Wednesday, March 23, 2011

Kera, wahai kera


Wahai kera, hargailah bunga itu.

Saman ekor yang mendera, harga barang yang terus-terusan yo-yo ligat, gaji dan pencen yang relatifnya semakin mengecut, tanah marhaen ratusan tahun itu tak henti-hentinya mereka usut, masa mahkamah yang mahal hanya untuk mencari sperma di dalam dubur, waktu berharga doktor yang pakar buat meneropong seterowong dubur...

Bila agaknya mereka ini, orang-orang maha linglung ini, memerintah?

Sejak September 1988 orangnya dikejar, rumahnya mereka serang, orang sekelambu dalam pemerintahan itu, mereka tangkap ala-pengganas maha besar, diISAkan, dituduh dan bicarakan oleh media sebagai peliwat besar, dijaja media dan para pecacainya juga sebagai peliwat, peliwat, peliwat, peliwat, peliwat maha besar...namun semuanya tidak juga dipercayai oleh rakyat jelata kecuali yang buta, bisu dan pekak mata hatinya...

Bila agaknya mereka ini, orang-orang sasau ini, mahu berdiri tegak sebagai politikawan waras?

Orang ini, musuh bebuyut kamu-kamu ini mungkin saja jahat, busuk, hancai, rosak dan maha kaput dan amat bejat moral dan akhlaknya...

Bagaimana jika rakyat jelata, termasuk aku ― mahukan parti gabungannya memimpin negara ini?

ii.

Setelah lebih setengah abad terbuang,  sia-sia ― kamu masih jua belum faham-faham dan sadar bahawa politikawan itu kerjanya memerintah dan memimpin rakyat.

When are you guys really serious?

Yes, serious about governing?

Ya, kita bebicara kepada kera-kera, diberikan bunga.

 
   


No comments: