Tentang bijak dan pandai kita
Umumnya masyarakat memberikan nilai dan pengiktirafan berdasarkan kriteria atau norma-norma, tertulis maupun yang tidak bertulis, tertentu yang sekian lama tertanam, dipegang dan dihayati oleh sesuatu masyarakat atau institusi itu. Setiap institusi itu memiliki cara dan kaedahnya sendiri dalam menilai dan memberikan pengiktirafannya.
Kita tentu masih ingat bagaimana gelaran ‘ulamak’ itu pernah menjadi sumber perlecehan orang politik nombor wahid yang ketika itu memegang tampuk pemerintahan negara ini. Hujahnya kira-kira begini: ‘Ulamak’ itu membawa maksud segala mereka yang berilmu. Ini bernama, kalau saya seorang doktor perubatan, maka sesungguhnya saya adalah seorang ulamak. Demikianlah hujah seorang pu dot dot mak.
Orang ini marah kenapa sesetengah orang itu, lebih-lebih lagi politikawan boleh diberikan gelaran TG, Tok Guru. Punca kemarahan ini dapat dimengerti. Kita faham kenapa status TG itu begitu dibenci, dicemuh atau sebenarnya begitu dicemburui (?) oleh mereka yang tidak mungkin menerimanya. Itu hakikat yang mesti diterima dengan dada yang lapang oleh semua, lebih-lebih lagi para politikawan sekular. Gelaran TG ini mengingatkan kita kepada kebijaksanaan, kebijakan masyarakat dalam menilai dan memberikan pengiktirafan. Kita jangan lupa bahawa, “Respect is earned...” sanjungan dan rasa hormat itu tidak pernah boleh kita paksakan ke kerongkong masyarakat.
Cuba perhatikan senario di universiti-universiti kita. Mereka yang diterima menjadi sebahagian daripada komuniti bijak pandai universiti adalah mereka yang rata-rata mestilah orang-orang berkelulusan tinggi, doktor falsafah, sebelum diterima sebagai tenaga pengajar. Umumnya atau kerap kalinya, orang melihat para bijak pandai dalam sesebuah komuniti ilmu itu berdasarkan deretan ijazah dan kelulusan yang diperolehinya. Katanya status keilmuan ini juga berdasarkan kajian-kajian yang telah dilaksanakan dan tulisan-tulisan yang diterbitkan dalam pelbagai jurnal berprestij, segala macam penyelidikan ilmiah, segala macam buku yang ditulisnya dan sebagainya.
Ini bermakna dari segi credentials (surat akuan, tauliah) akademiknya, mereka adalah manusia yang cerdik-cerdik dan pandai-pandai belaka di dalam bidang masing-masing. Ertinya sebelum mereka ini lulus dan diterima menjadi manusia yang bijak-pandai, semuanya telah melalui proses penggodokan (perebusan) matang sebelum diiktiraf sebagai pakar bidang. Ertinya dari sudut prosesnya, katanya, mereka telahpun diuji dan dimatangkan.
ii.
Ironisnya tiba-tiba saja ada juga dalam kalangan para profesoreee ini, sang pakar bidang, secara tiba-tiba, bangun untuk membuat pengumuman bahawa ‘Saman ekor itu berdasarkan undang-undang...”
ISA, Akta Mesin Cetak dan terbaru ‘Akta’ berhubung Kampung Baru yang memberikan kuasa MUTLAK kepada sang menteri itu juga bakal menjadi Akta adalah undang-undang.
Sedih, tapi nyata ― inilah wajah bijak pandai kita...
Maka aku pun jadi teringat akan Wak Khalid Sallleh dan Azizi Abdullah yang tidak ada credentials akademik yang sangat menggerunkan itu kecuali yang kerja buat mereka selama ini.
Bukankah lebih baik, jika mereka ini yang dilantik menjadi Profesoreee kita?
Mungkin, SM Idris akan sekali lagi menempelak, “What for all those recognition??”
No comments:
Post a Comment