Monday, September 27, 2010

Lidah


Sesedap gulai lidah



Seorang kenalan lama memaklumkan bahawa semalam dia menikmati makan malam yang amat menyelerakan. 

“Saya belum pernah rasakan gulai sesedap itu.” ujarnya penuh semangat.

“Kau mesti rasakan nikmatnya.”  Dia berulang kali mencadangkan kepada saya.

“Apakah yang sangat sedap itu?  Kau betul-betul buat aku tak peninglah.”

Memang betul, saya belum faham maksud teman ini.

“Pernahkah kau rasakan bagaimana rasa lapar itu membangkitkan nikmatnya makanan atau minuman?” 

Ini tentunya kesan Ramadhan yang lalu, demikian yang terlintas dalam benak.


II)


“Ya...ya.  Aku setuju.  Tapi gulai apa?”

“Gulai lidah munafik yang mati dilanggar lori semalam.”

“Cisss...”

“Ya, betul.  Semalam ada yang berikan aku sekerat.  Aku mati percaya itu lidah lembu.  Kusuruh isteriku gulaikan.  Ternyata sedap sekali.”  Teman saya selamba.  Tak faham aku, kenapa dia jadi begitu.

“Kau tahu, itu sang munafik yang bercakap tentang nasib bangsanya yang terancam kehilangan kuasa itu lagi bagus, kalau lidahnya yang kau buat gulai!!”

“Cisss...”  sekali lagi saya bercis-cis.

Dia terus pergi - tanpa menoleh-noleh lagi.



III)


Tatkala berbaring di atas katil, aku jadi teringat, lalu bertanyakan isteriku:

“Yang... Bagaimana kalau lidah abang,  B gulaikan?”


Isteriku tersedak, namun terus membisu.


“Apakah masih ramai Melayu seperti temanku?  Masih bersedap-sedap dengan gulai?”


Isteriku merenungku lama-lama dan - dalam-dalam.


“Abang demam?”



No comments: