Tuesday, November 30, 2010

Siri puisi Kampung Warisan - Puzi Hadi

PUZI HADI

JANGAN KAU BUNUH SEJARAH

~ JANGAN KAU BUNUH SEJARAH Kampung Bandar Dalam beracuan pembangunan ~ Jangan kau bunuh sejarah Kampung Padang Dalam  memadam geran tanah leluhur ~ Jangan kau bunuh sejarah Kampung Sungai Merali sekian kesaksian mentari dan bulan ~ Jangan kau bunuh sejarah Kampung Puah kerisauan kaki langit ~ Jangan kau bunuh sejarah Kampung Puah Seberang menyisih burung dan unggas ~ Jangan kau bunuh sejarah Kampung Chubadak kehijauan  kepada batu bata ~ Jangan kau bunuh sejarah Kampung Sungai Mulia berbudaya angkuh dan durjana ~

# JANGAN KAU BUNUH SEJARAH, tapi belajar dari sejarah # Belajar dari hitam dan putihnya sejarah # Kehitaman sejarah bercuka dan keputihan sejarah bersuka # Cuka sejarah menjahit iktibar # Suka sejarah menganyam  teladan # Sejarahlah menjahit dan menganyam jatidiri mewajahi nenek moyang turun ke anak cucu # Anak cucu tiga keturunan bahawa kamilah suku sakat Melayu berkampung di pinggir bandar raya di ibu kota ‘Kuala Lumpur’ #

> JANGAN KAU BUNUH SEJARAH > Sejarah tidak mewajar sebuah kemusnahan > Malukah lembaran lampau sejarah abad ke-20 yang ketinggalan prasarana abad ke-21 > Membela warisan lama sebuah kejahilan ataukah membina warisan baru sebuah kearifan > Maha mudah membunuh sejarah cuma sekelip mata oleh mesin jengkaut dan jentolak > Maha sukar membina sejarah bersenandungkan raut rupa nenek moyang >

+ JANGAN KAU BUNUH SEJARAH tujuh kampung + Cukuplah kota batu menghimpit kiri dan kanan seantero mata angin bandar raya + Bermesralah dengan alam tumbuhan dan tarian sungai dan awan gemawan dan belaian angin + Bernyanyilah dengan damai siang dan tenang malam + Cintailah lampau sejarah ratusan tahun kampung-kampung tradisi Melayu – Kampung Warisan Melayu – ikon pembangunan, JANGAN KAU BUNUH SEJARAH +

14 Zulhijah 1431
Alor Setar, Kedah                              





No comments: