Monday, March 7, 2011

Kita masih perlukan pilihan raya?

Mari kita teliti sedutan pandangan berikut:
Pertama:

Dari laman Malaysiakini versi Melayu:

Kerdau pilihan raya ‘paling melampau’ kata Tuan Ibrahim
Mac 6, 11 9:31PM

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, parti itu tewas dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau disebabkan peningkatan jumlah para pemilih.

...

Tuan Ibrahim juga terus menyatakan perasaan tidak puas hati kepada perjalanan proses pilihan raya kali ini sebagai "pilihan raya paling melampau".

Justeru, tambahnya, PAS akan menyarankan supaya dilakukan reformasi melalui program pemutihan pilihan raya Bersih 2.0.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menafikan dakwaan Pakatan gagal menterjemahkan kandungan Buku Jingga dalam pilihan raya kali ini.

Beliau memberi alasan, pilihan raya Kerdau lebih tertumpu kepada isu tempatan.

ii.

Kedua:

Sementara itu, Malaysia-Today,  http://malaysia-today.net/  (“From around the blogs” Ahad, 06 Mac 2011:  dengan kepala berita bertajuk “After Kerdau and Merlimau – Reform or face a national revolt!”), Dr. Dzul antara lain menyatakan:

“I’m fully conscious of how the BN’s mainstream media (MSM) would demonise and ostracise me for what I’m about to say. I’m nonetheless going to say it in simple and unequivocal term. Simply put, if I were to call the shot in N28 Kerdau by-election, I would want my party to boycott the election. Period.”


Komentar:
Kedua-dua petikan di atas menggambarkan betapa kekadang kesabaran manusia politik itu dicincang-cincang, digaram-garami, dicuka-cukakan semahu-mahunya oleh musuh politiknya ― yang tidak hormati aturan!

Ini berlaku ― dan terus saja berlaku dan tragisnya fenomena ini kelihatannya tidak akan berakhir.  Tantangan@cabaran ini kelihatannya tidak akan mahu selesai ― selagi ada bulan-mentari. 

Dalam menghadapi cabaran ini, apakah yang dilakukan oleh pakatan pembangkang?

Adakah sesuatu TINDAKAN yang istiqomah@berterusan, yang mereka lakukan dalam berdepan dan mendepani masalah ini?

Apakah mereka seperti tak-apalah-berapa-lama-mereka-boleh-menipu, bersikap mau-tak-mau, teragak-agak, berpesta musiman ― macam berkelah di dusun durian,  apabila memperkatakan peranan dan proses pilihan raya itu sendiri?

Apakah ledakan Bersih oleh NGO yang didokongi oleh parti-parti politik itu sudah mencukupi? 

Apakah tindakan pakatan pembangkang seterusnya,  apabila kepimpinan Bersih1 memutuskan bahawa mereka tidak mahu partisan dalam isu memperjuangkan pilihan raya yang adil, telus, bebas, langsung dan saksama?

Apakah parti-parti politik pembangkang sesungguhnya serius memerangi pilihan raya yang kotor?   


iii.

Kenapakah mesej yang begini?

Pilihan raya itu adalah tunggak utama dalam proses demokrasi ―yang katanya ― mesti dinikmati sepenuhnya oleh rakyat jelata.

Kalau ini tidak MUNGKIN tercapai dan diamalkan di negara ini, maka untuk apa pilihan raya itu diadakan? 

Jika keadilan proses ini tidak diperolehi oleh rakyat jelata, maka untuk apa sebenarnya pilihan raya itu diadakan? 

Ya, kenapakah kita sampai bersusah payah, membuang harta negara untuk mengadakan pilihan raya?

Isu yang besar-pokok-utama dalam kemelut pilihan raya kita, bukanlah siapakah akhirnya yang menguasai Putrajaya.

Isunya ialah hak rakyat semua untuk menentukan siapakah yang mereka pilih untuk memerintah dan mengawal khazanah negara ini.  

Isu besarnya bukanlah melihat bahawa di negara ini memang ada pemerintahnya.  Apakah seluruh rakyat mahu para tarbus yang memimpin negara ini?

Jadi, jika Umno/BN tidak lagi boleh diharapkan dalam memastikan proses pilihan raya yang adil, telus, bebas dan langsung, apakah para pejuang pembangkang juga begitu?  

Mereka juga tidak boleh diharapkan lagi oleh rakyat jelata?   
  
Atau apakah menjadi AP dan ADUNA itu jauh lebih penting daripada kebersihan pilihan raya?

Sebenarnya, apakah kita masih lagi perlukan pilihan raya?

Bagaimana jika kita biarkan Umno/BN saja yang terus memerintah?

Ya, kita biar dan kita lihat bagaimana Umno/BN membuat pilihan raya yang disertai oleh Umno/BN saja.

Atau ada yang masih terlalu hingin menjadi AP dan ADUNA?



No comments: