Songkok, tingginya sehasta
Janganlah kita sampai sesat dan menyesatkan
Janganlah kita pandang ringan nasib masa depan bangsa kita
Janganlah kita biarkan agama kita disusupi
Janganlah kita pandang ringan soal-soal perayaan
Janganlah kita lupa bahawa kita ini ahli sunnah waljamaah
Janganlah kita lupa bahawa negeri ini hak milik nenek moyang kita
Jangan!
dan Jangan
Janganlah!!!
ii
Marilah kita bantu agar urusan zakat menjadi lebih berkesan
Marilah kita amati agar segala khazanah wakaf sempurna urusannya
Marilah kita kasihi saudara kita dan segala manusia yang tertindas
Marilah kita kasih kaum Muslimin, manusia dan hidupan
Marilah kita katakan bahawa aku Muslim dan berhenti menuding kau Syiah, dia Tabligh
Marilah kita dahulukan segala yang mesti didahulukan
Marilah kita berhenti berfikir bahawa aku dan dirikulah yang paling sempurna
Marilah kita sedar:
Ada anak perempuan Muslim yang masih belum beres-beres talaknya
Ada anak gadis terlanjur yang bingung bagaimana mahu mengurus ketelanjurannya
Ada isteri yang dizalimi sang lakinya tapi...
iii.
Marilah kita ucapkan kepada teman-teman dan kawan rakan kita:
“Selamat Menyambut Hari Natal”
Semuga Natal ini sungguh membahagiakan dan tahun baru nanti menjanjikan kehidupan yang lebih adil, saksama di bawah pemerintah yang jauh lebih baik.
Amin.
No comments:
Post a Comment