Memaklumatkan rakyat dengan maklumat yang real, nyata
“Tak kenal maka tak cinta” ialah ungkapan untuk menggambarkan perihal pentingnya kita, terlebih dahulu, berkenalan dengan ‘sesuatu’ itu sebelum kita dapat mencintainya.
‘Sesuatu’ itu mungkin saja manusia A, binatang B, permainan C atau mungkin juga maklumat.
Ada yang bercakap tentang kebebasan orang ramai memperolehi/mencapai sesuatu maklumat; lalu mereka pun bercakap dan memperjuangkan tentang perlunya Freedom Of Information Act.
Ada akhbar yang katanya, bercerita tentang kebenaran dengan mengolah pelbagai cerita dan peristiwa mengikut juzuk-juzuk yang mahu dibentangkan (kata orang ‘spin’@putar-belitkan) kepada khalayak.
Contoh paling mutakhir ini ialah kisah Wikileaks yang heboh berlewat-liwat (ya, lewat-liwat) tetapi bisu-buta tentang Altantuya yang telah dimendiangkan-diliwat C4.
ii.
Entah berapa ramaikah rakyat negara ini yang tidak mahu melihat isi dan kandungan sesuatu berita itu kerana semata-mata tidak percayakan sang pembawa beritanya. Ini bermakna sang pembawa khabar sudah hilang credibilitynya sebagai pelapor yang boleh mereka percayai.
Dalam konteks ini, ramai yang berpendapat bahawa akhbar A itu jijik meloyakan, akhbar B sungguh menghairankan sementara akhbar C pula tidak pernah memaparkan hakikat sebenar kecuali “surat khabar pembangkang yang suka menfitnah.”
Ini menunjukkan dan bermakna persepsi sesuatu kelompok rakyat itu terhadap sesebuah akhbar itu sangatlah penting sebelum mesej yang mahu dibawanya dapat disampaikan.
Sehubungan itu, sudahkah ‘Harakah’ misalnya mengatasi masalah ini di ceruk-ceruk kawasan dan daerah yang masih pekat pengaruh Umno/BNnya? Mungkin masih ramai yang tidak mahu menyentuh akhbar yang suka menfitnah ― takut, kalau-kalau terbakar otak yang sekian lama tertutup itu.
iii.
Untuk menebusi tembok prasangka yang tebal itu, ada beberapa soalan dan persoalan yang mungkin boleh diteliti:
Apakah wajar, senjata yang ampuh seperti ‘Harakah’ itu menjadi lidah parti semata-mata?
Apakah isi kandungannya yang sarat politik itu berkesan untuk memasuki daerah-daerah lawan yang perlu dan mesti dimasuki?
Kenapakah rumusnya ‘Sinar Harian’ berjaya? Apakah disebabkan isi kandungan akhbar atau di sana terdapat sebab-sebab yang lain?
Bila lagilah ‘Roket’ dan “Harakah’ mahu berpadu tenaga?
iii.
Sesungguhnya kita amat berharap supaya aspek-aspek seperti ini diteliti dengan penuh saksama oleh mereka yang mahukan perubahan di negara ini.
Kita juga ingin mengetahui dengan lebih mendalam lagi, misalnya kenapakah Akta JPJ yang baru itu telah dibawa oleh para Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sehingga ke Istana Negara? Untuk isu-isu seperti ini kita kupasan yang lebih mendalam lagi.
Kita juga ingin menduga, mengira-ngira apa lagikah isu-isu Melayu dan Islam yang bakal dibawa oleh para sub-kontraktor Umno/BN selepas ini.
Pendek kata, serangan dalam peperangan menentang regime ini mestilah ditingkatkan dengan bersungguh-sungguh oleh Pakatan Rakyat jika mereka mahu mencairkan pengaruh undi pos dan senjata baru seperti Rela dan Tentera Wataniah.
Seluruh rakyat wajar disedarkan betapa tenatnya kita dewasa ini dalam segala hal. Dan rakyat juga disedarkan bahawa segala alat dan peralatan peperangan yang digunakan untuk menentang rakyat itu dibayar oleh titik peluhnya rakyat.
Atau kita tentu ingin tahu dengan lebih mendalam khidmat APCO itu ‘dibayar oleh Umno’ bagaimanakah asal usul kisahnya?
Kita ingin tahu, mana satukah veteran Umno yang TIDAK dilantik untuk menjadi pengerusi itu dan ini?
No comments:
Post a Comment