Friday, December 24, 2010

wah, aduh


wah, aduh...


wahai anggun ungu    
ranggi yang menjeruk rasa
kelopakmu melayah rindu;
pada mekar deria purba    
angan-angan pelamin 
segala dagang santri
menumpang lalu
― terkedu.

aduhai kelopak bening
tingkah yang bijak laksana   
jinak itu rupanya melirik sukma      
wah, aduh
ada keliru pada ghairah.  


Ya Rabb,
Maha indah ciptaanMu.


taman ria, sungai petani
24 disember 2010   



No comments: