Malaysiakini team
Mar 4, 2011 - 3:59pm
Mar 4, 2011 - 3:59pm
Biawak if lucky: No goodies for Merlimau poor
“AkuMelayu With BN governing Melaka, the Indians like Periamalai, still have a place to call home, the Kampung Paya Buloh in Merlimau, a village for the Indians. But if you give Melaka to the Pakatan Rakyat, they will chase the Indians out of their home. Look what happened to the Indian village, Kampung Buah Pala in Penang. Do you Indians still have faith in Pakatan Rakyat? Don't be fooled by DAP rhetorics. They are no more than serpents with forked-tongue. You give them your votes, they will take away your homes. That's what gratitude to them. It sucks.”
Pemerhatian: Mat Rempit Alam Siber
Sebagai pelanggan dan pembaca tetap Malaysikini, salah satu paparan yang sering saya ikuti ialah komen para pembacanya. Lama-lama sekali, saya juga turut memberikan pandangan dengan menggunakan nama sebenar. Saya perhatikan KJ John, sesekali, turut memberikan komennya yang bernas.
Ramai yang memilih menggunakan nama samaran dan tentunya kita faham kenapa ini berlaku. Kita tunggu saatnya, apabila lebih ramai pembaca kita, rakyat jelata yang muncul dengan wajah asli mereka dengan pandangan/komen yang sangat kritis tanpa rasa takut, bimbang dan ragu-ragu kalau-kalau mereka dilabel ― inilah caranya seorang Cina, Melayu dan India(1) berfikir.
Jika kita amati senarai komennya, kita dapat melihat dengan jelas pola pemikiran sesetengah pembaca yang terjun untuk memberikan komen-komen mereka. Jika kita mengikutinya dengan tekun, kita dapat melihat coretan penulis manakah yang serius dan yang mana pula hampas dan sampah sarap yang menyemakkan ruang. Sekali dua, kita membacanya, kita masih berusaha mencari-cari kalau-kalau ada yang boleh dimanfaatkan. Setelah masa berlalu, kita sahkan bahawa inilah penulis hampas. Mungkin juga inilah profilnya balaci Umno yang diupah untuk membuat kacau bilau dalam PRK di negara kita. Seperti di luar sana, Mat Rempit upahan juga wujud dalam alam siber.
Contoh komen pembaca yang kita petik di atas ialah contoh telatah seekor Mat Rempit Alam Siber.
Kenapa kita katakan orang ini Mat Rempit Alam Siber? Kalau penulis ini seorang ‘orang’, dia tahu bahawa proses mengwujudkan sesebuah projek itu bukanlah seperti kerja menggosok-gosok lampu Aladin ― gosok saja, maka keluarlah Jinnya. Projek seperti Kampung Buah Pala (lebih-lebih lagi tragedi tanahnya) di Pulau Pinang itu ADALAH HASIL KERJA BUAT UMNO/BN yang telah lama memerintah Pulau Pinang. Macam hutang yang ditimbun ― yang ‘dijana’ oleh Umno di Kelantan sebelum Pas mengambil alih Negeri itu.
Penulis begini, sama seperti Al-Kutty, tak perlu dipedulikan. Biarkan saja. Tak payah komen-komen.
___________________________________________
(1) Ya, kita tunggu tiba saatnya apabila lebih ramai rakyat Malaysia tampil untuk menyatakan, “ Apakah masalahnya kalau aku Maniam dan ― datuk, nenek dan moyangku berasal dari Kerala? Bukankah aku rakyat negara ini juga? Apakah aku tidak berhak bertanya, kenapa sekolah Tamil di kampungku sangat dhaif jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain?
Apakah aku tidak boleh bertanya: Adikku lulus cemerlang dalam UPSR, dia begitu aktif pula dalam pelbagai aktiviti sekolah, kenapakah adikku itu tidak dapat memasuki sekolah berasrama penuh? Apakah sebagai orang keturunan India, maka aku juga layak mewarisi kemiskinan bapaku yang berhempas pulas dengan kadar sewaan teksi RM 45.00 sehari?
Bapaku yang bergelut pula siang dan malam, bertarung dengan kenaikan harga barang-barang dapur yang kian menggila juga tidak boleh menyoal itu dan ini kerana dia seorang India? Apakah bapaku yang India itu tidak berhak membantah jika kehidupannya begitu payah memerihkan sedangkan kita begitu boros berbelanja membina segala macam projek mega itu dan ini yang tak sedikit pun menguntungkannya rakyat jelata?
Bapaku tidak boleh bertanya yang lebih-lebih kerana dia seorang India tanpa sebarang jawatan dalam MIC?”