Garis Panduan Media Internet dan hubungannya dengan Akta-Akta sedia ada.
(Apakah yang boleh kita harapkan dan percayai?)
Adakah undang-undang sedia ada bersimpati dengan kita, rakyat jelata, lebih-lebih rakyat yang bangun mengkritik segala perbuatan pemerintah yang dilihat sebagai anti-kesejahteraan-rakyat. Lihatlah undang-undang tersebut seperti yang disenaraikan di bawah ini.
Bagaimanakah agaknya undang-undang tersebut dapat dibaca (peralatkan/) seiring dengan garis panduan media internet yang telahpun disediakan oleh Kerajaan Umno/BN itu.
Apakah garis panduan tersebut sudahpun berkuatkuasa? Kalau ya, sejak bila?
Aspek pertama: Dalam Akta Hasutan 1948(1) kita antara lain akan temui aspek-aspek berikut:
Pertama beberapa aspek tafsirannya. Cuba perhatikan takrif yang diberikan kepada ‘perkataan’ iaitu, “termasuk apa-apa ungkapan, ayat atau bilangan perkataan atau gabungan perkataan yang berturut-turut yang lain, sama ada secara lisan atau bertulis.”
Sementara ‘penerbitan’ pula bermakna:
“...Semua perkara bertulis atau bercetak dan segala benda sama ada atau tidak serupa jenisnya dengan perkara bertulis atau bercetak yang mengandungi apa-apa gambaran yang boleh dilihat atau yang mengikut rupanya, bentuknya atau dengan apa-apa cara lain boleh menggambarkan perkataan atau gagasan, dan juga termasuk tiap-tiap naskhah dan keluaran semula atau keluaran semula substansial apa-apa penerbitan.”
Aspek kedua: Printing Presses and Publications Act, 1984 (2) - PPPA, 1984.
Akta ini memberikan kuasa yang mutlak kepada Menteri Dalam Negeri dan kuasa ini tidak boleh dicabar. Demikianlah berkuasanya Menteri itu dari sudut membenarkan rakyat berbicara, berhujah dan mengkritik Kerajaan Umno/BN.
Akta juga menyatakan bahawa adalah satu kesalahan jenayah memiliki atau menggunakan printing press tanpa kebenaran Menteri Dalam Negeri.
Aspek Ketiga: The Malaysian Communications and Mutimedia Act, 1998(3)
(The Multimedia Super Corridor (MSC) Bill of Guarantees.)
Dalam janji kerjaaan Umno/BN dalam Bill of Gurantee (BoG) ini terdapat perkara ketujuh yang menyatakan bahawa kerajaan tidak akan sensor/tapis Internet.
Agaknya janji yang sudah menjadi Akta inilah yang membolehkan segala pandangan, kritikan terhadap kerajaan Umno/BN itu masih lagi mungkin.
Aspek Keempat: Garis Panduan media Internet yang telah digubal oleh Peguam Negara dan bagaimanakah tindakan kerajaan Umno/BN dalam menggunakan garis panduan ini untuk menutup mulut@mengeringkan mata pena para pengkritiknya.
Dalam portal Malaysiakini (Aidila Razak Feb 10, 2011 11:32am – Malaysiakini) yang bertajuk “Expert warns courts can use cyber sedition guidelines”, pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya Azmi Sharom, mendedahkan bahawa dalam tahun 1997, Hakim Mahkamah Tinggi, James Foong telah menggunakan garis panduan kesan alam sekitar yang dikeluarkan oleh kementerian untuk membuat keputusan yang memihak kepada tiga orang penduduk yang terlibat dengan pembinaan Empangan Bakun.
Jadi, apakah yang mahu menghalang kerajaan Umno/BN membuat keputusan yang sama dalam hal media internet ini?
No comments:
Post a Comment