Friday, March 4, 2011

Tentang kempen pilihan raya kita


Rungutan rakyat sebagai petunjuk prestasi Kerajaan Negeri.  


Dalam Harakahdaily bertarikh 4 Mac 2011, Hazayani Zakaria dalam berita kempen PRK, Merlimau yang bertajuk ““Saman ekor: Keluhan pengundi kepada Yuhaizad” telah menyenaraikan 19 masalah yang dihadapi oleh para penduduk Merlimau.  

Kita telah semak senarai aduan yang diterima oleh calon Pas itu, kemudian membuat semacam ringkasan masalahnya ke dalam kategori yang sesuai. Secara kasar, kategori masalahnya ialah seperti berikut:


Masalah berkaitan prasarana/Majlis Daerah/Majlis Tempatan (sembilan jumlahnya)
Masalah berkaitan dasar Kerajaan Negeri (dua masalah)
Permohonan one-off/delivery (satu masalah)
Masalah prestasi penyampaian@delivery Majlis Daerah (dua masalah)
Masalah dasar kerajaan Negeri/delivery ( satu masalah)
Masalah yang melibatkan dasar peringkat nasional (tiga masalah)
Masalah keselamatan/dasar nasional (satu masalah)


Pemerhatian:


Pertama:  Isu prestasi/performance kerajaan Negeri

Daripada 19 masalah yang dibangkitkan, sebanyak 9 (sembilan) atau kira-kira 47% atau separuh daripadanya,  melibatkan prasarana yang disediakan/tidak disediakan oleh Majlis Daerah/Tempatan.         

Apakah yang dapat dirumuskan daripada maklumat ini?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu melihat bentuk masalah-masalah yang dibangkitkan. 

Apakah itu isu selenggaraan yang tidak memuaskan hati pelanggan@rakyat atau adakah itu berlaku kerana sebab-sebab lain?

Kedua:  Bentuk isu nasional yang dibangkitkan

Adakah ini khusus untuk Negeri Melaka saja atau adakah inilah masalah nasional kita? 

Kalau, ‘YA’ apakah yang tidak kena dengan tanah rezab Melayu, saman ekor dan keselamatan rakyat?


Ketiga:  CEO negeri adalah Ketua Menterinya

Adakah prestasi CEO negeri cukup memuaskan?  Adakah dasar-dasar yang dibuat/digubalnya menguntungkan rakyat Melaka?

Adakah masalah cukai pintu itu hanyalah masalah Negeri Melaka?  Bagaimana pula jika angka-angka cukia pintu ini dibandingkan dengan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat?  Lebih corot?

Sebagai bangsa yang ingin segera melangkah sebagai negeri yang maju (Melaka, katanya sudah pun maju) inilah yang isu-isu yang patut dihujah di depan khalayak, bukannya lawak kari biawak yang disangkanya kari ayam.

Bolehkah aspek-aspek begini yang kita bincang, hujah dan teliti bersama dalam sebarang Pilihan Raya?

_________________________________________


Dari laman Harakahdaily:

“Saman ekor: Keluhan pengundi kepada Yuhaizad
Hazayani Zakaria   

JASIN, 4 Mac: Sepanjang enam hari berkempen, calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau, Yuhaizad Abdullah hari ini tampil menjelaskan permasalahan rakyat yang diadukan kepada beliau.”
...

"Insya Allah bertambahnya suara pembangkang di Dun Melaka akan menguatkan lagi proses "check and balance" dan menyebabkan kerajaan Melaka akan lebih stabil kerana sentiasa meletakkan diri dalam landasan yang betul dan berwaspada, mengelakkan diri dari melakukan kesilapan kerana kekhuatiran terhadap kelantangan suara pembangkang," katanya.

Berikut adalah senarai keluhan dan permasalahan yang diadukan penduduk Melimau kepada Yuhaizad:

1) Kekurangan lampu jalan (prasarana/Majlis Daerah/Tempatan)

2) Lampu isyarat diperlukan (prasarana/Majlis Daerah/Tempatan)

3) Kadar cukai pintu tinggi (dasar kerajaan Negeri)

4)  Kelemahan prasarana menyebabkan banjir kilat (prasarana/Majlis Daerah/Tempatan/Jabatan)

5) Longkang dan parit tersumbat (prasarana/Majlis Daerah/Tempatan/Jabatan)

6)  Rumah terbiar dan persekitaran kotor (prasarana/Majlis Daerah/Tempatan)

7) Tidak ada dewan orang ramai (prasarana/Majlis Daerah/Tempatan)

8) Balai Raya yang rosak (prasarana/Majlis Daerah/Tempatan)

9) Jalan tidak diturap dan dinaikkan taraf (prasarana/Majlis Daerah/Tempatan/Jabatan)

10) Permohonan khemah tidak dipenuhi (kemudahan, one-off)

11) Waktu pungutan sampah tidak sesuai (delivery/Majlis Dearah)

12) Pokok yang ditebang tidak dibersihkan oleh Majlis Perbandaran (delivery/Majlis Dearah)

13) Rakyat miskin, OKU di Chin Chin, Merlimau yang perlukan bantuan (dasar/delivery)  

14) Masalah pencemaran Sungai Merlimau (prasarana/Majlis Daerah/Tempatan/Jabatan)

15) Rezab Melayu tidak diganti semula (dasar nasional)

16) Saman ekor (dasar nasional)

17) Kes jenayah meningkat terutamanya kecurian motorsikal (Keselamatan, nasional, dasar)

18) Harga rumah tidak mampu dimiliki (dasar, negeri)

19) Peluang pekerjaan kaum India, perumahan selepas berkhidmat dengan ladang, bantuan kepada SRK (T) dan (C).(dasar, nasional)

____________________________________________




No comments: