Sunday, October 20, 2013

Why effective writers must write in Bahasa





Kenapa kita mesti berbahasa orang-orang marhaen
(siapakah yang paling perlukan maklumat?)


“Kiri, kanan, terus...” adalah di antara arahan yang diberikan kepada saya semasa menghantarnya dari LRT Sri Rampai ke Setapak Jaya.    

Apabila saya bertanya lebih lanjut apakah pasar pagi di situ menjual ikan selain buah-buahan, sayur-sayuran,  dia tergagap-gagap.

“Filipino?”

“Ya”  jawabnya.

Lalu saya pun pindah ke bahasa Inggeris.


2.0


Jika kita perhatikan,  sekarang ini terdapat banyak blog, akhbar (mutakhir “The Heat”) yang berbahasa Inggeris. Rata-rata kualiti tulisan untuk kelompok menengah dan puak-puak atasan,  pelbagai bangsa ini secara relatifnay jauh lebih berbobot.  Isinya, mesejnya, sudut kupasannya dan juga pendedahannya juga jauh lebih berani.  Misalnya “The Heat” yang terbaru bercakap tentang perdagangan batang tubuh, lengkap dengan statistiknya sekali dan sekian-sekian bilion ringgit wang kita mengalir keluar; semua gara-gara lelaki yang ghairah melayan nafsu. 

Maaf sedikit melencong.  Sebenarnya untuk siapakah segala blog, majalah dan akhbar itu wujud?  Atau siapakah khalayak yang menjadi sasaran para pemilik media ini?  Tentunya bukannya para  Mak Cik dan Pak Cik Felda atau segala penduduk Ulu Tembeling, Baling, Memali atau Kinabatangan yang sangat dahagakan makulmat. Yang berbahasa Inggeris itu kelompok atasan yang sudahpun tepu dengan maklumat dan umumnya faham kenapakah kita sebagai rakyat sengsara.  Dan kenapa kita sebagai satu bangsa yang merdeka perlu mencari pengganti dan mengubah Sang Penguasa kita.

Para  Mak Cik dan Pak Cik Felda atau segala penduduk Ulu Tembeling, Baling, Memali atau Kinabatangan perlu faham kenapakah  melantik Kak Jat sebagai Ketua Kaum Ibu itu salah dan tidak bermoral.  Mesej bahawa isu nama Allah adalah senjata politik perlu dijelaskan dengan sejelas-jelasnya kepada mereka.  Pendek kata mereka perlukan mesej yang seperti ini sekiranya kita mahu membawa perubahan. 

Jadi, kenapakah mesej yang berani, terbuka dan dikupas dengan begitu baik misalnya oleh Mariam Mokhtar dalam Malaysiakini itu mesti terus tercokoh dalam bahasa Inggeris sedangkan para  Mak Cik dan Pak Cik Felda atau segala penduduk Ulu Tembeling, Baling, Memali atau Kinabatanganlah yang sangat perlukan mesej dan kupasan seperti ini?  Jika kita serius untuk membawa perubahan,  kita perlulah fikirkan persoalan ini dengan lebih serius. Di sini ganti nama pertama untuk kumpulan dan yang inklusif ‘kita’ ini bukanlah bermaksud Umno.  Umno tak akan berubah.

   
3.0 Pengajarannya?

Walaupun kata-katanya mudah iaitu sekadar petunjuk arah “kiri, kanan, terus...”, namun dia berbicara dalam bahasa yang kita semua fahami, bahasa rakyat marhean.  Apakah kita tidak mahu rakyat marhaen memahami apakah yang sedang dilakukan oleh Sang Penguasa sedia ada ini?  Apakah kita fikir ceramah, seminar dan segala perhimpunan dapat menjelaskan bahawa isu Allah itu hanyalah sebuah permainan dan kenapa lantikan semula Kak Jat itu sebenarnya sangat memalukan?

Bila lagi agaknya segala bijak pandai kita mahu menulis dalam bahasa rakyat marhaen?  Demi mereka iaitu segala Mak Cik dan Pak Cik Felda atau segala penduduk Ulu Tembeling, Baling, Memali atau Kinabatangan, mohon tuan-tuan tulislah untuk mereka semua.



  

3 comments:

Anonymous said...

setiap negara ada bahasa resminya walaupun boleh belajar lain lain bahasa.hormati bahasa kita.

barajiwa said...

Setuju. Dalam konteks ini, saya tabik sama itu blogger TT. Dia guna bahasa rakyat Marhaen. Tentang penguasaan bahasa, kita setuju agar rakyat kita belajar dan menguasai sebanyak bahasa yang mungkin. Teman-teman kita yang kekadang berbahasa Tamil di rumah, elok memastikan anak-anak mereka juga mampu berbahasa Tamil. Sebabnya cukup mudah. Bukankah dalam setiap bahasa itu ada bersamanya nilai budayanya? Apakah bijak dibuang begitu saja khazanah yang besar seperti ini? Wallahuaklam.

barajiwa said...
This comment has been removed by the author.