job in the next election, in favour of a perennial loser.
Maybe they should honour Westmoreland by naming the airport “Keep-Your-Racist-Mouth-Shut” International.”
(Halaman 75 dan 76)
Kalau kita terjemah bebas, ia mungkin begini jadinya:
(Nota: Mula-mula, apa agaknya peribahasa yang paling dekat maknanya dengan perbuatan ‘memasukkan kakimu ke dalam mulut itu’? Selain dari terlajak perahu, kita juga sering mendengar orang tua-tua berpesan, sebab pulut santan binasa…Ya, mungin itu yang ini sesuai dengan idiom di atas.)
Houston: Ini semua sebab pulutmu…
Tahun 1989, Majlis Perbandaran Houston berdebat untuk menamakan semula lapangan terbang Bandar Raya itu Mickey Leland, seorang ahli kongres Amerika keturunan Afrika yang baru terkorban dalam nahas kapal terbang di Ethiopia, semasa dia terlibat dalam misi kemanusiaan. Jim Westmoreland seorang ahli lama Majlis bergurau dengan seorang Hamba Allah di sebelahnya dengan kata-kata berbau penghinaan@perkauman ” Elok saja kita namakan, ‘Nigger International.” Malang sekali buat Houston, kata-kata itu telah dirakam. Walaupun Houston menyangkal keras bahawa dia mencadangkan “Negro International,” para pengundi tidak percaya ataupun tidak mempedulikan itu semua. Houston kalah. Dia dikalahkan oleh seorang calon yang tidak pernah menang-menang selama ini.
Kepada Joel Fram and Sandra Salmans, pihak Majlis sepatutnya menamakan lapang terbang tersebut “Lapangan Terbang Antarabangsa Tutup Mulutmu Wahai Sang Rasis”
Sebagai penutup, ada satu soalan:
Apakah semua ini mungkin terjadi di negara-negara yang belum cukup bertamadun atau yang masih separuh masak taraf ketamadunannya? Atau apakah di negara-negara yang tahap demokrasinya itu masih di zaman batu atau hanya separuh masak, apa mungkin orang-orang sekapal dengan Houston akan dihalau keluar oleh sistem@rakyat?
Atau apakah para wartawanlah akhirnya yang didapati tersalah…ya, tersalah rekod.
Lalu, apakah kita mahu menangis atau ketawa?
Saturday, October 10, 2009
Budaya itu pernyataan keprihatinan kemanusiaan
Maka pada malam 9 Oktober 2009 (Jumaat), jam 9.00 malam, bertempat di KL Selangor Chinese Assembly Hall (SCAH) itu, mereka pun bertemu dan membincang kemungkinan mengadakan persembahan kebudayaan pelbagai budaya/etnik dalam waktu yang terdekat mungkin. Ya, sebuah ikhtiar, upaya seadanya untuk mengumpul dana buat meringankan beban para korban gempa bumi di Padang, Sumatra, Indonesia.
Mereka, Ser Choon Ing, Shamsudin Othman (Dinsman), Goh Kean Seng, Lee Ban Chen, Kassim Muhamad, Lee Phung Leoon, HMS Abu Bakar, Wong Chun Nam, Cheah Yin Hong, Chang Siang Min, Muhammad Faisal Abdul Aziz, Mohd Shahril Effendi, Low Sik Thong, Toh Kin Woon, Tang Kwai Fun dan Yow Lee Seng, sesungguhnya yakin dan percaya bahawa rakyat pelbagai latar mampu menjadikan budaya sebagai wahana pernyataan keprihatinan manusia sejagat terhadap musibah dan kesengsaraan sesama manusia.
Mohon doa restu sdr para pengunjung laman ini sekalian, mohon agar usaha-usaha ini menjadi mudah, berjalan lancar dan mencapai matlamatnya. Mohon iringan doa... mohon doa kalian. Amin.
Mereka, Ser Choon Ing, Shamsudin Othman (Dinsman), Goh Kean Seng, Lee Ban Chen, Kassim Muhamad, Lee Phung Leoon, HMS Abu Bakar, Wong Chun Nam, Cheah Yin Hong, Chang Siang Min, Muhammad Faisal Abdul Aziz, Mohd Shahril Effendi, Low Sik Thong, Toh Kin Woon, Tang Kwai Fun dan Yow Lee Seng, sesungguhnya yakin dan percaya bahawa rakyat pelbagai latar mampu menjadikan budaya sebagai wahana pernyataan keprihatinan manusia sejagat terhadap musibah dan kesengsaraan sesama manusia.
