Wednesday, January 28, 2015

Siapa punca masalah PAS?





Siapa punca masalah PAS?


Mohsin Abdullah
Published: 28 January 2015


Tidak perlu jadi ahli sains politik untuk tahu PAS sedang menghadapi masalah dalaman. Ada puak.

Gerak langkah kepimpinan tertinggi PAS semakin hari semakin tidak senada dengan rentak alunan Pakatan Rakyat.

Dan ada pihak dalam parti termasuk di kalangan saf kepimpinan yang tidak senang dengan semua itu. Khususnya terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku presiden. Itu bukan cerita baru.

Kalau masalah dibiar berlanjutan PAS akan dilanda bencana. Itu pun bukan pandangan baru.

Persoalan siapa punca masalah dalam PAS juga bukan persoalan baru. Cuma kali ini ada pihak yang berani tampil menjawab dan membuat “pendedahan”. Atau dalam lain perkataan “pertuduhan”.

Jari dituding ke arah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. Yang empunya jari ialah Ishak Surin, YDP PAS kawasan Batu.

Dikenali sebagai Cikgu Ishak, beliau orang lama yang diakui kawan dan lawan akan semangat juangnya yang kental. Lantas dihormati.

“Sebenarnya PAS dikuasai Setiausaha Agung Mustafa Ali yang bukan dipilih tetapi dilantik oleh presiden”, kata Cikgu Ishak. 

Sebagai contoh beliau merujuk sidang akhbar berhubung krisis menteri besar Selangor dulu.

“Timbalan presiden cakap lain, Mustafa Ali cakap lain. Setiausaha agung ini punca masaahnya.”

Sebelum ini ada sumber rapat dengan PAS mendakwa parti itu “dikuasai geng Terengganu”. Secara kebetulan (atau sebaliknya) Hadi dan Mustafa berasal dari Terengganu.

Perlu diingat Cikgu ishak sejak kebelakangan ini “mengepalai” kempen “menyelamatkan” akhbar milik PAS, Harakah berikutan permasalahan membabitkan pengarang kanannya termasuk ketua pengarang Ahmad Lutfi Othman.

Pun begitu beliau mengakui “bukan Harakah sahaja dalam bahaya malah PAS lebih dalam bahaya”.

Hari ini, Cikgu Ishak dijangka berucap disatu majlis untuk menghuraikan “mengapa Mustafa mesti dikeluarkan daripada Harakah”. Seperti kita tahu Mustafa ialah pengerusi Harakah.

Namun apa kesan menyingkirkan Mustafa daripada Harakah terhadap masalah PAS sendiri?

Ada kah dengan melucutkan Mustafa sebagai pengerusi Harakah akan membantu menyelesaikan masalah dalaman PAS? Bukankah beliau tetap berjawatan setiausaha agung parti walaupun tanpa jawatan pengerusi Harakah? Sekaligus terus berindak sebagai “power behind the throne”? Seperti yang didakwa pengkritiknya?

Cikgu Ishak tidak menyentuh persoalah itu. Sekadar memberitahu gerakan selamatkah Harakah kini disokong beberapa PAS kawasan yang buat masa kini tidak boleh dihebahkan identitinya.

Jelas, Cikgu Ishak yang cukup masak dengan selok belok percaturan politik, “is not giving anything way”. Buat masa kini.

Jadi yang menjadi tanda tanya kini ialah adakah kempen selamatkan Harakah akan mencetuskan satu gelombang besar dan bertukar menjadi kempen selamatkan PAS?

Masalah PAS lebih besar daripada masalah Harakah. Tidak begitu? – 28 Januari, 2015.


* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Share with others
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/mohsin-abdullah/article/siapa-punca-masalah-pas#sthash.OwcF4490.dpuf


3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
barajiwa said...

Terima kasih kepada kedua penulis yang berlindung di sebalik "manusia tanpa nama". Sedihnya, tidak kelihatan apa-apa isi dalam komen ini kecuali... Di sekolah kita diajar menulis macam jenis karangan termasuk jenis berdebat. Kenapa tidak mahu berhujah? Apakah dalam masyarakat kita sekarang memang manusia tak lagi berhujah KECUALI...