Sunday, March 6, 2011

Makanan penjahat

Membukukan pengalaman silam


Para penduduk asli kawasan Galas dikurung lalu dijamu dengan arak.  Kata laporan itu lagi, mereka tidak dibenarkan untuk keluar ke surau.  Mereka bukan saja dikurung mentalnya tapi  fisikalnya juga dikurung.  Ertinya ― literal dan metafora, saudara-saudara kita di kawasan pendalam dikurung.

Kita dimaklumkan bahawa ada panglima besar parti lawannya Umno membeli tanah penduduk Felda.  Cara laporan itu dibentangkan menunjukkan panglima besar pembangkang itu seolah-olah orang yang tidak lurus@kaki tipu.

Kemudiannya, barulah kita ketahui itu semua fitnah jahat yang direka-reka untuk memburukkan pembangkangnya Umno/BN.  Mereka yang tidak didedahkan dengan maklumat ini tidak tahu menahu bahawa semua itu adalah fitnah belaka.

Malam bersejarah sebelum satu pilihan raya umum, gambar Tengku Razaleigh bersigah diulang-ulang tayang dan dikaitkan dengan amalan Kristian.

Sebuah akhbar milik Umno menyiarkan gambar pemimpin besar Pas mereguk minuman dari gelas ramping yang lazimnya digunakan untuk minuman keras.  Ada yang bertanya, “Bagaimana pembaca tuan tahu bahawa itu minuman keras?’ 

Pemimpin besar Umno ini memaklumkan, “Saya bagi tahu para pembaca”


ii.

Senarainya cukup panjang dan kita boleh teruskan dan teruskan, dari yang sekecil-kecil isu sehinggalah ke isu ‘anu itu peliwat’.  Kata mereka, kami dapat buktikan yang dia itu peliwat.

Satu waktu di sebuah pasar besar, di Kota Bharu, saya pernah menempelak  seorang pelanggan yang kebetulan sedang meracau-racau tentang sodomi II, “Usahlah percayakan fitnah yang amat berdosa itu...”

“Sudah dua kali weeii..” ujar Mak Cik ― yang kira-kira lima puluh tahun usianya itu.

Kerja yang jahat jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh meninggalkan kesan yang cukup mendalam.  Oleh sebab itu, orang baik-baik wajib belajar pemikiran, tingkah laku, sepak terajang mereka yang jahat-jahat.  Bukankah begitu?

Percayalah,  si lugu dan si lurus bendul menjadi makanan empuk sang penjahat.


iii.

Dinsman telah membukukan 100 Fakta Kelantan menjelang PRU 12 yang lalu.

Siapakah yang mahu senaraikan beribu-ribu fakta Umno sepanjang 53 tahun kita merdeka?

Untuk para penduduk kampung yang hanya mendengar dan menonton radio/tv ‘milik’ Umno/BN, fakta-fakta seperti ini lebih bermakna daripada seruan hapuskan rasuah, amalan, kronisme, tender terbuka, hutang kerajaan negeri berbilion-bilion, terlalu banyak ketirisan dalam pengurusan kewangan pemerintah kita dan isu-isu lainnya yang tak kelihatan dengan mata kasar dan kepala (xxxgap).

TGNA yang dikatakan lidah bercabang dan tidak sayangkan Melayu mungkin lebih mudah memancing simpati dan undi, jika dibandingkan dengan hujah tentang pemerintahan yang adil, merakyat, telus dan saksama.

Hatta soalan yang amat kufur dan mengugurkan akidah sekali pun tidak mereka pedulikan.  Soalan-soalan yang membaut para jin dan hantu,  menggelatar ketakutan.  Bagaimanakah caranya berdepan dengan skuad jin dan hantu yang telah menyarungi tubuh manusia begini?

Mungkin seribu, lebih bagus beribu-ribu fakta Umno/BN sejak merdeka sedikit sebanyak mungkin membantu.


No comments: