Brickfield, 24 September
Pasir Mas, 25 September 2010
Dua tempat yang berbeza, tiga orang pelaku yang berlainan pula dalam jeda masa yang tidak begitu banyak bezanya, namun akibatnya ternyata tidak pula sama. Sepertimana yang kita semua ketahui, seorang seniman-reformis telah diserbu oleh sekumpulan orang-orang berwajib di pejabatnya lalu diarak keliling ke beberapa buah rumah pasong, dikurung semalaman, sebelum dibebaskan.
Tempat seniman dan stafnya itu berkarya dengan menggunakan akal kritis mereka adalah Brickfield (Padang Bata), sebuah lokasi yang sekian lama tersohor dengan nasi daun pisangnya.
Beberapa jam kemudiannya, seorang wira dunia ketiga bercakap tentang bahayanya Melayu tidak lagi berkuasa di depan orang-orang Melayu Pasir Mas.
II) Sepanduk menarik di Pasar Siti Khadijah
Tatkala berjalan-jalan sekitar Pasar Siti Khadijah, kami melihat sepanduknya.
“Jangan lupa poster itu,” pesan Kaab kepada saya.
“Ya, ya, kita pasti rekod tampang para pahlawan ini...”
Seorang lagi teman tidak berkata walaupun sepatah. Saya faham mesejnya kerana sebelum ini dia pernah berhujah “Buang masa saja bercakap hal-hal seperti 1Malaysia dan isu perpecahan Melayu ini. Sudah lupakah kita dengan “Islam Hadhari” yang telah lama diperhanyut ke Selat Melaka itu?”
Lalu saya bertanyakan seorang sahabat di Pasir Mas, “Tuan pergi ke acara memviagrakan semangat Melayu petang ini?”
“Tak gi. Nak acara baca puisi di DBP Wilayah Timur malam ini, datanglah...”
III) Zunar, kerana kau penentang, inilah habuanmu!
Untuk Zunar yang bukan ‘conformist’@penentang itu ada satu himpunan peraturan untuknya. Peraturan yang mana satukah untuk tuan?
“Dirgahayulah Malaysia kita yang tercinta, semoga bahagia dan selamat sentosalah dikau di bawah payung kaum feudawan-aristokrat-perakus ini!”
No comments:
Post a Comment