Mohon doa restu sdr para pengunjung laman ini sekalian, mohon agar usaha-usaha ini menjadi mudah, berjalan lancar dan mencapai matlamatnya. Mohon iringan doa... mohon doa kalian. Amin.
Friday, October 9, 2009
Pemikiran besar bernama justifikasi
Alahai justifikasi..alahai.
Apabila ia telah diisytiharkan sekadar “kesalahan teknikal” semata-mata, saya jadi teringat kepada seorang teman di JPS, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia yang pernah mengungkapkan bahawa “segala-gala di dunia ini boleh kita justifikasikan, jika justifikasi yang kita mahu.” Begitulah telatah manusia, benang yang bayah kuyup direndam air kumbahan pun mahu ditegakkan dengan justifikasi. Betapa benar kata-katamu itu John!
Mungkin semua itu adalah strategi. Oleh sebab itu peduli apa dengan kata nista dan cemuhan seluruh alam ini? Ya, peduli apa? Bukankah itu strategi kita? Mencalonkan seorang mantan Menteri Besar yang ada masalah ‘teknikal’.
Mari kita teliti sebuah kisah silam yang juga menceritakan tentang strategi. Setelah membacanya, marilah kita sama-sama ketawa terbahak-bahak.
“ Setelah itu, maka tersebutlah perkataan Patih Suatang dengan Patih Ketemenggungan mengambil anak kerbau yang baik, lagi sasan rupanya. Setelah sampai pada lima hari, maka medan Periangan pun diperbaiki orang; maka anak kerbau itu pun dikurungnya, tiada diberinya menyusu. Setelah genap tujuh hari, maka segala rakyat pun bersaf-saflah di medan daripada kedua pihak itu. Maka penggawa yang tiga itu pun berjanjilah ia dengan Patih Suatang dan Patih Ketemenggungan, adapun janjinya, “ Jika kerbau Sang Nata Majapahit alah, kami sekalian orang Jawa memakai kain cara perempuan sampai ke mata kaki, dan jikalau kerbau tuan-tuan alah hendaklah tuan-tuan takluk kepada Sang Nata Majapahit.” Maka sahut Sang Suatang, “Baiklah,”
Maka dilepaskannyalah kerbaunya oleh orang Majapahit. Maka kerbau itu pun seperti singa mencari lawannya. Maka kerbau itu pun bermainlah di medan. Maka anak kerbau itu pun dilepaskan oleh Patih Suatang. Maka ia pun sangat lapar dahaga, lalu ia menyerbu seperti kilat menyusup ke kerampang kerbau besar itu mengisap buah pelir kerbau besar itu tiada lagi dilepasnya. Maka kerbau besar itu pun berpusing-pusing tiada lagi ia berdaya, hendak menanduk sukar karna di bawah ke kerampangnya. Maka ia lari ke sana ke mari itu pun tiada juga dilepaskannya buah pelirnya oleh anak kerbau itu. Maka kerbau besar itu pun menjerit-jerit mengguling-gulingkan dirinya.
Maka alahlah kerbau Ratu Majapahit itu. Maka sorak orang pun gemuruh seperti tagar...”
‘Hikayat Raja Pasai’, diusahakan oleh Russell Jones, Penerbit Fajar bakti Sdn. Bhd (1987).
Apakah rakyat jelata di Bagan Pinang juga akan menjadi anak kerbau bulur yang kekenyangan justifikasi?
Doa kita sentiasa bersama seluruh rakyat Bagan Pinang. Seluruh rakyat Malaysia, tertunggu-tunggu akan mesej yang jelas.
Apabila ia telah diisytiharkan sekadar “kesalahan teknikal” semata-mata, saya jadi teringat kepada seorang teman di JPS, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia yang pernah mengungkapkan bahawa “segala-gala di dunia ini boleh kita justifikasikan, jika justifikasi yang kita mahu.” Begitulah telatah manusia, benang yang bayah kuyup direndam air kumbahan pun mahu ditegakkan dengan justifikasi. Betapa benar kata-katamu itu John!
Mungkin semua itu adalah strategi. Oleh sebab itu peduli apa dengan kata nista dan cemuhan seluruh alam ini? Ya, peduli apa? Bukankah itu strategi kita? Mencalonkan seorang mantan Menteri Besar yang ada masalah ‘teknikal’.
Mari kita teliti sebuah kisah silam yang juga menceritakan tentang strategi. Setelah membacanya, marilah kita sama-sama ketawa terbahak-bahak.
“ Setelah itu, maka tersebutlah perkataan Patih Suatang dengan Patih Ketemenggungan mengambil anak kerbau yang baik, lagi sasan rupanya. Setelah sampai pada lima hari, maka medan Periangan pun diperbaiki orang; maka anak kerbau itu pun dikurungnya, tiada diberinya menyusu. Setelah genap tujuh hari, maka segala rakyat pun bersaf-saflah di medan daripada kedua pihak itu. Maka penggawa yang tiga itu pun berjanjilah ia dengan Patih Suatang dan Patih Ketemenggungan, adapun janjinya, “ Jika kerbau Sang Nata Majapahit alah, kami sekalian orang Jawa memakai kain cara perempuan sampai ke mata kaki, dan jikalau kerbau tuan-tuan alah hendaklah tuan-tuan takluk kepada Sang Nata Majapahit.” Maka sahut Sang Suatang, “Baiklah,”
Maka dilepaskannyalah kerbaunya oleh orang Majapahit. Maka kerbau itu pun seperti singa mencari lawannya. Maka kerbau itu pun bermainlah di medan. Maka anak kerbau itu pun dilepaskan oleh Patih Suatang. Maka ia pun sangat lapar dahaga, lalu ia menyerbu seperti kilat menyusup ke kerampang kerbau besar itu mengisap buah pelir kerbau besar itu tiada lagi dilepasnya. Maka kerbau besar itu pun berpusing-pusing tiada lagi ia berdaya, hendak menanduk sukar karna di bawah ke kerampangnya. Maka ia lari ke sana ke mari itu pun tiada juga dilepaskannya buah pelirnya oleh anak kerbau itu. Maka kerbau besar itu pun menjerit-jerit mengguling-gulingkan dirinya.
Maka alahlah kerbau Ratu Majapahit itu. Maka sorak orang pun gemuruh seperti tagar...”
‘Hikayat Raja Pasai’, diusahakan oleh Russell Jones, Penerbit Fajar bakti Sdn. Bhd (1987).
Apakah rakyat jelata di Bagan Pinang juga akan menjadi anak kerbau bulur yang kekenyangan justifikasi?
Doa kita sentiasa bersama seluruh rakyat Bagan Pinang. Seluruh rakyat Malaysia, tertunggu-tunggu akan mesej yang jelas.
Wednesday, October 7, 2009
Puisi A Samad Said di Bagan Pinang

Di Tanah Za’ba ini
Di Tanah Za’ba ini badut tak wajar jadi Aduna;
Peludah bahasa dan pemboros dana tak wajar juga.
Di kamar Za’ba ini Lembaga kata qalbu Ibunda –
murni daripada sebarang cercaan Akta Bahasa.
Di pentas Za’ba ini budi hiasan batin yang jujur,
menghantar getar pepatah pusaka memoyang terluhur.
Di dewan Za’ba ini pendetalah wira utamanya.
Bukan penghirup kuasa, bukan juga penggogok harta.
9 – 13 September 2009. A Samad Said.
(lagunya telah didendangkan oleh meor dan puisi dideklamasikan pak samad dalam kempen prk bagan pinang pada 6 oktober 2009. Terima kasih kepada Rahmat, itu tuan punya sampahseni.blogspot.com, tempat saya memetik puisi ini untuk kita nikmati bersama.)
Tuesday, October 6, 2009
Begitu begini 3 Oktober 2009
BEGITU BEGINI
Kalau sudah mereka kata begitu
Masakan rakyat kata begini
Kalau kami kata begini
Masakan mereka kata begitu.
Kalaulah begini bukan begitu
Takkan begitu jadi begini
Tak pernah bahasaku jadi begitu
Kalau bukan kerana begini.
Perdana pencen kata begitu begitu
Maka yang lain pun tak berani kata begini
Maka jadilah begitu - begitu
Tidak begini- begini.
Kecewa rakyat apabila bahasanya jadi begitu
Budaya luhur sudah jadi bengkuk begini
Tapi mereka tetap begitu - begitu
Tak pun begini
Tak pula berhasrat mengira untung rugi begitu.
Begitulah…tahun 2017
Satu mimpi yang jauh di hujung malam
Beginilah…2009
Maghrib yang belum tentu menjelang isya.
Di sini budayawan
Di sana pun budayawan
Malangnya tidak ramai yang bangun
Kerana mereka memang begitu
Kerana mereka tidak begini
Seperti di sini.
-Azizi Hj Abdullah boleh ditemui http://www.aziziabdullah.blogspot.com/
(Puisi ini dibaca pada 3 Oktober 2009 di Masjid Batu, Prtg. Pauh sempena hari Budayawan Bertindak).
Monday, October 5, 2009
Sebuah lelucon dari Peggy
Kepada sesetengah orang, persoalan-persoalan yang kita bicarakan mungkin terlalu serius dan ... mungkin juga meresahkan. Mungkin. Sebagai selingan mari kita petik sebuah lelucon yang terdapat di dalam “Life The Malaysian Style!” oleh Peggy Tan Pek Tao, Pelanduk Publications, 2009.
“Once I heard this joke: A man asked his friend, “What kind of lady would you prefer to have as a wife?” His friend replied: “I would like my wife to be a lady in the living room, an economist in the kitchen and a witch in the bedroom.” Later his friend got married and the man asked “how is your wife?” He replied: “It turned out the other way around. She is a witch in the living room, a lady in the kitchen and an economist in the bedroom.” In fact this man indulged in extra-marital affair. His marriage was a mismatched and there were heated arguments between he and his wife. “A mistress is a woman between a master and a mattress, “he claimed.
This is a sexist joke and feminists may not like this joke…”
Untuk teman kita yang lebih selesa dengan versi Melayunya, inilah kira-kira versi bebasnya:
“Suatu ketika saya pernah mendengar lelucon ini: Seorang lelaki bertanya temannya, “ Wanita seperti apa yang mahu kau peristerikan?” Jawab temannya, “ Calon isteriku mestilah seorang wanita di kamar tamu, seorang ahli ekonomi di dapur dan seorang perempuan sihir di kamar tidur.” Sesudah temannya mendirikan rumah tangga, lelaki itu bertanya, “Bagaimanakah isterimu?” Temannya menjawab: “ Ia malah terbalik kuang: Isteriku ternyata seorang perempuan sihir di kamar tamu, seorang wanita di dapur dan seorang ahli ekonomi di kamar tidur. Dan perkahwinan temannya itu sememangnya tidak cocok@serasi. Mereka sering saja bergaduh, bertengkar. Lebih parah lagi temannya juga terlibat dalam hubungan di luar pernikahan. Dia mendakwa, “ Seseorang perempuan simpanan itu adalah perempuan yang berada di tengah-tengah tilam dan tuannya.”
Kata Peggy, ini lelucon yang sexist, jorok (?) dan para feminis mungkin tidak begitu menggemarinya.”
Terdapat banyak artikel lain yang cukup menarik di dalam Life The Malaysian Style! Membaca Peggy, saya teringat akan Adibah Amin. Di manakah pengarang tersohor ini kini?
Budayawan Bertindak pada 3 Oktober 2009.

3 Oktober 2009: Permatang Pauh.
Suatu malam, 3 Oktober 2009 (Sabtu) di Permatang Pauh mereka yang menggelarkan diri sebagai 'Budayawan Bertindak' berkumpul dan berbincang perihal peranan yang wajar diisi demi kesejahteraan negara yang tercinta ini.
Apakah semua ini sekadar mimpi, atau apakah ia langkah pertama sebuah perjalanan yang cukup jauh?
Sunday, October 4, 2009
Tiga Oktober 2009 di Masjid Batu, Permatang Pauh.

Pada suatu petang Sabtu, 3 Oktober 2009 di Masjid Batu, Kampung Pertama, Permatang Pauh, maka bertemulah mereka di laman masjid di bibir perkuburan untuk berpuisi tentang bahasa dan budaya anak-anak manusia sebuah negara.
Dan pada malamnya mereka pun berbicara apakah yang wajar buat renungan para budayawan, sasterawan dan cendiakawan sebuah bangsa. Ada juga yang terus tertanya, bertanya: Berapa lama lagilah mereka, para budayawan kita mahu berada di luar pagar, menjadi pemerhati dengan mata yang terbata-bata..
Apa agaknya yang mahu, dan berupaya kita tinggalkan sebagai khazanah untuk seluruh zuriat; cucu cicit yang kita tinggalkan? Apa?
Apakah sebenarnya peranan persatuan penulis?

(I) Apakah sebenarnya peranan persatuan penulis?
“Saya tidak boleh hidup menganggur saja terus-menerus. Fikir punya fikir, akhirnya saya mencapai kesimpulan untuk menerbitkan buku-buku karangan saya terutamanya. Lantas saya daftarkanlah sebuah badan penerbitan yang saya namakan Pustaka Kejora.
Buku saya yang pertama diterbitkan oleh Pustaka Kejora ini berjudul Dr. Burhanuddin-Putera Setia Melayu Raya. Sesudah itu terbit pula buku saya yang kedua berjudul Merintis Jalan Ke Puncak. Sesudah itu saya bermaksud pula hendak menerbitkan buku saya yang ketiga berjudul Tujuh Tahun Malam Memanjang.
Tetapi rupa-rupanya seseorang yang pandai menulis, yang bijak mengarang, belum tentunya seorang yang pandai berniaga pula. Setidak-tidaknya inilah yang terbukti sepanjang yang mengenai diri saya.
Kerana distribusi atau penyebaran yang kucar-kacir, apatah lagi saya sendirian saja yang melakukannya, modal permulaan yang sedikit terbenam begitu saja oleh hasil penjualan yang lembab, lambat dan tidak seberapa sehingga buku saya yang ketiga tidak upaya hendak dihantarkan ke percetakan dan harus terbengkalai.”
Ahmad Boestamam. Memoir Seorang Penulis, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1979
Apakah ini hanyalah masalah tahun-tahun 70an? Apakah penulis zaman ini tidak lagi menghadapi masalah-masalah seperti ini? Adakah pernyataan bahawa “tetapi rupa-rupanya seseorang yang pandai menulis, yang bijak mengarang, belum tentunya seorang yang pandai berniaga pula” itu adalah masalah lama yang tidak lagi wujud sekarang kerana kita sudah lama mengatasinya? ‘Kita’ di sini merujuk pelbagai institusi, badan/organisasi berkaitan sama ada milik pemerintah atau yang bukan pemerintah yang tersergam dan tercokoh dalam kalangan kita.
Apakah tidak benar bahawa sesungguhnya setiap bidang itu ada pakar bidangnya atau orangnya yang ‘ahli’? Dan dalam konteks industri buku ini, bukankah benar bahawa amat jarang sekali kita temui seorang penulis yang sekaligus juga seorang niagawan yang memiliki banyak modal?
Walaupun kita sudah pun memasuki abad 21, kepada kebanyakan penulis inilah kekangan utamanya; soal-soal pemasaran dan perkara-perkara yang berkaitan dengan hasil jualan karya mereka. Ia masih jua belum beres-beres.
Dan kalau tidak salah, kita sering dimaklumkan oleh Persatuan-Persatuan Penulis yang sekian-sekian banyak itu bahawa sesungguhnya inilah salah satu daripada peranan dan tanggungjawab yang mahu dipikul dan diselesaikan oleh NGO-NGO yang katanya tertubuh demi untuk menjaga dan memperjuangkan kesejahteraan para penulisnya.
II) Bagaimanakah khazanah negara kita diurus?
Dalam konteks negara kita secara menyeluruh, adakah strukutur sekian banyak industri termasuk industri perkhidmatan di negara kita misalnya sudah berubah; menjadi jauh lebih lebih sempurna dan mesra jika dibandingkan lima puluh tahun yang lalu? Atau apakah ia masih jua tidak mahu dan tidak akan berubah-ubah? Apakah misalnya peranan dan tanggungjawab para profesional seperti farmasi dan doktor akan tetap dan kekal seperti yang ada sekarang dan sistem ini bakal berterusan sehingga ke hari kiamat? Apakah industri buku kita tidak memerlukan perkhidmatan agen misalnya?
Apakah kita ke ‘depan’ hanya untuk sektor-sektor yang melimpah ruah duitnya seperti zakat yang begitu diminati para penguasa? Tapi nanti dulu, apakah taraf pengurusan zakat kita sudah sedemikian bagusnya sehingga seluruh asnaf yang lapan itu benar-benar mendapat bahagian-bahagian mereka dengan adil? Apakah Petronas yang kaya raya milik rakyat itu telah menjadi ‘hadhari’ dan sentiasa ‘mendahulukan rakyatnya’ dalam hal urusan zakat? Ya, adakah Malaysia yang katanya sudah Islam itu memastikan Petronas mengeluarkan zakat? Kelihatannya soalan-soalan seperti ini tidak akan ada penghujungnya....ya selagi ‘Dunia Belum Kiamat’ kata Titiek Sandhora dan Muchsin.
Apakah sebenarnya masalah kita? Banyak? Tapi kenapakah masih terlalu ramai yang kelihatannya masih begitu selesa dan percaya bahawa khazanah negara ini telah diurus dan ditabir ini dengan begitu bagus sekali? Ya, ia telah, sedang dan akan diurus dengan begitu baik sekali, sejak kita merdeka lebih lima puluh tahun yang lalu.
Sebenarnya, selama ini bagaimanakah agaknya khazanah negara kita ini diurus? Apakah kita boleh menjelaskannya dengan meminjam ungkapan Azizi Abdullah tatkala membaca puisinya dalam acara ‘Puisi Di Ambang Sore’ di Masjid Batu pada 3 Oktober 2009 (Sabtu): Jika tidak begini, kenapa begitu? Kenapa begini dan tidak begitu?
Maka begini, begitulah kita sesungguhnya...dulu, kini dan selama-lamanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)