Tuesday, September 11, 2012

Sejarah yang sengaja digelapkan



Sang Saka Merah Putih


Berikut ialah komen yang saya berikan  dalam artikel “Dua jalur fikrah” oleh Hishamuddin Rais dalam (http://www.malaysiakini.com/columns/208429).  TT memulakan tulisan begini:
“Bulan Ogos tahun lalu, wacana Mat Indera telah dibuka luas. Tohmah dan fitnah bertaburan. Kutukan demi kutukan. Tuduhan demi tuduhan. Polis dan undang-undang dicari dan diupah. Akhirnya Mat Indera menjadi ikon anak-anak muda. Imej Mat Indera kini setaraf dengan imej Che Geuvera dan John Lennon. Akhirnya anak semua bangsa mula mengenali siapa dia Mat Indera.”
(Sila ikuti huraiannya dalam artikel di atas.)

KOMEN:

Untuk lebih jelas sejarah Sang Saka Merah Putih ini sila baca “MEMOIR Ahmad Boestamam – Merdeka dengan Darah dan Api” Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2004 halaman 147 dan 177:

“Kira-kira pukul dua malam sebelum malam kami akan berarak itu (16 Februari 1946) barulah dia selesai menyiapkan semua yang perlu kami siapkan itu ― sebuah bendera Sang Saka Merah Putih yang besar dan kira-kira 50 helai lilitan lengan yang bertanahkan merah putih dan di atasnya ditulis huruf-huruf API berwarna hitam.  Dia mengerjakannya tanpa rehat sedikit pun.”

‘Dia’ adalah Darwis yang ‘berasal dari Minangkabau’

Halaman 177 pula menceritakan bagaimana Sang Saka Merah Putih telah ditolak (melalui undian dan PKMM kalah dengan satu undi) dalam sidang pertama UMNO pada Jun 1946. Akibatnya PKMM, Partai Kebangsaan Melayu Malaya telah menarik diri keluar daripada UMNO.  Mengikut Boestamam proses pengundiannya juga tidak telus dan berat sebelah.

PENGAJARAN

Pembohongan dan putar belit diteruskan bertahun-tahun lamanya.  Tatkala pembohongan dan putar belit berterusan, kita memilih untuk membatu.  Tatkala penipuan demi penipuan mereka jana dan lelong, kita membiarkannya.  Kita ‘membiarkan’ dengan tidak berkata apa-apa.  Kita berdiam diri atas pelbagai alasan yang tidak munasabah.  Dan pabila kita berdiam diri, mereka semakin yakin bahawa kita tidak akan berbuat apa-apa.  Bagi mereka berdiam diri bererti kita bersetuju dengan segala macam pembohongan.  Berapa lama lagi kita mahu berdiam diri setelah sekian lama berdiam diri, membatu?  Kita bersetuju tanpa sebarang soal jawab?



2 comments:

6803man sarawak said...

Salam barajiwa..sy bru saja mengenali blog anda.harap dihangatkn lg posting anda.

barajiwa said...

Terima kasih tuan kerana sudi berikan perhatian. Mohon emel bahan-bahan yang menarik untuk kita meriahkan lagi http://barabarajiwa.blogspot.com. Sekali lagi, terima kasih. Yang benar, Kassim Muhamad.