Monday, March 1, 2010

Rangginya dedap



Mesej oleh segelintir Melayu.


Apabila apa yang namanya MPM diwujudkan oleh gabungan 76 buah NGO, mungkin untuk menyelamatkan Melayu (dari kepupusan?), mesej apa yang mahu kita baca? Adakah mesejnya termasuk seperti yang di bawah ini:

i) Melayu sangat terancam, sangat-sangat, kata segelintir Melayu. (Entahlah, siapa agaknya yang mengancam siapa?).

ii) Melayu tidak pupus (selama ini) kerana ada segelintir Melayu (yang kini dan selamanya itu) kerap mengingat-ingatkan SEMUA orang Melayu bahawa mereka dalam keadaan bahaya. Peringatan diberikan oleh segelintir Melayu kepada SEMUA orang Melayu mengikut petunjuk dan suasana: Apabila kuasa segelintir Melayu mulai terancam.

iii) Malaysia telah tertinggal seorang manusia penyelamat Melayu (sesekali dan kerap juga kalinya, melompat-lompat) dalam senarai pemimpin besarnya. Sejarah telah membuat satu kesilapan besar kerana tidak memilih seorang penyelamat Melayu.

iv) Negara orang-orang Melayu selamat kerana adanya segelintir orang-orang Melayu yang selalu mengingatkan SEMUA orang Melayu bahawa mereka dalam bahaya apabila SETIAP kali segelintir orang-orang Melayu mulai kehilangan kuasa. Segelintir Melayu yang rajin sekali berpesan-pesan bahawa Melayu itu kadang-kadang dalam bahaya, kadang-kadang pula bersatu padu. Mood pesanannya pula mengikut keadaan tampuk kekuasaan yang dipegang segelintir Melayu ini.

v) Ada segelintir Melayu yang sudah mati akalnya. Mereka mati akal bagaimana mahu mengajak SEMUA Melayu percayakan segelintir Melayu bahawa segelintir Melayu ini tidak lagi mahu bercakap dan bertindak sebagai pembohong. Mereka mati...betul-betul, kematian akalnya yang waras.



No comments: