Siapa punca masalah PAS?
Mohsin Abdullah
Published: 28 January 2015
Tidak perlu jadi ahli sains politik untuk tahu PAS sedang menghadapi
masalah dalaman. Ada puak.
Gerak langkah kepimpinan tertinggi PAS semakin hari semakin tidak senada
dengan rentak alunan Pakatan Rakyat.
Dan ada pihak dalam parti termasuk di kalangan saf kepimpinan yang tidak
senang dengan semua itu. Khususnya terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku
presiden. Itu bukan cerita baru.
Kalau masalah dibiar berlanjutan PAS akan dilanda bencana. Itu pun bukan
pandangan baru.
Persoalan siapa punca masalah dalam PAS juga bukan persoalan baru. Cuma
kali ini ada pihak yang berani tampil menjawab dan membuat “pendedahan”. Atau
dalam lain perkataan “pertuduhan”.
Jari dituding ke arah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. Yang empunya
jari ialah Ishak Surin, YDP PAS kawasan Batu.
Dikenali sebagai Cikgu Ishak, beliau orang lama yang diakui kawan dan lawan
akan semangat juangnya yang kental. Lantas dihormati.
“Sebenarnya PAS dikuasai Setiausaha Agung Mustafa Ali yang bukan dipilih
tetapi dilantik oleh presiden”, kata Cikgu Ishak.
Sebagai contoh beliau merujuk
sidang akhbar berhubung krisis menteri besar Selangor dulu.
“Timbalan presiden cakap lain, Mustafa Ali cakap lain. Setiausaha agung ini
punca masaahnya.”
Sebelum ini ada sumber rapat dengan PAS mendakwa parti itu “dikuasai geng
Terengganu”. Secara kebetulan (atau sebaliknya) Hadi dan Mustafa berasal dari
Terengganu.
Perlu diingat Cikgu ishak sejak kebelakangan ini “mengepalai” kempen
“menyelamatkan” akhbar milik PAS, Harakah berikutan permasalahan membabitkan
pengarang kanannya termasuk ketua pengarang Ahmad Lutfi Othman.
Pun begitu beliau mengakui “bukan Harakah sahaja dalam bahaya malah PAS
lebih dalam bahaya”.
Hari ini, Cikgu Ishak dijangka berucap disatu majlis untuk menghuraikan
“mengapa Mustafa mesti dikeluarkan daripada Harakah”. Seperti kita tahu Mustafa
ialah pengerusi Harakah.
Namun apa kesan menyingkirkan Mustafa daripada Harakah terhadap masalah PAS
sendiri?
Ada kah dengan melucutkan Mustafa sebagai pengerusi Harakah akan membantu
menyelesaikan masalah dalaman PAS? Bukankah beliau tetap berjawatan setiausaha
agung parti walaupun tanpa jawatan pengerusi Harakah? Sekaligus terus berindak
sebagai “power behind the throne”? Seperti yang didakwa pengkritiknya?
Cikgu Ishak tidak menyentuh persoalah itu. Sekadar memberitahu gerakan
selamatkah Harakah kini disokong beberapa PAS kawasan yang buat masa kini tidak
boleh dihebahkan identitinya.
Jelas, Cikgu Ishak yang cukup masak dengan selok belok percaturan politik,
“is not giving anything way”. Buat masa kini.
Jadi yang menjadi tanda tanya kini ialah adakah kempen selamatkan Harakah
akan mencetuskan satu gelombang besar dan bertukar menjadi kempen selamatkan
PAS?
Masalah PAS lebih besar daripada masalah Harakah. Tidak begitu? – 28
Januari, 2015.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak
semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Share with others
- See more at:
http://www.themalaysianinsider.com/opinion/mohsin-abdullah/article/siapa-punca-masalah-pas#sthash.OwcF4490.dpuf
3 comments:
Terima kasih kepada kedua penulis yang berlindung di sebalik "manusia tanpa nama". Sedihnya, tidak kelihatan apa-apa isi dalam komen ini kecuali... Di sekolah kita diajar menulis macam jenis karangan termasuk jenis berdebat. Kenapa tidak mahu berhujah? Apakah dalam masyarakat kita sekarang memang manusia tak lagi berhujah KECUALI...
Post a Comment