| Maklum balas buat Badan Bertindak Demokrasi dan Bersih II | ||||||||||||||||||||||
Badan Bertindak Demokrasi Pas dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) II telah bersidang hari ini di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Beritanya yang ditulis Aziz Muda terdapat dalam Harakahdaily, 10 Mac 2011. Badan Bertindak dan Gabungan Bersih II ini terdiri daripada mereka yang sangat arif dalam hal-hal politik dan gerakan massa. Walaupun demikian, kita berpendapat adalah tidak memudharatkan jika seorang awam juga turut memberikan pandangan untuk renungan bersama. Kalau tak terpakai, buang saja... Inilah yang terfikir, ketika ini... PERTAMA: Apakah yang boleh rakyat jelata dapat lakukan untuk membantu perkukuhkan Gerakan ini? (Dalam KASE, Kempen Anti Saman Ekor misalnya, rakyat DISERU SUPAYA JANGAN MEMBAYAR SAMANNYA.) 1) Apakah kod nama, atau akronim Gerakan ini? Apakah ia BEDAL atau apakah yang sangat sesuai? 2) Tindakan oleh rakyat bagi menjayakan segala tindakan BEDAL Apakah pula seruan Badan Bertindak Demokrasi PAS dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) II kepada seluruh rakyat jelata? a) Hantar poskad protes kepada SPR dan PM? b) Berhimpun di semua pejabat SPR Negeri di seluruh negara pada hari-hari tertentu yang ditetapkan? c) Setiap minggu berkumpul di SPR Putrajaya? Atau apakah tindakan-tindakan lain yang lebih berkesan? KEDUA: Laporan berkala berhubung kemajuan tuntutan BEDAL SPR. 1) Bolehkah laporan kemajuan dan pencapaian tuntutan rakyat berhubung pilihan raya yang bersih, adil, telus dan langsung ini dihebah secara berkala dalam semua media alternatif? Mislanya: a) Kemajuan tuntutan penggunaan dakwat kekal: Laporannya: Belum ada kemajuan. (Pihak SPR masih berdolak dalik. Alasan mutakhir ialah dakwat yang datangnya dari Mesir sudah tidak ada/kering. Kilang dakwat telah ditutup...) b) Daftar pengundi yang bersih: Bagaimanakah memastikan tidak wujud dua, tiga atau empat buah daftar semasa pilihanraya? Pendek kata, rakyat ingin tahu apa yang berlaku. ii. Akhir sekali, kita sarankan supaya pihak Oposisi memprotes secara rasmi, pendirian SPR berhubung penghinaan terbaru di Sarawak, iaitu seperti yang dilaporkan di bawah ini: “Menerusi peraturan baru itu, SPR akan membenarkan tempoh berkempen selama 7 hari sahaja. Antara alasan yang diberikan pula termasuklah disebabkan kebimbangan SPR dengan kemungkinan tindakan provokasi oleh pihak pembangkang yang jelas tidak masuk akal.” Apakah ini tanggapan sebenar atau pandangan ikhlas SPR terhadap pihak Oposisi kita? Begitu rendah, tidak bertamadun dan hina sekali? Apakah itu mesejnya? |
Thursday, March 10, 2011
SPR sebagai pengadil yang ADIL
Labels:
budaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment