Pabila pengadilnya ― khianat
Kemenangan pasukan Sekolah Diraja Melayu kerana pengadilnya telah dengan sengaja membenarkan ‘bola curi ayam’, pada saat-saat yang sangat genting itu, tidak boleh aku lupakan. Sekolahku, sebuah sekolah harian tersohor di pekan kecil daerah kami, adalah mercu tanda@icon kegemilangan ilmu, anak-anak marhaen cerdik dari kumpulan bukan-elit.
Tidak ada ibu bapa di Bandar Diraja itu yang tidak bangga jika anaknya itu seorang Edwardian. Ya, namanya mungkin saja berbau penjajah, Sekolah King Edward, namun kami para pelajar tahun akhir, kumpulan paling senior di sekolah ketika itu, rata-rata sangat teruja bila membicarakan karya-karya Usman Awang, Keris Mas, Samad Said dan lain-lainnya dalam Persatuan Sastera dan Debat sekolah kami.
Penipuan pengadil itu masih terasa sehingga ke saat ini walaupun aku telah jauh melintasi padang kehidupan ini. Penipuan itu masih berbekas sebagai parut kekal sebuah kedurjanaan-penipuan walaupun, ya, ia hanya sekadar merebut sebuah Piala Daerah.
Saat ini Taman itu, tempat istirihat abadi itu - udaranya masih jua tepu, aromanya terasa semakin hampir dan nyata ― ya, semerbak kembojanya, jenuh memenuhi udara dan...
penipuan pengadil itu, terasa begitu memeritkan sekali.
penipuan pengadil itu, terasa begitu memeritkan sekali.
ii.
Pilihan raya yang bakal menentukan siapakah yang paling layak memimpin negara ini, semakin terasa.
Aku dan semua teman kami yang seangkatan di daerah kami, bakal berkumpul semula untuk membincangkan apakah peristiwa penipuan pengadil itu bakal berulang lagi.
Aku dan semua teman kami yang seangkatan di daerah kami, bakal berkumpul semula untuk membincangkan apakah peristiwa penipuan pengadil itu bakal berulang lagi.
Kata teman-temanku, jika perlu, kita turun sekali lagi untuk menentang yang namanya penipuan pengadil itu.
“Wahai pengadil, ya, jadilah peng ADIL ― bukannya, pengkhianat bangsa!”
Gema garang Wahid, teman sekelasku yang berkali-kali dirotan di khalayak umum kerana tidak rela menjadi seorang conformist, masih lagi kedengaran di mana saja...
No comments:
Post a Comment