Sunday, March 6, 2011

Selagi ada bulan-mentari

Tipulah, siapa peduli?


Politik adalah pertempuran untuk mendapatkan sokongan massa atau orang ramai.  Ini bermakna sebelum sesebuah parti politik itu diberikan kuasa memerintah ia mestilah disahkan melalui pilihan raya.

Semua orang tahu itu.  Tak payah lagi cerita.

Yang tidak begitu dipedulikan oleh massa (rakyat jelata, orang ramai)  ialah proses memilih parti politik itu sendiri dan segala kerja buat yang berkaitan dan yang terlibat dalamnya. Kerja ini telah diamanahkan kepada sebuah badan yang namanya Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR atau Election Commission.  

Suruhanjaya bukanlah Jabatan Kerajaan, oleh sebab itu dalam menjalankan tugas yang diamanahkan di atas batu jemalanya oleh rakyat jelata, SPR BEBAS.
 
Sebagai badan yang bebas, SPR tidak boleh dilihat menyebelahi kerajaan yang memerintah atau sesiapa saja. 

Jika segala kerja buat SPR dilihat sebagai kelakuan sebuah badan yang TIDAK bebas, maka seluruh pemerhati di alam ini memperakukan bahawa proses pilihan raya kita TIDAKlah ADIL.  Pilihan raya kita berat sebelah oleh sebab itu tidak bersih dan gagal mencerminkan hasrat rakyat yang sebenarnya.


ii.

Orang sekarang sangat gilakan bola, marilah kita lihat contoh keadilan dalam perlawanan bola sepak.   

Kalau dalam permainan bola sepak, SPR ialah pengadil yang akan mengadili permainan yang namanya perlawanan bola sepak.  Alex Furgeson sangat marah, apabila ― baginya pengadil ― ‘salah’ besar tatkala membuat keputusan. 

Sebenarnya pengurus MU itu belum berkata bahawa pengadil itu telah berat sebelah dan/atau pengadil telah makan suap tatkala MU bertempur. 

Itu baru pertandingan bola sepak (ya, yang melibatkan jumlah wang yang sangat banyak), namun mereka begitu sekali menghormati proses pertandingan yang bersih, telus dan adil.  

Apakah maknanya?

Dalam masyarakat yang maju dan matang, proses keadilan walaupun di padang permainan,   diberikan perhatian yang serius.

iii.

Bandingkanlah dengan keadaan kita.  Adakah sesiapa peduli, jika proses pilihan raya kita telah begitu tercemar, berat sebelah dan tidak adil sekali?

Orang-orang Melayu di kampung yang keluar mengundi TIDAK nampak atau TIDAK PEDULI bahawa dalam setiap PRK/PRU cukup banyak pelanggaran berlaku di depan mata mereka.

Bayangkanlah jika sebahagian besar pengundi (majoritinya Melayu) di Merlimau atau Kerdau turun memprotes dengan keras sekali segala kerja buatnya parti-parti politik.  Bayangkanlah kesannya.


iv.  Apakah daya upaya parti pembangkang menentang hal-hal tidak adil begini?

Mungkin strategi yang baru yang perlu difikirkan untuk digunakan di negara kita.
Maka, tiba-tiba datanglah fikiran-fikiran untuk menentangnya:

Penceramah A mahu menjelaskan bahawa tv kita berat sebelah.  Dia mengajak para penonton@pengundi yang sedang ikuti ceramahnya,  melihat dengan jelas apakah maksudnya  yang dikatakan tv berat sebelah itu. 

Mereka diajak untuk sama-sama menonton Berita Perdana yang disiarkan oleh saluran utama tv di negara kita.

Pada ketika itu Penceramah A, iaitu Mat Sabu akan mengulas@ulasan selari/ulasan pandangan mata,  berita yang sedang disiarkan dan penjelasan-penjelasan lanjut kenapa semua ini dikatakan BERAT sebelah. 

Dia juga akan menerangkan apakah yang sepatutnya berlaku dan apakah yang sebenarnya berlaku dalam semua pilihan raya di negaranya Alex Furgeson, misalnya.  Maka yang berduyun-duyun datang mendengar ceramahnya pun, dapatlah membanding-bandingkankan amalan demokrasi negara kelasnya United Kingdom dengan amalan demo-kerasi yang sekelas dengan Zimbak-kuuuui ― semacam Malingsiiiaah jugalah, kira-kira.

Di tempat lain, Penceramah B pula sedang menunjukkan pelbagai slaid kelakuan Mat-Mat Rempit parti lawan, sepanduk-sepanduk, risalah yang dibentang edarkan, pengumuman projek-projek pembangunan, sepanjang pelbagai kempen PRK diadakan di negara kita.

Dengan pendekatan ini ― setidak-tidaknya Pakatan Rakyat telahpun mendidik rakyat jelata di segala ceruk rantau,  di seluruh negara kita:

apa yang sedang berlaku,
kenapakah ini semua berlaku,
bagaimana ini semua berlaku dan
― akhir sekali
apakah yang rakyat jelata boleh lakukan;
demi untuk membetulkan
segala yang telah lama songsang itu.


Akhir sekali, bila sampai saatnya...

Pakatan Rakyat memutuskan ‘walk-over’ PRK ini kerana memprotes keras proses pilihan raya dan segala perbuatan yang berkaitan dengannya yang terbukti sangat TIDAK ADIL.

Biarlah mereka saja yang terus memerintah ― selagi ― ada bulan dan mentari.

Mungkin ― itulah pilihannya rakyat negara ini.


No comments: