Tuesday, January 18, 2011

Bahasa sebagai alat

Idea, ilmu, pemikiran dan bahasa


“God would never create happiness without a mate. That was Sangeetha’s  opinion, and she was very confident of this.  And loneliness was one wave in the storms that had to be encountered.

She had lived for eighty years, a long period of time. However,  Sangeetha had no wish to die and as far as possible she did not want to die.  However, what power was there over death?  She had lived for twenty years with her father and mother, then, she had begun life with Viralal, a beutiful life as a couple.  The rise and fall in the daily charts of life were beautiful and difficult to forget.  The approximately fifty-five years of living with Viralal was a life filled with both happiness and sorrow and during all that time, Viralal had created his store of wealth and built a monument of happiness.  Finally, owing to death’s demand, Viralal was the one who had died first.  At a rough estimate, apparently Viralal had gone from her for nearly five years.”

Itu petikan dari halaman 3:

dan pada halaman 426, kita temui:

As long as there is glass on the door,
Bury the little dedap tree in paddy;
As long as such words from you outpour,
How good my heart feels already.’

(Take if Awang Sulung Merah Muda)

Padanan aslinya berbunyi begini:

Asal ada kaca di pintu,
Tanamlah dedap di dalam padi;
Asal ada kata begitu,
Alangkah sedap rasanya hati.
        
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda)

ii.

Petikan di atas diambil daripada novel ‘Sangeetha’, buah tangannya Azizi Abdullah yang diterjemahkan oleh Quest Services (entah kenapa,  nama penterjemahnya tidak dinyatakan, sayang sekali!)

Azizi yang tidak menulis dalam bahasa Inggeris melahirkan sekian banyak karya kreatif dalam bahasa rasmi negara dan bahasa ibundanya.  Salah satu daripadanya ialah Sangeetha.  Dalam novel di atas, pengarang ini berlipurlara perihal kesepian dua pasangan orang tua, Sangeetha dan Derus.


Petikan di atas menunjukkan bagaimana buah fikiran dan pemikiran Azizi yang tidak menulis dalam bahasa Inggeris, telah menjadi besar dan perkasa.   Dia telah menimba ilmu dengan alat yang bernama bahasa ibundanya.    

Katakahlah pengarang ini tidak ke sekolah Arab di Kepala Batas dan berguru pula dengan almarhum datuknya Abdullah Ahmad Badawi, tetapi sebaliknya belajar di sekolah Inggeris, kemudiannya menjadi seorang PTD, apakah tidak mungkin Azizi bukanlah Azizi yang temui hari ini?  (Sebenarnya ‘kalau-kalau’ ini tidak elok dijadikan contoh/andaian...)


iii.

Lihat pula hujah ini:

Jika kita mahu anak, cucu dan cicit kita ‘pergi jauh dalam hidup ini’,  bahasa Inggeris itu satu kemestian.  Ertinya tanpa bahasa Inggeris yang maha maha penting,  sukarlah untuk mereka berjaya.

Kata sesetengah orang lagi, sebentar lagi cucu cicit kita juga mestilah menguasai bahasa Mandarin jika mereka mahu pergi jauh dalam hidup ini kerana sebentar lagi dengan penguasaan Negeri Cina dalam ekonomi dunia, bahasa rasmi negara itu pastinya menjadi bertambah penting.

Demikianlah orang mengaitkan ‘pergi jauhnya anak cucu kita dalam kehidupan ini’ dengan kekuatan ekonomi.  Bahasa Inggeris membawa rezeki yang lebih kerana bahasa itu bahasa bisnes.

iv.

Tatkala berada di takah-takah akhir usia yang senja, ramai juga yang sangat sedih kerana membaca Al-Quran tapi ― tidak mengetahui maknanya.  Sedihkan? 

Kita juga turut bersedih pabila mendengar hujah bahawa Al-Quran dalam bahasa Inggeris itu jauh lebih jelas jika dibandingkan yang diterjemah dalam bahasa Melayu.

Demikianlah gambaran kesengalan orang-orang ini dengan bahasa Inggerisnya.

(Nada mesej ini mungkin saja dilihat sangat tidak menyebelahi bahasa Inggeris.  Percayalah bukan itu mesejnya di sini.  Kenapakah begitu? Kita tidak percaya bahawa bahasa,  sebagai ilmu ― boleh dinadirkan. 

Kita sekadar risau dengan tahap kepekaan yang masih corot itu berhubung proses menimba ilmu.  Nampakanya kita masih jua belum mengerti bahawa proses menimba ilmu itu sangatlah berbeza dengan nikmat gengsi kehebatan bawah sedar palsu yang kita kecapi apabila kita menguasai sesuatu bahasa itu ― lebih-lebih lagi bahasa Inggeris.    

Kesiankan?)

vii.

Airnya semakin keruh di hilir.  Segala-galanya,  termasuk proses mencari dan menimba ilmu,  telah menjadi alat.


viii.
Bercakap tentang alat, ada sebuah institusi negara kita yang muncul dengan inovasinya yang terbaru - undi proksi dalam pilihan raya, macam yang kita lihat dalam pengurusan korporat.  Ini satu lagi kerja sub-kontraktor yang sibuk membisneskan negara kita.

Isu-isu lama iatu dakwat kekal, daftar pengundi yang bersih, undi pos dan peranan sebenar institusi itu bagaimanakah statusnya?   



 

No comments: