Kira-kira sepuluh jam yang lalu di muka fb (Kassim Muhamad), kita bercerita tentang sekumpulan ahli muzik yang sekian lama mengsia-siakan kebolehan dan kemahiran mereka. Mereka memilih menjadi alat walaupun mereka itu sebahagian daripada khazanah milik rakyat.
"Sebuah band bernama PDRM.
Di negara kita terdapat sekumpulan pemuzik, PDRM namanya. Mereka jarang tampil sebagai penghibur sejati. Sebenarnya mereka kerap gagal menghiburkan rakyat dengan ilmu dan kemahiran muzik yang mereka miliki itu. Kita bolehlah ibaratkan band PDRM ini sekumpulan orang hilang arah yang lebih sibuk menyepak tin-tin kosong di tengah-tengah malam buta. Rakyat yang mahu beristirehat pun menjadi marah. Kita percaya semua ini terjadi akibat pemimpin orkestra yang kemabukan ― mabuk kerana terlalu lama memiliki dan menguasai sebuah band bernama PDRM.
Bilakah kita mahu menggantikannya? Ya, menggantikan pemimpin orkestra itu?"

No comments:
Post a Comment