Wednesday, March 23, 2011

The Ides of March

15 Mac 2011 di Warung Rakyat
(buat renungan budayawan)

wahai Sang Budayawan
apa yang kalian fikir acara sebegini?

sekelompok kecil rakyat, dibilang jari jumlahnya, berkumpul sambil berdoa, berbicara, solat lalu membaca Yaasin, Wahai Manusia, di kaki sebuah menara milik institusi, katanya ― begitu teguh-gagah, sang juara bahasa rasmi sebuah bangsa manusia.

sebuah institusi 50an yang lahir dari rahim kongres buat perkasakan sebuah bangsa   

pernahkah kau terfikir satu bangsa merdekanya lebih setengah abad, masih juga berhempas pulas mengisi makna kemerdekaan itu?

maka apabila kita bercakap tentang Yaasin dan puisi untuk sebuah lembaga, katanya wali bahasa rasmi sebuah negara, kalimat apa, hujah yang mana, kata-kata bagaimana paling layak mengiringi talkinnya?

kalaulah diyaasinkan ini insan terkujur menyerah roh, apakah pemergiannya bakal rapat pejam matanya?!

kepada siapa segala kemaafan, tangis dan sedu sedan dan segala macam istigfar untuk mengiringi kematian dayus seperti ini? 

apa lagi yang mampu dan boleh kita fikirkan?

tidakah kita malu ― berhempas pulas, meratap dan meraung hanya mahu menyiram pohon bahasa yang tidak mahu subur dan membesar itu?


ii

malam 15 Mac 2011 ini bukanlah malam ranum purnamanya tatkala Julius Caesar mati dibunuh 
kerana kasihnya Brutus kepada Romawi.

15 Mac adalah pesan sekelompok manusia marah-kecewa dan sangat marah!!

15 Mac adalah sebuah pesan:

ada pemerintah tak punya budaya.


kassim Muhamad
wangsa maju
15 Mac 2011


No comments: